Bab 25 💐

3.7K 529 17
                                    

Semakin lama, semakin aku rasa Hoseok sangat penting dalam hidup aku. Dia yang menjadikan dirinya penting dalam hidup aku. Entahlah, aku rasa dia istimewa. Dan aku rasa, aku macam sukakan dia.

Cuma aku tak tahu suka dari segi apa. Aku tak faham perasaan sayang dan cinta sebab aku tak pernah bercinta. Langsung tak. Hidup aku di lorong gelap, kaki lima, dan tong sampah. Mengutip makanan dan tin untuk terus hidup. Jadi untuk apa aku nak 'belajar' tentang cinta?

Buang masa.

Hari ni Hoseok tak datang rumah. Dia kata dia ada kerja banyak. Biarlah. Aku okey je, cuma dia yang macam tak okey. Kat luar rumah ni, terpacak Seung Woo dengan Daniel untuk menjaga keselamatan aku.

Haih...

"Buat apa nak susahkan diorang? Saya okeylah, awak."

"Nara, please..."

Jadi aku dah tak ada pilihan masa tu. Aku akur dan setuju sahaja.

Aku masuk ke dalam bilik. Aku mencari beberapa buku yang Hoseok belikan untuk aku semalam. Novel-novel Inggeris dan kebanyakkan aku tak berapa minat.

Fakta, siapa suka?

Kecuali... satu buku ni.

"Betrayal in Love." Pedih bunyinya. Aku akui tentang itu. Tapi kenapa mesti ada pengkhianatan dalam percintaan?

Pedih ke cinta?

Aku capai buku tersebut dan menuju ke katil. Belum apa-apa lagi, mukadimah tak mula lagi, telinga aku menangkap bunyi deringan telefon. Aku terus tutup buku untuk mengambilnya.

"Siapa ni?"

Incoming call ❤

Hairan aku. Ini telefon Hoseok, jadi mungkin ini kenalan Hoseok. Perlu ke aku angkat? Hmm..

Baru aku nak angkat, panggilan tamat. Tak sempat. Lepas tu terus dah tak ada apa-apa lagi dah.

Kawan Hoseoklah tu. Mungkin?

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now