BAB 43

24.6K 919 76
                                    

AURELL mendengus geram.Masuk kali ni sudah kali ketiga dia memandang ke arah Riyadh yang sedang leka membasuh kereta di perkarangan rumah.Hairan betul dia dengan perangai lelakinya ni.Dua hari lepas sewaktu mereka di Hulu Langat,bukan main baik lagi cara layanan Riyadh padanya.Lembut dan sopan je masa bercakap.Muka tu memang manis dengan senyuman tapi lepas balik semula ke sini,Riyadh yang berada di Hulu Langat tu seakan lesap.Sekarang ni Riyadh kembali semula seperti dulu,menjadi seorang yang tegas dan tegang saja mukanya.Dia sendiri pun tak faham kenapa.Perwatakan lelaki itu boleh berubah.

Lagi teruk apabila mereka masih belum bertegur pada hari ini.Kalau dia tanya soalan,Riyadh jawab dengan muka yang yang tidak berperasaan saja.Pelik bukan sikap lelaki itu? Ada masalah ke? Kalau ada masalah apa salahnya berkongsi dengan isyerinya ni?

"Eherm! Lama lagi ke nak menggosok kereta tu?" soal Aurell yang sudah menapak keluar ke perkarangan rumah.Dia berdiri jauh sedikit dari Riyadh.Takut pulak bajunya basah terkena air.Nanti tak pasal-pasal dia lambat pulak nak ke kelas.

Riyadh masih meneruskan kerjanya tapi dia sempat memandang sekilas ke arah Aurell.Gadis itu sudah siap memakai skirt labuh dan blouse ringkas untuk ke kelas selepas ini.Tak dinafikan,dia mempunyai seorang isteri yang cantik.Aurell tidak perlu bersolek tebal sebab wajahnya memang semula jadi mempersonakan.

"Hmm.. ni nak saya tunggu sampai kereta awak berkilat dulu ke atau saya pergi sendiri je?" Aurell menyilang tangan ke dada.

"Awak pergi sendiri je hari ni", kata Riyadh.Masih tidak memandang wajah Aurell.

"Okey.. lain kali tu cakaplah awal-awal.Tak adalah terbuang masa saya menunggu awak manjakan kereta tu", omel Aurell.
Geram tau! Kalau dah tahu tak nak hantar tu apa salahnya bagitahu je terus? Kalau dari tadi dia bertolak,agaknya dah boleh sampai dekat Jakel Shah Alam tu dah.

Aurell menghidupkan keretanya tapi belum sempat dia ingin menerobos masuk ke dalam perut kereta,Riyadh memanggilnya.

"Habis je kelas nanti awak balik je terus dekat rumah sewa tu.Tak payah balik sini",

"Kenapa?"

"Saya sibuk dua tiga hari ni.Jadi kalau awak duduk sini pun bukan boleh buat apa",

Aurell mengangguk faham.Okeylah kalau macam tu.. tak kisah pun.Lagi elok kalau dia duduk dekat rumah sewa tu daripada duduk sini menghadap perwatakan Riyadh yang berubah-ubah macam sesumpah tu!

"AWAK nak berhenti kerja?"

Aurell mengangguk."Hari ni hari terakhir saya dekat cafe ni",

"Awak akan berhenti terus? atau sementara je?" soal Zakuan.Dia betul-betul terkejut apabila Aurell menyatakan hasrat untuk berhenti dari bekerja di cafe ini.Dia ingatkan gadis itu akan tetap terus menjadi staf di sini.

"Saya akan berhenti terus.Mungkin sampai saya habis belajar", kata Aurell.Walaupun dia terpaksa membuat keputusan untuk meletak jawatan,tapi ni bukanlah seratus-peratus keinginannya.Dia masih mahu bekerja di sini tapi bila difikirkan balik,mungkin sikap Riyadh berubah disebabkan perkara ini.Dari dulu lagi lelaki itu menyuruhnya agar meninggalkan cafe ini tapi dia buat tidak tahu saja.Mungkin selepas apa yang diakukan ini,Riyadh akan berlembut kembali.Mungkin?

"Ohh.. kenapa? Suami awak tak bagi kerja dekat sini ya?" tebak Zakuan.Tersengih.Apa lagi yang menjadi sebab pekerjanya ini dari berhenti kerja sedangkan selama ini elok saja Aurell bekerja bersamanya? Sudah tentu kerana suami.

Aurell tersenyum kecil."Dia cuma nak saya fokus dengan pelajaran dulu buat masa ni.Dia suami saya dan saya rasa dia tahu apa yang terbaik untuk saya", katanya.
Pandai sungguh kau berkata-kata ya sedangkan selama ni apa yang Riyadh cakap langsung kau tak patuh.

