Bab 47 💐

5.3K 484 16
                                    

PRANG!

"Eh, bos? Kenapa ni?" Terkocoh-kocoh pekerja yang berada di pantri berlari mendapatkan majikannya yang terlepas gelas dari tangan. Hoseok sendiri tercengang. Dia dah pegang elok dah tadi. Tiba-tiba je melorot dari tangan dan pecah.

"Err.. saya..."

"Tak apa. Saya buatkan air bos. Bos balik bilik dulu ya?" Hoseok tiada pilihan. Dia membiarkan sahaja pekerja lelakinya itu memanggil tukang sapu dan membersihkan gelasnya yang pecah.

Hoseok mengeluarkan telefon. Nombor telefon yang digunakan oleh Nara didail. Lama, dari pantri hingga ke biliknya sendiri, Nara tak angkat.

Hoseok cuba sekali lagi. Eh, tetap sama. Wah.. tak boleh jadi ni. Mesti ada sesuatu yang jadi.

Hoseok melihat jam di tangan. Baru pukul 10, takkan nak balik? Sudahlah dia ada mesyuarat nanti jam 11. Sempatkah?

"Aerin.."

"Ya, tuan?"

"Serahkan semua mesyuarat saya dekat Jimin. Suruh dia bentangkan kewangan tanpa saya, sebab saya kena balik sekarang. Ada hal penting."

"Tapi, tuan. Tuan Jimin sekarang tak ada dekat sini. Dia outstation." Hoseok menepuk dahi. Lupa tentang itu.

"Kalau macam tu, awak postpone esoklah. Saya betul-betul ada hal kecemasan ni. Tak boleh dielakkan." Kata Hoseok. Aerin sahut mengerti akan masalah majikannya ini. Urusan semuanya diselesaikan dan tanpa menunggu lama, Hoseok pantas berdiri. Hanya membawa purse dan telefon bimbit, dia beredar.

Dalam perjalanan itu, tak henti-henti Hoseok bertenang. Sesekali dia mencuba juga untuk menelefon Nara. Tetapi tetap juga sama. Masuk peti suara.

Hoseok sampai di kondo. Kereta hanya diparkir di tempat biasa miliknya. Pantas dia melangkah laju dan masuk ke dalam lif. Lama pula terasa hendak sampai ke tingkat 18.

Ting!

Hoseok berlari. Tiba sahaja di hadapan pintu kondo, memasukkan kata laluan, pintu terbuka.

"Nara..."

Senyap. Hoseok mencari kelibat Nara sebelum langkahnya terhenti di ruang tamu. Mata membulat, rahang jatuh sedikit.

"Nara!"

Pantas tubuh yang terbaring lemah itu dicempung kemudian di bawa ke bilik. Perlahan-lahan diletakkan di atas katil.

"Nara.. sayang?" Hoseok terasa menggigil tiba-tiba. Nara kerap pengsan namun tidaklah sepucat sekarang. Tetapi hari ini, wajahnya yang putih gebu itu semakin putih kerana pucat. Sejuk badannya.

Cepat-cepat Hoseok mengeluarkan telefon. Dia menelefon doktor peribadinya.

"Helo, doktor. Tolong datang ke rumah saya sekarang."

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now