BAB 22

25.7K 1.2K 26
                                    

DENGAN sekali lafaz saja,Riyadh dan Aurell telah sah bergelar pasangan suami dan isteri.Bersaksikan saudara-mara Riyadh,Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah menjadi tempat penyatuan mereka.Aurell mengesat hujung matanya yang berair.Dari dia lihat Riyadh melangkah masuk ke dalam masjid ini lagi dia sudah rasa sebak.

Tak disangka,lelaki yang dikenali secara kebetulan di cafe tempat dia bekerja,seterusnya pertemuan di hospital dan pada malam dia keluar dari rumah sewanya kini telah pun bergelar suaminya.Dia tidak tahu,mungkin ini adalah takdirnya.
Mungkin Riyadh Nadif adalah lelaki yang telah diutus oleh Allah sebagai pelindungnya dikala kudrat perempuannya yang terlalu lemah.

Aurell memandang Riyadh yang sedang menunaikan solat sunat di penjuru masjid.

Jika benar Riyadh ikhlas memperisterikannya,ikhlas untuk melindungi dan menjaganya dengan baik,dia juga sama.Dia akan ikhlas menerima segala tentang Riyadh.Malah dia akan cuba untuk mencintai lelaki yang telah banyak berkorban untuknya selama ini.

Tanpa sedar,air matanya mengalir lagi.Kali ini kerana dia sebak apabila teringatkan tentang keluarganya.
Kalaulah dia masih ada ibu dan ayah.
Pasti mereka juga turut sama gembira.

Mak,Ayah.. tengoklah Ell.Hari ni Ell dah jadi isteri orang.Ell gembira sangat.Tapi Ell lagi gembira kalau mak dengan ayah ada sekali dengan Ell.Mesti Ell tak rasa sunyi dekat sini.Ell nak peluk mak dengan ayah macam orang lain buat sebelum mereka diserahkan kepada lelaki yang bergelar suami.

Tapi tak apa,suami Ell dah janji dia akan jaga Ell dengan baik.Mak dan ayah tak perlu risau dah lepas ni.Ada lelaki yang akan jaga Ell mulai hari ni.

Aurell tersedar apabila bahunya dicuit.Dia menoleh sebelah.Mama sedang tersenyum memandangnya.
Senyuman dan pandangan mama memang seakan kasih seorang ibu.Aurell sebak lagi.Dia terus memeluk tubuh wanita yang sudah pun bergelar ibu mentuanya.

"Tak apa,Ell.. mama ada.Mama pun macam mak Ell jugak.Mulai sekarang,Ell ni anak mama", bisik mama ditelinga Aurell.Menangis lagi gadis itu.Terharu,sebak dan semuanya bercampur baur.

"Nenek pun ada.. dah Ell jangan sedih-sedih.Ell dah pun jadi sebahagian dari keluarga kami.Sekarang ni Ell dah jadi isteri orang.Tu.. encik suami datang", Nek Jah tersenyum dan bergerak ke sebelah Aurell apabila cucunya itu sudah menghampiri dengan sekotak cincin di tangan.Riyadh baru saja selesai menunaikan solat sunat.Aurell mengesat air matanya.Nasib baik hari ni dia tidak mengenakan solekan yang tebal.Kalau tak,mahu runtun habis solekan tebalnya dengan air mata.

Riyadh duduk melutut di hadapan Aurell.Dia pandang dulu wajah gadis yang sudah bergelar isterinya sebelum dia mengeluarkan cincin platinum yang dibeli bersama Aurell tempoh hari.

Teragak-agak Aurell menghulurkan tangannya.Bukan apa,berdebar ni.Selama ni dia tak pernah disentuh atau menyentuh lelaki yang bukan mahram.Sekarang ni rasa macam.. nak terkencing pulak.

Sebaik saja Riyadh menyentuh jari Aurell,maka batallah wudhuknya seketika tadi.Dia melemparkan senyuman ketika melihat jemari isterinya itu yang sedikit bergetar.Samalah jugak macam dia.Masa nak berjabat tangan dengan Tok kadi tadi,hampir putus jantungnya.Debaran yang dirasa seketika tadi lagi teruk kalau nak dibandingkan ketika dia sedang berhadapan dengan musuh.

Setelah cincin disarungkan,Aurell mencium tangan Riyadh perlahan.Sekejap saja ciumannya.
Malu okey.. tolonglah faham.

Dan waktu yang dia paling tak suka! Riyadh mahu mencium ubun-ubunnya pula.Arghh.. tidak!

Riyadh tersenyum kepadanya sebelum dia mendekatkan muka ke arah Aurell.Gadis itu memejam matanya rapat.Redha sajalah.. suami kau jugak kan?

Tapi apa yang paling mengejutkan adalah apabila Riyadh tidak mencium ubun-ubunnya.Malah dia dicium di dahi pula.Aurell tergamam.Waduh.. bibir Riyadh tepat mengenai dahinya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now