Bab 17 💐

4.2K 604 45
                                    

"Saya dah suruh awak lock pintu. Kenapa tak buat?" Bagai nak luruh jantung aku dibuatnya apabila mendapati bahawa manusia yang menyekat aku tadi adalah Jung Hoseok. JUNG HOSEOK.

"Janganlah terperanjatkan saya. Saya..."

"Saya suruh awak lock pintu."

"Nanti ada orang nak hantar barang. Saya biarkan jelah. Kan senang." Kedudukan aku dan Hoseok masih sama. Malah aku rasa makin rapat pula. Lain macam betul cara dia ni. Berlumba-lumba perasaan dalam celah organ perut aku terasa.

"Itu kalau betul orang yang hantar barang tu niat nak hantar barang je. Kalau nak buat sesuatu dekat awak? Nak bunuh ke? Nak rogol ke? Tak takut?" Tertelan air liur aku mendengarnya. Aku menolak lengan Hoseok dan aku pusingkan tubuh menghadapnya.

Ya Tuhan.. manusia jenis apa ni? Kacak lain macam dari biasa. Dia kemas berkemeja, lengan kemeja yang panjang dilipat cukup kemas sehingga paras siku. Butang kemeja yang atas dibiarkan terbuka menampakkan sedikit collarbone yang menimbul. Dia bukan kurus, tapi dia sederhana.

"Janganlah takutkan saya." aku kehilangan ayat. Takut semula walaupun terpegun sekejap sesaat.

"Tak takutkan, tapi ingatkan. Lain kali lock. Saya tak nak jadi apa-apa dekat awak."

"Saya minta maaf."

Hoseok cuma menggumam. Aku menepuk dahi berkali-kali dengan hujung jari. Dia menapak ke ruang tamu, sebelum tubuhnya dihempas. Keluhan berat terlepas. Penat agaknya.

"Awak nak apa-apa?" Aku berbasa-basi. Sambil tu menapak lagi ke arahnya dan duduk di sebelah. Tiba-tiba, tubuh aku dipeluk kejap. Tersentak aku.

"Eh, awak kenapa ni?"

"Saya tak akan maafkan diri sendiri kalau jadi apa-apa dekat awak sebab tak kunci pintu." Dia tak habis lagi pasal tadi. Aku pula jadi serba salah. Dia betul-betul risau, tapi aku buat tak endah je.

"Awak, dulu hidup saya tak ada pintu pun. Terdedah. Saya tidur beralaskan bumi, dan berbumbungkan langit. Tak ada siapa pun yang kisah, dan tak ada sesiapa pun yang risau. Tapi sekarang, walaupun saya dah dekat sini, saya masih tahu jaga diri. Awak tak perlu risau, saya baik-baik je." Belakang tubuhnya aku usap-usap perlahan. Cuba memberikan ketenangan kepada seorang lelaki yang nampaknya mula menunjukkan sikit-sikit emosi terhadap aku.

Dia ajar aku erti menghargai.

"I can't imagine if anything hap..."

"Saya, okey." Aku longgarkan pelukan. Spontan tangan aku naik menyentuh kedua belah pipinya sementara tangannya masih berada di pinggang aku.

Wajahnya betul-betul nampak risau. Aku pula yang rasa nak ketawa. Sungguh, aku tak pernah diambil berat sampai macam ni.

Atau.. dia ada muslihat lain?

"Please.. don't punish me with something like this. Sakit tahu tak?" Hoseok kembali merapatkan diri kami. Auww.. aku rasa betul-betul terharu. Dalam diam aku tersenyum.

"Biar saya yang rawat." Aku ketawa di hujung ayat. Aku terdengar juga Hoseok ketawa halus. Tapi dia langsung tak tunjukkan tanda-tanda bahawa dia nak lepaskan pelukan erat ni.

Bukan aku tak nak, bukan aku rimas, tapi aku takut dia lenguh. Aku lenguh tak apa. Asalkan dia selesa. Lagipun dia dah berikan aku macam-macam. Takkan nak pinjamkan badan untuk dia peluk pun aku tak boleh? Melampau. Mungkin dia perlukan sesuatu sokongan.

"Awak mampu merawat hati saya?" Aku mengerutkan dahi. Apa punya soalan ni?

"Entah. Saya tak tahu. Awak sakit dekat hati ke? Saya boleh rawat luka dekat tempat selain hati je."

"Tapi sekarang hati saya yang sakit."

Aku cepat-cepat lepaskan pelukan. Aku pandang Hoseok, renung dalam-dalam.

"Awak ada kanser hati ke?" Polos. Aku tahu, aku nampak bodoh tapi manalah tahu betul.

Tiba-tiba Hoseok sengih lebar dan dia ketawa. Hilang lagi mata!

"Asal gelak?" Aku tepuk geram bahunya. Kuat. Mengaduh dia. Aku peduli apa.

"Saya serius ni, Hoseok."

"Amboi panggil saya dengan nama je? Awak tahu tak beza umur kita ni jauh? Saya 25 tahun, awak 19. Nampak tu beza." Kata Hoseok. Aku pekakkan telinga.

"Awak betul-betul ada penyakit hati ke?" Aku kembali menyoal. Tak puas hati. Hoseok angguk-angguk. Aku kaget.

"Tahap berapa?"

"Tahap yang dah tak boleh dirawat."

Aku menganga kecil. Apa ni? Aku rasa macam ditipu je.

"Awak tipu saya eah?"

"Mana ada! Betullah, sakit jatuh cinta mana boleh dirawat." Aku ketap bibir. Tangan aku dah genggam nak layangkan penumbuk sulung. Tak payah kat muka, kat dada dah cukup kuat dah.

"Baik saya duduk je dekat lorong-lorong tu daripada dengan awak." Sungguh, aku sentap. Aku risau betul-betul, dia main-mainkan aku. Aku bangun, tapi tangan aku kembali ditarik menyebabkan kedudukan aku dan dia lebih rapat dari tadi.

"This is what you make me feel."

Aku kerut dahi. Aku faham, tapi aku yakin ada sesuatu lagi.

"Perasaan yang awak terlalu risau, tapi dimain-mainkan." Aku terkena. Wajahnya serius. Dia masih tak habis lagi pasal tadi lepas tu kenakan aku?

"Saya risaukan awak. Jadi lepas ni, tolong kunci pintu. Okay, sweetheart?"

□ ■■■■ □

Saya galakkan awak semua baca description dulu. Barulah awak boleh faham tentang jalan cerita ni sikit. Hehehehehe enjoy!

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now