Bab 54 💐

5.8K 538 42
                                    

Mual, loya, nak rasa muntah teruk. Tapi bila aku ke tandas, tak ada apa-apa yang keluar. Punyalah perut berputing beliung, mahu mengeluarkan isi. Tapi tak ada apa yang keluar. Aku rasa penat dah ulang alik, jalan, menangis, teresak, meraung sebab...

Rindukan Hoseok. Aku tak tahu kenapa! Mungkin sebab kes pagi tadi, aku terbau wangian lembut pada tubuhnya. Puas aku cium semua benda. Aku cium minyak wangi, cecair mandian, shampoo, sampaikan cecair pakaian basuh pun aku cium.

Tapi bukan! Aku tak nak! Aku cuna nak.. Hoseok. Emm..

Aku keluar dari bilik sambil menjeling jam dinding. Baru pukul 11. Lama lagi. Jam pun satu, rosak ke apa?! Sengaja nak lambat-lambatkan masa?

Aku ke dapur untuk makan. Sekadar alas perut. Hoseok tak ada, aku tak rasa nak makan.

"Mengadanya kau ni, Nara! Kata benci.. tapi kau macam sayang dah ni?" Aku ketuk-ketuk kepala sendiri. Masa inilah aku lupa pasal dendam aku, sakit hati dan marah aku.

TU SEMUA SEBAB BAU HOSEOK WANGI.

Aku suka sangat. Huwarghh!

"Macam mana ni, baby? Mummy cuba nak benci daddy, tapi bau daddy wangi. Hmm..." aku usap perut sekali. Anak aku diam. Tidur agaknya. Dah 10 minggu (2 bulan dua minggu) ni, aku rasa makin menjadi-jadi perasaan mengada tu. Awal-awal hari tu, puas aku marah Hoseok. Takkan dah tukar pula?

Teruk.

Aku capai roti. Kemudian aku bakar dua keping. Beberapa minit kemudian, roti itu melantun kecil keluar. Aku mengeluh lagi melihat warna roti tersebut.

Ni bukan bakar dah ni. Ni dah hangus rasanya. Aku menggeleng perlahan. Tapi aku capai juga roti tu dan sapu jem blueberry di atasnya. Kegemaran Hoseok. Aku selalu nampak dia makan roti atau apa-apa sahaja, mesti ada jem blueberry di sebelahnya. Aku tahu, nak sangat sediakan sarapan pagi macam dulu-dulu.

Aku makan. Tiga keping setengah. Kau tong ke, Nara? Tertawa kecil aku. Mengenangkan aku makan banyak. Walaupun sekadar roti, tapi tekanannya sampai nak mengusik suis mual aku pula. Janganlah muntah, janganlah muntah.

Aku ke ruang tamu selepas mengemas meja. Biarlah selerak sikit. Rasa macam nak duduk je. Haih.. teruk aku teruk.

TV aku buka. Tukar siaran, baca itu, baca ini. Tapi tak ada satu pun yang menarik perhatian aku!

"Hoseok.. bila awak nak balik?" Mata aku mula kabur. Kerinduan aku tak ada batasnya. Aku tengok TV yang menayangkan entah rancangan apa benda, aku teringat Hoseok.

Nak Hoseok.

Nak Hoseok.

Nak Hoseok.

Jatuh juga air mata aku kerana merindukan seorang lelaki yang aku benci yang tiada kerana pergi bekerja.

Aku meraba perut. Hai lah anak mummy. Jangan baby keluar nanti, ikut perangai mummy. Tak ada sesiapa nak dekat. Jadilah macam daddy. Tapi jangan pula ikut perangai dia yang suka beri harapan palsu dekat orang. Mummy tak nak kawan. Nanti mummy nangis.

Ding dong..

Ding dong..

Aku tak sedar. Aku leka tengok perut yang semakin buat aku teruja untuk menanti dia lahir. Hmm..

