BAB 33

26.5K 1K 20
                                    

SEDAR tak sedar,sesi praktikal Aurell sebagai seorang doktor di hospital itu telah berakhir.Sekejap saja tempoh masa tiga bulan itu tamat.Dan dalam diam-diam,sudah dua bulan jugak usia perkahwinan dia dan Riyadh.Tak banyak yang berubah pun,Riyadh masih sama macam dulu.Dan sekarang ni dia semakin selesa berada dengan lelaki itu.Dah banyak cerita yang mereka berkongsi bersama.

Dia jugak kini semakin mengenali Riyadh.Lelaki itu tidaklah setegas yang disangka.Macam apa yang pernah dikatakan oleh Nek Jah dulu,dalam ketegangan raut wajah Riyadh,hati lelaki itu masih lembut.

Aurell keluar dari bilik.Sepanjang dua bulan perkahwinan mereka,dia dan Riyadh memang tidur dalam satu bilik dan satu katil.Kata Riyadh,
mereka tetap macam suami isteri yang lain.Jadi mereka tetap sebilik cuma yang membezakan mereka dengan pasangan lain adalah Riyadh masih belum menyentuhnya lagi.

Sebaik saja dia turun ke bawah,dia lihat Riyadh sedang duduk menghadap komputer riba jenama Apple di meja kerja lelaki itu.Dia menghampiri Riyadh sambil tangannya sibuk menyanggul rambut panjangnya.

"Awak nak air?" soalnya.Dia berhenti sekejap di hadapan meja lelaki itu.

"Em.. boleh jugak.Hot latte", Riyadh tersengih.Latte memang menjadi kegemarannya dan Aurell yang dulu masih terkial-kial buat latte untuknya,kini gadis itu boleh dikatakan sudah pro! Mana taknya kalau dah hari-hari dia asyik mintak latte je.Sebab itulah Aurell tak tanya pun dia nak air apa tadi.Tahu sangat dah!

Riyadh kembali fokus membaca e-mel yang dihantar dari ibu pejabat.Setiap e-mel itu sangat penting kerana mengandungi maklumat tentang misi dan suspek jenayah dalam sesebuah misi mereka nanti.

" Nah.." secawan latte panas diletakkan di atas meja lelaki itu.

"Terima kasih", dua kali tiup,Riyadh menyisip air kegemarannya.Rasanya lah kan,air latte yang Aurell buat ni lebih sedap rasanya dari air yang diminum di kedai kopi luar sana.

"Awak.. sibuk ke? Boleh tak kalau saya nak bincang sesuatu?"

Riyadh pandang Aurell.Cawan ditangannya diletakkan di atas meja semula."Bincang pasal apa?"

"Emm.. pasal saya.Boleh? Tapi kalau awak tengah sibuk tu tak apa.Kita boleh bincang.."

Belum sempat Aurell mematikan ayatnya,Riyadh terlebih dahulu bamgun dan menarik tangannya ke ruang tamu.Mereka duduk di sofa yang bertentangan antara satu sama lain.Ini baru namanya berbincang kan?

"Untuk awak saya tak pernah sibuk.Jadi kita nak bincang pasal apa ni?" Riyadh tersenyum sedikit.Tapi sekejap je sebelum dia kembali serius.
Dia dah terbiasa berwajah serius kalau nak bincang apa-apa.Terbawak-bawak macam dekat ibu pejabat agaknya ni.

"Em.. macam ni.Saya dah habis praktikal dekat hospital tu",

Riyadh mengangguk." Okey,jadi?"

"Jadi saya akan mula kuliah macam biasa dekat UiTM",

Riyadh mengangguk jugak." Okey.. lepastu?" dia masih bersahaja.

"Lepastu.. saya akan keluar dari rumah ni",

Riyadh yang sedang duduk bersandar pada kepala kerusi,terus tegak duduknya.Dahinya berkerut memandang gadis itu.Keluar dari rumah ni? Nak kena telan bernyawa ke apa isteri aku ni?

" Saya faham bahagian awak dah habis sesi praktikal dan nak sambung kuliah.Tapi saya tak faham kenapa kena keluar dari rumah ni? Awak nak tinggalkan saya ke apa ni?" soalnya tak puas hati.

"Er.. bukan nak tinggalkan awak tapi.. saya kena jugak sebab saya akan duduk rumah sewa nanti.Selama ni pun memang saya duduk rumah sewa dan bukan tinggal dekat hostel", terang Aurell.Nanti Riyadh salah fikir pulak.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now