BAB 8

25.1K 1K 14
                                    

PADA waktu lapang ini,Aurell ingin menjenguk Maklong Timah di Hulu Langat.Sudah hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan wanita itu.Rindu sudah pasti.Wanita itu sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri setelah dia kehilangan tempat bergantung.Susah dan senangnya,wanita itu sentiasa ada bersamanya.Jika nak dibalas jasa wanita itu,jutaan wang ringgit pun belum tentu dapat menyaingi pengorbanannya.

Sampai saja di sana,Aurell terus melangkah masuk setelah memberi salam dan dijawab oleh Maklong Timah yang ketika itu sedang berada di dapur.Aurell pantas memeluk erat tubuh wanita yang sudah berusia lewat 60 an tersebut.Satu kucupan seorang anak terhadap seorang ibu hinggap di pipinya.Walaupun wajah itu sudah jelas dengan garis kedutan,
namun kudratnya masih banyak untuk melakukan kerja menjahit baju dan menjual kuih di kampung ini untuk menampung kos sara hidupnya.

Maklong Timah tersenyum suka apabila dipeluk erat oleh anak buahnya.Dia juga membalas pelukan gadis itu.Dia sudah menganggap anak adik perempuannya ini sebagai anak kandungnya sendiri.Ini amanat adiknya juga sebelum dia pergi meninggalkan dunia.

"Kenapa tak bagitahu nak balik? Kalau tak maklong boleh tolong masakkan asam pedas untuk Ell", dia sudah tahu sangat makanan kegemaran anak buahnya ini.Asam pedas ikan pari.Jika dia masak makanan tersebut,sudah pasti bertambah-tambah Aurell makan.
Namun masakannya ini tidak boleh mengalahkan masakan adiknya.

"Saja je Ell nak terkejutkan maklong.Lagipun Ell balik sekejap je ni,petang nanti Ell dah kena balik sebab Ell tak dapat cuti lagi", terang Aurell sambil tangannya masih lagi memeluk tubuh maklongnya.Bagai tak nak dilepaskan saja gayanya.

" Ohhh.. hah tak apalah.Asalkan Ell balik jenguk maklong ni.Sekarang ni Ell nak rehat dulu ke apa?" soalnya lembut.Ye,layanan seorang ibu kepada anaknya.

"Tak naklah.Kalau Ell rehat,alamatnya sekejap je lah masa Ell boleh luangkan dengan maklong", Aurell sudah pun duduk di kerusi meja makan yang terletak di tengah-tengah ruang dapur tersebut.

Maklong Timah tersenyum saja.Sejuk hatinya melihat Aurell.Kadangkala dia rasakan Aurell lebih prihatin daripada anak kandungnya sendiri,Suraya.Kalau nak tunggu gadis itu menanya khabar atau membantunya melakukan kerja-kerja di rumah ini,alamatnya masuk ke dalam tanah dululah dia gamaknya.

" Ell dah sarapan belum ni? Pagi-pagi lagi terus muncul,mesti tak makan lagi.Betul tak?" Maklong Timah mengagak.Dan telahannya betul apabila Aurell tersengih-sengih memandangnya.

"Hah,Ell nak makan apa? Biar maklong tolong buatkan.Nasi goreng? Bihun goreng?" soal Maklong Timah.Dah macam pelayan di restoran saja.Tinggal sekarang ini dia cuma memakai baju kelawar saja.

Aurell berfikir sejenak.Nak makan apa eh? Dia tak naklah makan yang berat sangat memandangkan dia sedang berdiet sekarang ini.

"Ell nak makan cucur bilislah.Emm.. sedapnya.Dah lama jugak maklong tak buat,kan?" Aurell tersenyum teruja.Cucur bilis maklongnya memang terbaik di dalan kampung.Sedap sehingga boleh menjilat jari.Makan sebiji memang takkan pernah cukup.

Maklong Timah tersenyum kecil."Boleh,sekejap ya maklong nak buatkan",

"Biar Ell tolong.."

Beberapa minit mereka di dapur,akhirnya cucur bilis hasil kerjasama mereka berdua telah siap dihidangkan di atas meja.Aurell pergi ke peti sejuk dan mengeluarkan sos cili.Dia suka makan cucur bilis ni cicah dengan sos cili.Sedap sungguh!

"Maklong tak nak makan ke?" soalnya ketika melihat Maklong Timah sedang sibuk mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat kuih.

"Makanlah dulu.. maklong nak pergi kedai kejap nak beli barang.Maklong nak buat kuih ni", katanya.Dia

Aurell meneruskan suapannya.Sudah yang ke berapa pun dia tak tahu.Banyak sangat sampai tak kuasa dia nak kira.

Ketika dia sedang sedap menikmati sarapan paginya,kedengaran pulak satu suara manusia yang paling dia tidak mahu dengari.Boleh bikin rosak mood ceria pada hari ini.Dia hanya buat tidak tahu saja.Masih meneruskan suapannya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now