"Baby.." aku terperanjat.

"Eh, siap..." aku toleh ke belakang. Hoseok sedang tersenyum sambil mendepakan kedua belah tangannya. Minta aku peluk.

Aku nak peluk. Tapi.. aku nak jual mahal.

"Tak nak." Aku pandang tempat lain. Terdengar Hoseok seakan-akan 'Lah...'

"Kenapa tak nak? Penat tau redah jammed, nak jumpa baby beshar ni." Kata Hoseok, siap pelatkan lidah. Manja betul kat telinga aku. Conel sangat!

Tapi aku pekakkan telinga je. Buat tak tahu. Padahal... kaki dah gigil-gigil nak bangun, nak lari, nak peluk-peluk dengan Hoseok.

Sabar, Nara. Tahan sikit.

"Baby sayang.." kini dia sudah melutut depan aku. Serta-merta bau badannya menusuk hidung.

Mummy nak peluk daddy ni, baby. Baby tutup mata. Jangan tengok. Bahaya.

"Kenap..." aku terus bongkokkan badan dan peluk Hoseok sampaikan dia tak sempat habiskan ayat dia. Sembamkan muka pada bahunya kerana dia lebih rendah dari aku, sebab melutut tadi.

"Kenapa balik lambat?" Soal aku. Aku pejam mata, menyedut bau badan Hoseok yang lebih kuat dari pagi tadi. Entahkan ada peluh ke tidak, bau tak sedap ke, tapi pada hidung aku, bau dia sedap sangat! Wangi!

"Jalan jammed."

"Jalan kaki jelah."

"Amboi?"

Tak semena-mena aku terketawa. Tak sengaja okey. Aku terketawa.

"Baby, bagi saya mandi dulu. Bau busuklah." Pelukan aku dileraikan. Dipaksa. Aku terus muncung sedepa. Aku geleng-geleng kepala, hentak-hentak kaki tak nak dia mandi.

"Janganlah. Tak nak, tak nak. Nanti bau dah hilang." Aku menahan tangannya. Hoseok senyum. Bibir aku dikucup.

"Tak hilang. Saya mandi sekejap."

"Alah, awak..." aku mula nak menangis. Aku cuba nak faham Hoseok yang tak selesa. Tapi nak buat macam mana? Perangai aku teruk sangat hari ni.

"Kalau macam tu awak mandi sekali. Kita mandi sama-sama." Aku terus terdiam. Hoseok sengih, gatal. Tapi tu bukan sengih gatal. Tu sengih manja. Comel.

"Nak tak?" Dia tanya.

"Saya dah mandi tadi."

"Mandi jelah sekali lagi. Jom."

"Tak nak. Nanti awak tengok saya.. tak cantik." Aku tunduk. Dah rasa kurang pula. Aku raba perut. Ada benjol macam ni, nak suruh aku mandi sama-sama?

TAK NAK.

"Awak cantik sangat. Lagi-lagi masa mengandung. Seksi." Nak menangis aku dibuatnya. Hoseok perli!

"Tak naklah kawan awak! Benci!" Aku tampar bahunya, geram. Hoseok ketawa. Belum sempat apa-apa, aku diangkatnya dalam keadaan dia peluk pinggang aku, aku peluk lehernya. Dalam kesempatan tu, aku hidu lehernya.

"Bau awak wangi."

"Ciumlah."

Aku ketawa suka. Yeahh.. mummy dah dapat daddy. Shukanya!!

□ ■■■■ □

Tahap kemanisan ni bagi sayalah, baru 7 / 10. Saya belum all out sangat. Nanti masa baby dah nak keluar, Nara lagilah teruk dengan manja-manja. Asyik nak ada Hoseok je depan mata. Tapi ada sedih2 sikitlah masa nak hujung2 tu. Jangan risau, bukan konflik. Cuma ada masalah sikit je. Apa2 pun teruskan baca. Hehehehehe.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now