Bab 61 💐

5.2K 523 45
                                    

Sedar je dari pengsan, aku rasa ada tangan menyentuh perut aku. Cepat-cepat aku celik mata.

"Doktor?"

"Eh, Nara. Dah sedar? Syukurlah.. awak tak apa-apa." Aku tak sedap hati. Aku tahu, aku pitam tadi dan pengsan. Tapi yang buat aku tak sedap hati, aku sekarang dekat dalam bilik, dan Hoseok sedang berdiri berpeluk tubuh di pintu bilik. Muka dia... garang.

"Lepas ni, jangan pergi ke mana-mana kalau tak ada sesiapa yang teman. Darah awak rendah, Nara. Bahaya untuk baby. Nasib baik tak ada apa-apa. Awak kena lebih berhati-hati lepas ni." Kata doktor. Aku angguk. Aku pandang Hoseok. Aku ingatkan dia nak datang dekat, tapi dia tinggalkan aku dengan jelingan tajam dia.

"Doktor..." aku duduk.

"Ya, Nara?"

"Siapa yang bawa saya naik atas?"

"Hoseok. Lepas awak pengsan, Jungkook, jiran awak terus call Hoseok. Kebetulan pula Hoseok nak balik, dia tertinggal barang. Dialah yang selesaikan semuanya tadi." Terus naik bulu roma aku. Kantoilah aku keluar ke bawah, Hoseok tak tahu.

"Ohh.. okey. Terima kasih."

Doktor itu mengemas-ngemas barangnya. Aku perhatikan. Setelah selesai, dia pulang, aku menanti Hoseok masuk ke dalam bilik. Tapi hampir 10 minit aku tunggu, dia tak datang-datang.

Sahlah, dia marah.

Tanpa menunggu lama lagi, aku pantas menurunkan kaki mencecah lantai. Aku mengatur langkah sehingga keluar bilik. Hoseok sedang menonton TV dengan berpakaian kerja. Berdebar-debar jantung aku.

"Awak..." aku mencuba nasib memanggil. Tapi tak ada jawapan.

"Hoseok," aku panggil lagi. Lebih kuat dan sepatutnya dia dengar. Tapi dia tak jawab. Haih.. marah betul ni.

Aku menapak selangkah demi selangkah, sehinggalah aku duduk di sebelahnya. Aku pandang Hoseok dari tepi. Wajahnya masam. Telinganya merah.

"Awak marah saya ke?" Soal aku, lembut. Tapi baru je aku nak sentuh tangan dia, dia bangun dan terus masuk ke bilik.

DUM!

Terenjat bahu aku. Terkejut dengan hempasan pintu bilik itu. Tak apalah, mungkin dia penat dan perlukan masw untuk berehat.

Jadi aku hanya duduk luar, tengok TV sambil memikirkan perkara yang sesuai untuk aku meminta maaf kepada dia.

Aku pandang dapur. Emm.. buatkan air kopi okey kut? Aku segera bangun. Aku didihkan air, capai mug, dan bancuh perlahan-lahan. Selesai sahaja, aku angkat dan bawa ke bilik.

Tuk! Tuk! Tuk!

Tiada sahutan. Jadi aku masuk sahaja.

"Awak?" Aku mencari kelibat Hoseok. Tiba-tiba, dia keluar dari tandas dengan tuala dipinggang. Aku kemam bibir. Aku dah mula bau sesuatu yang wangi. Bau badan Hoseok. Sabar, Nara. Pujuk dulu.

"Nah, coffee." Kata aku. Aku siap hulur. Tapi Hoseok diam. Dia cari baju dalam almari. Aku mengeluh. Aku letak atas night stand.

Hoseok siap je pakai baju, aku pantas mendapatkan dia dan aku dakap tubuhnya erat. Aku pejamkan mata.

"Saya minta maaf." Ucap aku, lemah. Aku lemah bila dekat dengan Hoseok. Hoseok marah aku buat kali pertama, sebab aku cuai. Aku keluar rumah tanpa memberitahunya. Dia marah betul.

Aku tak dapat balasan apa-apa. Pelukan tidak, pujukan tidak, suara tidak. Yang aku dapat cuma tolakan pada bahu supaya aku leraikan pelukan. Aku diam. Aku tak nak lepas.

"Nara, boleh tak lepaskan saya sekarang? Saya ada banyak lagi kerja yang saya kena siapkan sebab tertangguh disebabkan awak! Nara, boleh tak sekali ni je awak jangan menyusahkan saya, jangan risaukan saya? Banyak lagilah tanggungjawab saya. Bukan nak melayan karenah awak 24 jam je. Lepas ni, jangan berani-berani keluar rumah. Duduk je dalam ni. Saya dapat tahu awak keluar, siap."

Aku betul-betul terkedu. Tak terkata dek ayat. Hoseok.. marah dan dia lepaskan perasaannya. Tanpa sempat aku hendak bersuara, dia meninggalkan aku.

Aku sedih. Aku rasa bodoh sangat sekarang ni. Hoseok hempas pintu rumah. Sekali lagi bahu aku terenjat.

Kalaulah aku dengar cakap dia.. mesti tak jadi macam ni.

Betullah kata Jimin, aku ni menyusahkan. Kenapa aku tak sedar? Aku leka dalam bahagia.

Nara.. dah tiba masanya kau pergi. Kau kena ambil keputusan sekarang sebelum kau makin sakit hati. Ya..

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Där berättelser lever. Upptäck nu