Bab 24 💐

3.5K 524 28
                                    

Jimin mengeluh berat. Penat kepalanya merenung segala kertas-kertas kewangan yang perlu diperbaharui pada setiap bulan. Tetapi hari ini dia rasa pelbagai benda yang menganggu mindanya sehinggalah masalah itu dibawa ke rumah.

Pertama, Hoseok semakin lama semakin kerap tak masuk pejabat. Kalau masuk pun punyalah sekejap. Lepas tu keluar dan terus tak masuk semula.

Kedua, tunang Hoseok. Terkeluh Jimin. Kasihan gadis itu. Hilang jejak tunang sendiri walaupun selalu berhubungan.

Drtt.. drtt..

Jimin menjeling skrin telefon. Sekali lagi, dia mengeluh. Tanpa menunggu lama, dia angkat panggilan itu.

"Helo, Daelia."

"Helo, Jimin. Saya nak tanya, Hoseok ada dengan awak tak sekarang?" Soal Daelia, tunang Hoseok. Jimin pening. Apa nak jawab kali ni? Jimin tenung jam di tangan. 9 malam.

"Tak ada, Daelia. Kenapa?"

"Oh yakah? Emm.. tak apalah."

"Cakaplah, kenapa?" Jimin korek rahsia. Pasti ada sesuatu yang berlaku ni. Jika tidak, mustahillah Daelia menelefonnya malam-malam begini.

"Awak tahukan hari ni hari jadi saya? Dia dah janji nak datang rumah, tapi tak sampai-sampai pun. Majlis dah nak habis dah." Kata Daelia. Jimin punya panas hati, terus terbuka luas matanya.

"Awak dah cuba call dia?"

"Dah. Tapi off." Jimin mengetap gigi. Tangan dikepal. Hoseok dah melampau. Perempuan gelandangan tu pun sama. Dia perlu bertindak sesuatu.

"Tak apalah. Saya cuba call. Tak pun jumpa dia ke nanti. Saya minta maaf bagi pihak dia." Ucap Jimin. Terpaksa rendahkan ego buat wanita ini. Hanya itu yang dia mampu. Hoseok memang nak kena. Gadis sebagai Daelia sanggup diabaikan dan pergi kepada budak gelandangan itu.

Jimin panas hati. Walau apa pun yang terjadi, dia perlu bersemuka dengan Nara. Suka atau tidak, Hoseok perlu terima kenyataan.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now