Bab 2 💐

5.3K 777 37
                                    

Kumpul tin, dapat duit sikit, setakat lepas makan dan minum sahaja. Dan aku ulang benda yang sama untuk menyara diri. Bukan aku minta semua ni. Aku tak minta. Tapi disebabkan ayah aku penagih dadah, ibu aku bekas escort girl, aku jadi macam ni.

19 tahun dah bergelandang. 19 tahun dah tak belajar. Hmm. Aku setakat sekolah rendah je. Langsung tak belajar sekolah menengah.

Aku leka mencari tin, sehinggakan tanpa aku sedar, kaki aku yang tak berselipar terpijak kasut seorang wanita yang cantik.

"Hei! You! What are you doing, huh?! Dahlah pengotor, jijik, pijak kasut aku! Urgh!" Aku mengelak dari terkena sumpahan-sumpahannya. Aku larikan diri. Dah terbiasa terkena begini. Kena hina, maki hamun tu biasa. Hmm.. rutin aku, tak ada sesiapa yang peduli.

Kadang-kadang ada juga orang prihatin bagi aku duit, buat makan. Aku simpan, tapi biasalah, aku kerap diserang orang lain. Habis duit aku.

Aku melajukan langkah lagi, sehinggalah tiba di satu kedai makan.

Grukk.. grukk..

Alahai, perut aku. Lapar. Tapi aku tak cukup duit. Aku pandang orang-orang yang selera betul makan di restoran tu. Bau makanan pun, sedap.

"Hei, buat apa kat sini? Shuh.. pergi. Shuh..." pekerja restoran halau aku bagai kucing. Aku pejamkan mata. Sedih.

"Saya lapar. Boleh tak saya nak makan?"

"Ah, tak ada! Tak ada!"

Aku menunduk, akur. Air mata mula bergenang.

"Bolehlah, makcik. Saya lapar."

"Ah! Shuh!"

Aku semakin sedih. Aku usap perut yang lapar. Dengan langkah yang perlahan, aku pergi.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now