Bab 39 💐

5K 525 8
                                    

Jimin memandang Hoseok dengan riak wajah tidak percaya. Lelaki itu nampak biasa sahaja. Tetapi hatinya cukup terluka.

Keluarga pihak Daelia meminta supaya pertunangan diputuskan dan meminta Hoseok supaya menjauhi Daelia. Sebab? Entah. Jimin tidak tahu. Tetapi apa yang dia tahu, rakannya ini. Nampak sangat tertekan.

"Nah.. money report yang kau minta." Jimin letakkan di atas meja. Hoseok senyum, dia angguk.

"Terima kasih."

"Kau okey?"

Hoseok mengangguk-angguk.

"Aku okey. Kenapa?" Hoseok bersahaja. Dia menyemak, menandatangani laporan yang diperlukan dan kemudian buat hal yang sama.

"Kalau ada sesuatu yang kau rasa nak luah, bagitahu aku." Kata Jimin. Hoseok mendengus kecil. Kepalanya tergeleng.

"Ada sebenarnya."

Jimin terus duduk di hadapan Hoseok. Dia serius.

"Bagitahulah. Apa dia?"

"Aku nak balik awal." Kemudian Hoseok ketawa mengekek. Berkerut dahi Jimin. Bahaya Hoseok ni.

"Aku tahu kau tertekan, Seok. Kau..."

"Aku okey. Jangan risau." Hoseok terus berdiri. Dia menapak keluar dari bilik dengan hanya membawa telefon bimbit dan purse.

Jimin mengeluh.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now