Zakuan mengangguk faham.Dia masih belum berumah tangga tapi dia rasa apa yang Aurell buat ni betul.Seorang isteri mesti kena dengar cakap suami.Jika dia sudah berkeluarga satu hari nanti,dia pun mahu isterinya mendengar kata.

"Okey.. memandangkan hari ni last day awak sebagai pekerja saya,jom saya bawak awak pergi shopping.Anggap je ni semua hadiah dari saya sepanjang tiga tahun awak bekerja di cafe saya ni", Zakuan tersenyum mengharapkan gadis itu bersetuju dengan permintaannya.

Pada awalnya Aurell berat hati jugak tapi bila memikiran Zakuan telah banyak membantunya selama ni,jadi dia ikut saja.Dia dah banyak jugak terhutang budi dengan lelaki itu.

Sampai saja mereka di One City Mall,mereka terus bersiar-siar di sana.Zakuan ada membelikannya sebuah beg tangan dan kasut baru.Kata lelaki itu sebagai tanda penghargaan dari seluruh warga cafe kepada Aurell.Walaupun puas ditolak Aurell,namun Zakuan tetap berkeras untuk menghadiahkan barangan tersebut kepada Aurell.

Setelah empat puluh lima minit mereka berada di sana,Aurell meminta untuk dihantar pulang oleh lelaki itu.Mula rasa menyesal kerana tidak membawa keretanya sendiri ke sini tadi.Sudahlah sekarang ini hampir menginjak ke waktu maghrib dan dia pulak sedang keluar berdua-duaan bersama lelaki lain.Apa pulak orang lain kata nanti.Dia tu dahlah isteri orang.

Tapi itulah yang terjadi.Dalam dia takut-takut ada orang lain nampak yang dia keluar dengan lelaki lain,tahu-tahu saja di hadapannya muncul seorang lelaki yang amat dia kenali.Lelaki itu secara kebetulan baru keluar dari kedai kaca mata berhampiran.Lelaki bertopi hitam tersebut benar-benar membuatkan langkahnya terhenti.Mata bertentang mata buat seketika.

"Ehh.. suami awak tu,Ell", tegur Zakuan yang kebetulan juga ternampak Riyadh yang sedang berdiri dan memerhati ke arah mereka.Dia menghampiri Riyadh.Aurell pula sudah menggigit bibir.Adeh.. tak kena masa betul lah si Zakuan ni nak menegur orang.

"Assalamualaikum", tegur Zakuan.Dia tersenyum sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Riyadh namun langsung tidak dilayan lelaki itu.Bahkan Riyadh tidak langsung memandang ke arahnya.

"Buat apa dekat sini?" soal Riyadh sambil memandang tajam ke arah isterinya yang hanya menundukkan wajah.Bukan main terkejut lagi dia tadi apabila terserempak dengan Aurell ketika dia keluar dari kedai cermin mata ini.Tak sangka pulak dia terserempak dengan Aurell keluar bersama lelaki lain.

"Aku dengan Ell cuma.."

"Aku tak tanya kau!" tajam mata Riyadh memandang Zakuan.Kecik besar kecik besar je aku tengok.Dahlah keluar sengan bini aku lepastu menyibuk pulak tu!

"Masih ada mulut ke Puan Aurell Latisha?" soal Riyadh sekali lagi.Sengaja dia menekan perkataan puan tu.Biar sedar sikit diri Aurell yang dia tu sudah bersuami.Dah jadi isteri orang tapi berperangai macam anak dara baru habis sekolah!

Aurell hanya mengunci mulut.Entah kenapa mulutnya ni berat sangat nak menjawab pertanyaan Riyadh.Kan senang kalau dia dapat cakap yang mereka keluar ni sebagai tanda terima kasih saja.Tak lebih dari tu dan takkan lebih.Tapi itulah,sekarang jugak mulut ni nak membisu.

Melihatkan isterinya yang hanya mendiamkan diri,tidak semena-mena Riyadh terus menarik pergelangan tangan Aurell dan menjauhkan diri gadis itu dari Zakuan.

"Jangan kau berani nak ganggu dia lagi! Kalau tidak,kau akan menyesal sebab berurusan dengan aku", kata Riyadh.Tegas dan serius sebelum dia menarik tangan Aurell keluar dari mall tersebut.Dia sempat melihat senyuman sinis Zakuan yang terpamer di wajah lelaki itu.Senyuman yang hanya dia dan lelaki itu saja yang tahu maksud di sebalik semuanya.

*Sorry guyss for late update.. maaf bab tk berapa nak best

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now