BAB 12

23.1K 1K 7
                                    

KERETA diberhentikan di tepi jalan secara tiba-tiba.Keretanya cuba dihidupkan beberapa kali namun tidak ada sebarang tanda kereta itu akan hidup semula.Aurell mengeluh perlahan.Tolonglah jangan nak menambah lagi masalah dalam kepala otaknya sekarang ini.

Sekali lagi dia mencuba untuk menghidupkan keretanya namun tetap gagal.Aurell mengetap gigi sambil matanya terpejam rapat.Memahan dirinya dari menjerit kuat.Ada saja dugaannya!

Dia sempat mengerling jam pada dashboard keretanya.Sudah hampir tengah malam.Aurell membuka but hadapan keretanya tapi dia tak tahu apa-apa pun pasal kereta.Langsung tidak.Jadi dia buka atau tutup,tetap sama saja.Aurell sekali lagi memejaman matanya rapat.Ikutkan hati mahu saja dia meraung sekuat hati.Melepaskan segala perasaan dalam dirinya.Namun dia tetap bersabar.

Sekarang ini dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.Mahu meminta tolong,siapa sajalah yang dia ada sekarang ini? Sudahnya dia hanya duduk termangu di tepi kereta,menunggu jika ada orang yang ingin membantunya.Tapi tiada satu pun kereta yang mahu berhenti dan menanya tentang keadaan keretanya.

Lagi pun,Aurell ragu-ragu juga.
Sekarang sudah tengah malam dan dia berseorangan di tepi jalan begini.Risikonya terlalu banyak.

Berfikir dan berfikir,akhirnya Aurell membuat keputusan untuk berjalan ke bus stop yang sedikit jauh di hadapan.Kalau jalan kaki dalam 20 minit sampailah.Dia lagi rela penat berjalan dari duduk seorang diri di sini.Lagipun masa semakin pantas berlalu.Sekarang jam sudah menunjuk tepat jam 12 tengah malam.Lebih baik dia berjalan ke perhentian bas dan pergi ke mana-mana saja kawasan sekitar sini.

Kalau dia terjumpa dengan mana-mana hotel murah,boleh jugak dia tidur untuk satu atau dua malam ni.Sekurang-kurangnya sempatlah dia cari bilik sewa nanti.

Tanpa membuang masa,dia pantas mengeluarkan beg-begnya dari dalam kereta.Selepas memastikan keretanya dikunci,dia mula mengatur langkah.Sepanjang perjalan,entah macam mana dia teringat kembali saat Maklong Timah menampar pipinya.Keperitan itu seakan masih lagi dirasai sehingga kini walaupun hampir tiga hari semua itu berlalu.

Baru beberapa hari sebelum itu dia bergurau senda dengan maklongnya.Selama ini pun memang dia rapat sangat dengan Maklong Timah.Dari dulu lagi,dia selalu membantu maklong dalam banyak perkaran.Dan semua itu telah mencipta kenangan yang takkan pernah dia lupakan dari dia kecil sehinggalah sekarang dan semua kenangan itu seakan berlegar-legar di fikirannya.

Leka sekali dia diulit kenangan lama yang menari di benaknya,entah untuk berapa lama.Dia sendiri tak perasan sehinggalah ada sebuah kereta menghampirinya.Bunyi hon dari kereta tersebut telah menarik kembali diri Aurell ke dunia nyata.Dunia di mana dia telah dibuang oleh satu-satunya saudara yang dia ada di dunia ini.

Aurell meneruskan langkahnya meskipun kereta tersebut sudah berhenti di sebelahnya.Jangan tengok.. mungkin orang jahat.

Pemandu kereta Audi R8 tersebut sekali lagi membunyikan hon keretanya dan kali ini dia berhenti betul-betul di sebelah Aurell.Cermin tingkap keretanya diturunkan.

"Aurell!"

Aurell berhenti melangkah.Air mata di pipinya dikesat dahulu.Macam mana pemandu kereta ni boleh tahu namanya? Lambat-lambat Aurell menoleh sebelah.Dia membongkokkan sedikit tubuhnya agar dapat melihat pemandu kereta mewah tersebut.Matanya terbuka luas.

"Encik? Buat apa dekat sini?"

"Awak tu yang buat apa malam-malam buta dekat sini? Bahayalah.."

"Err.. saya.."

"Nak pergi mana? Naiklah.. biar saya hantarkan", ujar Riyadh.Apa gila sangat Aurell ni nak keluar lewat malam macam ni? Seorang diri pulak tu.Nasib baiklah dia yang terserempak dengan Aurell kalau orang lain yang berniat jahat macam mana?

" Ehh,tak apalah.. encik.Saya boleh pergi sendiri", Aurell memaksa dirinya tersenyum.Sebenarnya naik dengan lelaki ni lagi menakutkan.Baik dia jalan kaki je walaupun dia masih tak nampak lagi bayang bus stop di hadapannya.Dah penat dah ni dia berjalan.

