New Story

30.1K 515 13
                                    

Story keenam sis dh dipublish and you guys boleh start baca now😇

SINOPSIS

Haziq Isyraf,seorang lelaki yang berperwatakan kasar dan ganas.Darah kacukan Melayu -Siam yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan dia digilai ramai.Namun dia seorang yang bebas dan suka berfoya bersama rakan-rakannya.Dek kerana itu, dia langsung tidak memikirkan tentang 'perempuan' atau 'kekasih' atau 'isteri' meskipun umurnya sudah mencecah 25 tahun.Apa yang penting,dalam hidupnya perlu ada keseronokan!

Bagi Ayra Sophilia,dia memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan suami dengan segera!Bukan kerana terdesak tapi sebenarnya dia sudah tidak tahan lagi nak dengar Geng Makcik Bawang bersuara setiap kali dia pulang ke kampung.Dia sedar,angka 30 memang sudah lewat benar untuk berkahwin bagi seorang perempuan.Bukan dia tak fikir tentang kahwin dan sebagainya,tapi mungkin dulu dia terlalu sibuk menguruskan kerjayanya sehingga lupa untuk mencari teman hidup.

Pertemuan di antara Ayra Sophilia dan Haziq Isyraf secara tidak sengaja membuatkan Ayra tertarik dengan lelaki itu.Lelaki yang di matanya agak 'cool' dan bersahaja itu membuatkan dirinya mula menyusun strategi untuk mendapatkan sekeping hati milik Haziq Isyraf.Biarlah dikatakan perigi mencari timba sekalipun,dia tak kisah! Apa yang penting,dia perlu memikat Haziq!

"Apa kena dengan kau ni? Punyalah banyak kerusi lain,apahal nak duduk sini jugak?" -Haziq Isyraf

"Sebab saya nak duduk dengan bakal suami saya" - Ayra Sophilia

"Siapa pulak bakal suami kau?" - Haziq Isyraf

"Awaklah!" Ayra Sophilia

Setelah apa yang dikejari kini sudah berada di depan kata,ternyata Haziq Isyraf bukanlah seperti lelaki yang disangkakan! Indah khabar dari rupa,ya benar! Setelah kesetiaan ditaruhkan terhadap perkahwinan mereka,satu persatu rahsia tentang suaminya terbongkar di hadapan mata.Ayra Sophilia menangis! Kecewa! Ketika dia kembali untuk meminta dilepaskan,Haziq Isyraf pula dikhabarkan tidak mempunyai masa yang lama lagi.

Love In Silent ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang