Bab 56 💐

5.5K 530 31
                                    

Hari ni mood aku agak ke laut sikit. Semua benda tak kena. Asyik nak melekat dengan Hoseok je sentiasa. Tapi dia kerja, aku kena faham.

"Awak balik pukul berapa hari ni?" Soal aku. Aku baring, tak boleh duduk sebab rasa nak muntah sangat kalau duduk.

"Lambatlah, dear. Mungkin pukul 6 atau 7. Ada banyak meeting. Jangan tunggu eah?" Aku dah tayang muncung panjang. Aku tak nak merengek, rasa macam nampak bodoh pun ada. Tapi nak buat macam mana.. anak dia ni lah yang menjatuhkan ego aku!

"Saya pergi dulu eah?" Katanya. Cepat-cepat aku duduk dan mendepakan tangan.

"Nak peluk."

"Auww..."

Aku sengih. Hoseok datang dekat aku, aku peluk pinggang dia. Erat.

"Wangi. Sama je macam dulu." Kata aku. Hoseok ketawa kecil. Dahi aku yang beralaskan bangs dicium. Aku pejam mata kuat sikit.

"Awak pun wangi. Bau bunga rose." Kata Hoseok. Terkulat-kulat aku dikata begitu. Mandian mawar yang aku guna sekarang dah jadi deria bau Hoseok yang baru.

"Dah, pergi dulu eah? Jangan nakal-nakal." Pesan Hoseok. Aku angguk-angguk.

"Yelah. Hati-hati."

"Ya, mummy. Daddy hati-hati." Aku menjerit suka. Tergelak Hoseok semasa dia keluar bilik.

Haih.. baby, mummy sebenarnya masih sayang daddy. Tapi mummy takur kalau daddy tipu lagi.

Macam mana?

*******

Hoseok melepaskan nafasnya yang panjang, berat dan penat. Berpinar matanya melihat angka kewangan yang sedikit merosot sejak beberapa bulan ini. Jimin di hadapan mata juga sudah separuh gila memikirkan.

"Macam mana kos pengeluaran kita lebih banyak (RM 27,000.00 Harga Malaysia) sedangkan kita langsung tak buat pengeluaran yang baru?" Perbincangan mereka pun bermula.

"Itulah masalahnya. Dan yang paling mengejutkan, kos pemasaran kita teruk betul (RM 15,675.00 Harga Malaysia). Sedangkan kita langsung tak ada keluarkan banyak modal untuk buat promosi ni." Terang Jimin. Kepala Hoseok tergeleng.

"Papan iklan LED dekat bandar tu dah naik harga ke?"

"Eh... tak adalah. Kalau naik harga, setiap kali aku buat transfer, mesti dia bagitahu yang aku transfer tak cukup."

Hoseok mengeluh. Ada unsur sabotaj ni dalam pengurusan pengeluaran dan pemasaran.

"Kita kena buat meeting ni. Kau kumpulkan semua report kewangan yang staf kita bagi. Kita kena kaji dari awal." Kata Hoseok. Jimin mengangguk setuju.

"Okey. Tapi lepas lunch lah. Aku lapar. Jom makan." Ajak Jimin. Fail ditutup, pelipis yang terasa ketat dipicit-picit hujung jari.

"Sekejap." Hoseok mencapai telefon bimbit. Mesej Nara yang sudah lama diterima dibuka.

Awak.. nak minta tolong boleh tak? Tadikan, saya buka Facebook. Lepas tu kan, ada satu makanan ni macam sedap je. Boleh tak awak belikan?

Hoseok senyum. Laju tangannya menaip.

Apa nama makanan tu? Hantar gambar.

Tak sampai beberapa saat, terus Nara hantar gambar.

Tuuuu...

Hoseok menggaru kening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hoseok menggaru kening. Diperhatikan gambar yang Nara hantar. Dalam hati sudah menyumpah-nyumpah laman Facebook itu. Bagi tunjuk Nara makanan yang manis macam ni.

Manis-manis tak elok untuk awak. Awak mengandung, Nara.

Hantar.

Alahhhhhh...

Tak sampai hati Hoseok dibuatnya. Dia membalas okey dan terus keluar emoji Nara bersorak. Haih.. comel sungguh budak 19 tahun ni.

"Hoi, sengih kenapa?" Tegur Jimin. Hoseok sedar. Dia ketawa.

"Tak ada apa-apa. Err.. Jimin. Aku nak minta tolong boleh tak?" Tanya Hoseok. Jimin naik kening.

"Tolong apa?"

"Belikan ni. Lepas tu pergi rumah aku, bagi kat Nara. Boleh?" Jimin diam. Matanya memandang sahaja skrin telefon Hoseok. Kemudian dia memandang Hoseok.

"Kau masih simpan budak gelandangan ni?" Soal Jimin. Dingin je suaranya. Hoseok mengeluh.

"Ji, nama dia Nara."

"Tetap gelandangan." Jimin bangun. Hoseok menahan.

"Beli tau. Kalau tak, aku potong gaji kau." Jimin menyumpah dalam hati. Entah apa yang menarik sangat dengan Nara tu. Siap ugut.

"Yelah!"

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now