Riyadh mengeluh kecil.Terpaksa jugak dia keluar dari kereta dan mendekati Aurell.

Dia menyeluk poketnya.Setelah itu dia menyerahkan dompet dan telefon bimbitnya kepada Aurell."Ni.. awak ambik semua barang saya ni.Dalam wallet tu ada IC,lesen dan segala jenis kad identiti ada dalam tu.Kalau saya buat apa-apa dekat awak,serahkan semua ni pada pihak polis.Nombor plat kereta saya ni pun awak boleh catat", kata Riyadh.Serius benar mukanya.Macam biasalah kan?

Lama juga Aurell pandang muka Riyadh.Mula-mula memang dia macam ragu-ragu tapi bila fikirkan yang tempoh hari lelaki ini juga yang menyelamatkannya,dia yakinkan diri.In Shaa Allah,dia akan selamat.

"Encik ambik je laa barang encik ni.Saya rasa saya percayakan encik", Aurell tersenyum tipis.Riyadh hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam kereta diikuti Aurell.Tapi Aurell memilih untuk duduk di bahagian belakang dan bukannya tempat sebelah pemandu.

" Awak nak ke mana ni?"

Aurell diam.Ke mana dia nak pergi? Takkan dia nak cakap tak tahu pulak?
Lagipun kalau boleh dia tak nak pergi tempat jauh sangat sebab keretanya masih di sini.

"Seksyen 2"

Riyadh mengangguk dan terus memandu ke sana.Sepanjang pemanduan,mereka hanya diam.Aurell memandang ke luar tingkap.Satu persatu air matanya menitis jatuh tanpa dia sedar.Sedih bila mengenangkan nasib dirinya.

Riyadh pula hanya sesekali saja membuang pandang ke arah Aurell melalui cermin pandang belakang. Dia perasan yang Aurell ada bawa beg besar bersama.Macam beg pakaian.
Curiga jugak tapi dia malas nak bertanya.Rasanya itu bukan urusan dia.

Sampai di tempat yang dituju,Aurell hanya menyuruh Riyadh berhenti di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat.Rumah siapa pun dia tak tahu sebenarnya tapi dia sekadar berpura saja.Selepas lelaki itu pergi,dia akan menahan teksi untuk ke tempat lain.Itu pun kalaulah ada teksi.

"Terima kasih sebab hantar saya", Aurell berpura-pura gembira.

Selepas memastikan kereta tersebut benar-benar pergi,Aurell melepaskan nafas lega.Tapi hanya sekejap saja bila dia menyedari kawasan perumahan yang dia berada sekarang ini.Agak sunyi.Bukan agak,memang terlalu sunyi.Dan perumahan di sini jugak seperti sudah lama.Tak ramai dah yang duduk di sini.

Aurell menggigit bibir.Kenapa dia tak perasan tadi tempatnya menyeramkan macam ni? Perasaan takut mula hadir dalam dirinya.
Macam-macam yang berada dalam fikirannya sekarang ini.Kalau ada hantu macam mana? Penculik? Penyamun?

Dia menggengam tali begnya lebih erat.Dia nak pergi dari sini tapi entah kenapa kakinya seakan dipaku di situ.Apabila melihat sekeliling,semakin takut dia jadinya.
Dengan keadaan di situ yang gelap dan hanya diterangi dengan beberapa lampu jalan,membuatkan tangannya menggigil.Dahlah semalam dia baru lepas tengok cerita hantu.Kan dah rupa hantu dalam filem semalam tu muncul dalam fikirannya.

Aurell menguatkan dirinya untuk menapak.Dalam tiga langkah dia bergerak,sebuah kereta berhenti di sebelahnya.. lagi.Dia memejam mata rapat.Takut pulak nak tengok sebelah.Mana tahu kalau yang bawak kereta ni han.. hantu ke.

"Aurell!"

Aurell pantas membuka mata.Hairan jugak dia bila tengok Riyadh masih di sini.Bukan lelaki ni dah pergi tadi ke? Belum sempat mulutnya dibuka untuk bertanya,Riyadh terlebih dulu menjawab pertanyaannya.

"Ell,masuk kereta.. saya tahu ni bukan rumah awak.Saya tahu awak tak ada tempat nak pergi", katanya.Sekali algi Aurell hairan.Macam mana lelaki ni boleh tahu?

Sebaik saja Aurell masuk ke dalam kereta,Riyadh terus menekan minyak dan pergi ke suatu tempat.Dia tidak bersuara lagi dan hanya fokus dengan pemanduannya.Tadi nasib baiklah dia tergerak hati untuk berpatah balik dan melihat Aurell dari jauh.Apabila gadis itu tidak masuk ke dalam rumah dan kelihatan agak takut dengan keadaan sekeliling,dia yakin yang tekaannya betul.Mungkin Aurell tiada tempat untuk dituju.

Love In Silent ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora