BAB 42

24.4K 991 139
                                    

ENJIN kereta dimatikan,Aurell terus saja meluru masuk ke dalam rumah.Sebelum itu,dia sempat lagi melirik garaj kereta di perkarangan rumah tersebut.Nampaknya Riyadh memang berada dalam rumah ni sebab kesemua kereta lelaki itu ada di garaj.

Aurell terus berlari anak ke tingkat atas setelah memeriksa ruang tamu dan dapur.
Pasti Riyadh berada di dalam bilik pada waktu begini.Air mata yang mengalir di pipinya dikesat sebelum pintu bilik itu dibuka.Kelihatan Riyadh sedang tekun menaip sesuatu pada komputer ribanya di meja kerja lelaki itu.Riyadh langsung tidak menoleh memandangnya.

"Awak.."

Riyadh memandang sekilas ke arah Aurell.Hairan jugak apabila melihat muka Aurell yang sudah lencun dengan air mata.Kenapa dia menangis?

"Aw.. awak.. maklong.. dah nazak", Aurell kembali menangis.Ketika dia berada di dalam kelas,dia mendapat panggilan dari jiran maklongnya di kampung yang memaklumkan maklongnya sudah nazak sekarang ini.Kesemua saudara-mara diarahkan untuk datang menziarah buat kali yang terakhir.

Kata-kata Aurell membuatkan Riyadh terkelu seketika.Lama dia memandang wajah gadis itu tidak berkelip.Berita yang amat mengejutkan jugak.

"Ki.. kita balik kampung ya? Sekarang.." Aurell mengesat air matanya dan terus bergerak ke almari pakaian mereka.
Beberapa helai baju diambil dan disumbat ke dalam beg pakaian.Dia main ambik je beberapa helai.Tak kira pun sebab tu semua tak penting! Sekarang ni dia hanya memikirkan tentang keadaan wanita itu saja.Dari tadi dia tidak henti-henti berdoa agar dia sempat melihat wanita itu.Dia mahu memohon maaf atas segalanya.

"Baju awak.. saya ambik je laa yang mana-mana pun ya", kata Aurell dan terus mengambil beberapa helai pakaian Riyadh untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian.Tapi belum sempat beg itu dizip rapat,tangan Riyadh menghalangnya.Dia segera mengangkat wajah.

"Awak pergilah balik.." kata Riyadh.Muka yang tegas dan tidak berperasaan.Seakan beku saja riak wajahnya saat ini.Tak sedih ke dengan berita yang diterima tadi?

"Hah? awak macam mana?" soal Aurell.Mustahil lelaki itu membiarkannya pulang sendirian.Lagipun dia pulang ke kampung kerana maklongnya yang sedang nazak sekarang ni.Mustahil Riyadh sanggup melihatnya menanggung semua ini sendirian.

"Saya tak balik.Ada kerja yang perlu saya buat dekat sini", kata Riyadh tenang lalu kembali duduk di meja kerjanya.

"Ta.. tapi.. takkan awak nak saya pergi sana sendiri?"

"Awak bukannya tak biasa pergi sana seorang diri.Selama ni boleh je kan?"

"Ad.."

"Pergilah cepat.Saya ada banyak kerja lagi yang nak dibuat ni", kata Riyadh dan terus menghadap komputer ribanya.Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Aurell sekarang ini.Aurell mencebik bibir.Sudahlah dia dapat berita yang menyedihkan,lepastu sekarang ini suaminya sendiri pulak melayan dia dingin macam ni.Sadis!

Memikirkan keadaan maklongnya,Aurell terus saja keluar dari rumah itu dan memandu sendiri keretanya ke Hulu Langat.Tak apalah.Dia tak kisah pun kalau Riyadh tak ikut! Dia pun tak mengharapkan simpati lelaki yang lebih pentingkan kerja dari isteri sendiri.

Dan pada petang itu,Aurell selamat tiba di Hulu Langat.Keadaan di sana memang kelihatan sepi dan sendu saja.Ada juga beberapa orang kampung yang menziarahi maklongnya buat kali yang terakhir.Tanpa membuang masa,Aurell segera naik ke rumah dan menghampiri bilik yang menempatkan maklongnya.Tidak semena-mena pecah lagi takungan air matanya tatkala melihat keadaan wanita tua tersebut.Memang kelihatan terlalu uzur.Sebak hatinya melihat.

"Maklong.. maklong Ell dah balik", tangan wanita tua itu disalami dan dicium lama.Maklong menoleh memandang satu-satunya anak saudaranya.Bibir pucatnya tersenyum kecil.

Love In Silent ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें