Bab 41 💐

5.4K 541 17
                                    

Aku celikkan mata. Lama aku ambil masa untuk sepenuhnya sedar. Aku pandang depan, siling. Aku melihat sekeliling, berada di atas katil.

Eh, ini macam rumah...

"Awak dah sedar?" Kaget aku. Aku pandang pintu bilik air yang terbuka dan menayangkan Hoseok. Aku terus bangun.

"Kenapa saya dekat sini?" Aku menarik selimut dan tutup tubuh walaupun masih berpakaian. Tapi bukan pakaian dua minggu lepas, pakaian yang lain.

"Saya tanya ni, kenapa saya dekat sini?!" Suara aku meninggi. Air mata mula bertakung. Hampir menangis.

"Nara, awak.."

"Jangan dekat." Aku memberi amaran. Hoseok mahu mendekati aku. Aku mengesot ke belakang sehingga belakang tubuh aku mencecah kepala katil.

"Okey, saya minta maaf pasal hari tu. Saya.." dia cuba nak dekat lagi. Aku makin menjerit.

"Jangan dekat saya kata!" Aku hilang sabar. Muka aku panas dan berbahang. Melihat wajah Hoseok, hati aku kembali bernanah.

"Saya minta maaf."

"Saya benci awak." Aku memeluk lutut dan sembamkan muka pada lutut. Aku menangis teresak sedikit kuat. Hoseok masih berdiri di tempat tadi.

"Saya tak sengaja, Nara."

"Kau ambil kesempatan dekat aku atas kepuasan kau sendiri."

"Saya..." aku tahu, dia tak akan ada sebab. Dia tak akan ada alasan. Dia sentuh aku kerana nafsu. Aku rela disentuh dengan cinta.

"Saya nak keluar dari rumah ni. Saya tak nak duduk sini." aku menggeleng-geleng. Aku betul-betul tak nak duduk di rumah ni. Penyeksaannya sangat berganda, duduk sebumbung dengan Hoseok.

"Nara, tolonglah. Jangan lari dari saya." Aku mengangkat kepala. Hoseok kini sudah duduk di birai katil. Aku terkejut.

"Siapa suruh awak dekat dengan saya?"

"Hati saya nak saya dekat dengan awak."

Aku mendengus.

"Tapi hati awak penuh nafsu." Aku tak boleh duduk serapat ini dengan Hoseok. Aku lemas.

"Saya minta maaf." Aku benci mendengarnya. Tanpa menunggu lama, aku bangkit dari duduk dan terus berlari ke tandas. Aku kunci pintu tandas. Terduduk aku. Aku menangis lagi.

Kenapa aku bodoh?

Kenapa aku terlalu sayangkan dia? Sebab aku sendiri yang akan sakit nanti.

Hoseok... kalau saya ada kuasa, saya lenyapkan awak dalam hidup saya. Sampai bila-bila.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now