BAB 48

32.8K 1.1K 14
                                    

"SIAPA yang datang?" soal Aurell bila dia keluar dari bilik air.Tadi dia tengah mandi dalam bilik air lepastu Riyadh kata ada tetamu yang datang.Pelik jugak dia.Siapa yang datang? Rasanya dia tak ajak siapa-siapa pun datang ke rumah.Atau itu kawan Riyadh?

"Tu de.." buat seketika,Riyadh terkedu melihat keadaan Aurell sekarang ini.
Terteguk balik air liurnya melihat Aurell.Selamba saja gadis itu keluar dari bilik air dengan hanya bertuala saja.Ya Allah.. bayangkanlah suami mana je yang tahan? Fuh! Nasib baik ada tetamu dekat bawah.

"Tengok apa?" soal Aurell.Boleh lagi dia bercekak pinggang menghadap Riyadh sekarang ini.Entah sedar ke tidak apa yang dia tengah buat sekarang ni.

"Tuala tu dah ikat ketat ke belum?" soal Riyadh sambil tersengih nakal.Berlapis kerutan di dahi Aurell mendengar pertanyaan Riyadh.Tapi hanya untuk seketika sebelum dia menyedari mata lelaki itu yang memandangnya dari atas ke bawah berulang kali.

"Heiii! Siapa suruh awak tengok?" cepat Aurell menyilang tangan ke dada dan bergegas ke almari pakaian.Dah macam lipas kudung dah dia lari! Fuh!

"Janganlah lari-lari.Buatnya nanti terlucut tuala tu,haih tak pasal-pasal terbatal puasa ganti saya ni", sengih Riyadh semakin melebar apabila melihatkan kelam-kabut isterinya mengambil pakaian.

Puasa gantilah sangat! Bukan ke tadi dia baru je sarapan air kopi dengan nasi goreng sepinggan?

"Ada saya suruh awak tengok ke?" omelnya sambil sibuk menyarung pakaian pada tubuhnya.

"Memanglah awak tak suruh tapi awak yang bagi saya tengok",

"Mengada sangat mata tu!" Aurell menghampiri suaminya di birai katil apabila dia selesai berpakaian.Rambut panjangnya yang telah diikat itu dibawa ke bahu sebelah kanan.

"Siapa yang datang tu?" soalnya sekali lagi.

"Pergilah tengok dekat bawah.Jom?" Riyadh berdiri.Mukanya yang tadi tersenyum telah berubah serius kembali.

"Kejap.. saya nak pakai tudung.." Aurell berdiri untuk mengambil tudungnya yang digantung di belakang pintu tapi Riyadh lebih cepat menghalang.

"Tak apa.Bukannya siapa-siapa pun", jasab Riyadh tenang.Semakin pelik Aurell jadinya.Tak perlu pakai tudung? Jadi siapa yang datang?

Sampai saja mereka di ruang tamu,Aurell terkejut melihat seorang lelaki yang sedang menunggu mereka di atas sofa.Langkahnya terhenti.Tak membuang masa lagi,dia terus memusingkan tubuhnya untuk naik semula ke dalam bilik tapi sekali lagi pergelangan tangannya dipegang oleh Riyadh.

"Kebencian tak membawa apa-apa kebaikan,Ell.Malah rasa tu akan menyakitkan hati awak sendiri.Awak seorang isteri yang baik.Dan saya percaya awak juga seorang adik yang baik", bisiknya perlahan di telinga Aurell.Dia lihat ke dalam mata lelaki itu,dia boleh nampak pengharapan yang jelas terpamer.Kali pertama Riyadh begini.

"Pergilah jumpa abang awak.Dengar dulu apa yang dia nak cakap", pujuk Riyadh lagi.Mahu atau tidak,Aurell terpaksa juga akur.Dia duduk di sofa yang bertentangan dengan Afeef manakala Riyadh duduk di sebelahnya.Entah macam mana Afeef boleh sampai sini pun dia tak tahu.Ni mesti kerja Riyadhlah ni.

"Abang nak apa datang sini?" soalnya.
Dingin saja.Muka Afeef pun dia malas nak pandang.

Afeef memandang Riyadh sekilas sebelum dia kembali memandang adik perempuannya.Riyadh tersenyum dan mengangguk kecil.

"Kenapa adik keluar rumah tak bagitahu abang? Risau abang cari Ell tak jumpa",

"Tu bukan rumah Ell.Buat apa Ell nak duduk lama-lama dekat situ?"

"Tapi tu kan rumah abang.Apa salahnya kalau Ell tinggal lama sikit dengan abang? Abang dah lama tak jumpa Ell",

Aurell mengeluh kasar.Rasa menyesal pulak sebab tak terus naik dalam bilik tadi.Kalau tidak,tak perlulah dia ada dalam situasi macam ni.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now