Bab 49 💐

5.9K 506 21
                                    

Keluar sahaja doktor perempuan itu dari bilik aku, aku pantas bangun dan duduk. Berdetup-detup tulang aku bunyi. Lenguh. Apabila teringatkan hal tadi, spontan aku menyentuh perut. 

Ada benih Hoseok yang sedang membesar dalam perut aku sekarang. Aku langsung tak terfikir pasal tu. Pasal aku akan mengandung. Sekarang aku tak tahu perasaan apa yang patut aku rasa. Gembira ke, sedih ke, marah ke. Aku tak tahu.

Awal-awal tadi memanglah aku rasa nak marah. Tapi lama-lama, aku rasa lain. Cuma aku tak tahu perasaan tu apa benda.

Anak aku dan Hoseok? Anak kami?

"Nara.." aku menoleh ke pintu. Hoseok masuk dan dia terus melutut depan aku.

"Feeling better now?" Tanyanya. Tangannya memegang kedua belah tangan aku yang ada di atas riba. Aku tarik semula tangan aku perlahan-lahan. Aku berdiri.

"Hei.. saya tanya ni."

"Dahlah." Rimas. Aku mencari laluan untuk ke tandas. Tetapi dia memegang kedua belah bahu aku.

"Nak pergi mana?"

"Hoseok, boleh tak tolong biarkan saya ke mana-mana yang saya suka dalam rumah ni? Saya nak bebas." Aku hilang sabar. Naik juga suara aku. Tapi langsung tak terkesan untuk Hoseok.

"Tak boleh."

"Hei, awak ni kenapa eah? Awak tahu tak, saya mengandung ni sebab awak tau. Awak yang hancurkan hidup saya dan sekarang tengoklah? Kalau ikutkan hati, saya tak nak pun budak ni ada dalam perut saya. Saya gugurkan je!"

"Nara!"

Emosi aku terganggu. Mata aku mulai kabur. Hoseok nampak terkejut dengan kata-kata aku yang tadi. Aku sendiri pun terkejut. Kenapa aku cakap macam tu?

"Kalau awak benci saya sekalipun, jangan gugurkan anak kita." Gugur air mata aku. Buat kali pertama dia datang dekat dan aku dipeluknya. Aku tak berdaya hendak menolak. Aku hanya biarkan sahaja.

"Bencilah saya, Nara. Tapi janganlah buat benda yang bukan-bukan. Awak gugurkan anak kita, awak sakit juga. Tolonglah, anak kita tak salah. Saya yang salah. Hukum saya." Aku pejamkan mata. Menangis tak henti. Aku rasa tangan Hoseok mula turun hendak meraba perut aku. Ketika baring tadi nampak leper sahaja. Bila aku berdiri, perut aku agak terbenjol sedikit.

"Saya minta maaf." Dahi aku bersatu dengannya. Aku tak mampu berkata apa-apa. Mata aku yang basah dengan air mata dicium. Bibirnya berjalan melewati pipi, hidung dan bibir aku.

"Saya minta maaf." Aku mengalihkan kepala dari terus menjadi fokus bibir Hoseok mencium. Aku menolak bahunya dengan lembut dan berjalan ke tandas. Dia diam, tapi aku masih dengar bibirnya meminta maaf dari aku.

Tipulah kalau aku tak tersentuh dengan ucapan maafnya. Aku tak tahu kenapa mungkin sebab emosi aku yang bertukar-tukar dan aku mudah terharu.

Aku redakan tangisan. Aku berjalan ke hadapan cermin dan melihat diri sendiri. Betullah, aku sekarang sedang membawa satu lagi nyawa di dalam perut. Postur badan aku berubah. Dada, punggung, pinggang, muka.

Aku tak tahu nak buat. Aku buntu. Takut pun ada. 19 tahun mengandung. Hoseok 25 tahun. Jarak kami agak jauh. Dia lebih berpengalaman. Tapi aku perempuan, jadi aku kena belajar banyak tentang ni. Persoalannya, aku takut aku tak mampu. Aku takut sangat.

Hmm..

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now