Bab 11 💐

4.3K 666 64
                                    

"Saya nak balik." Sambil memeluk tubuh, aku menyatakan hasrat aku kepada Tuan Jung, lelaki yang aku jumpa ketika hampir pengsan tadi, dan lelaki yang aku jumpa kelmarin.

"Ya, awak akan balik. Tapi tolonglah, jaga kesihatan awak dulu. Awak sakit ni." Katanya. Aku diam tak berkutik mendengar perintahnya. Sebelum ini, tiada sesiapa yang mahu melayannya sebegini baik. Tetapi hari ni... dari makanan, sehingga pakaiannya disediakan walaupun ianya sekadar baju hopsital.

"Nah, makan. Awak langsung tak isi perut sejak pagi." Aku menoleh. Lelaki ini duduk di birai katil sambil menatang semangkuk bubur abalone. Sudu mula terhulur. Aku nampak dia sempat meniup sebelum dia dekatkan sudu pada hujung bibir aku.

"Saya tak nak makan. Tekak saya sakit."

"Ya, saya tahu. Telah perlahan-lahan." Pujuknya. Bagaikan ada sesuatu yang mendorong, aku menganga kecil. Aku tak kenal dia, aku tak tahu siapa dia, tapi dia macam dah tahu aku lama dah.

Aku telan. Fuh! Peritnya tekak. Nak menangis rasanya.

"Lagi..." kali ini aku menolak tangannya. Aku geleng.

"Tekak saya sakitlah. Saya tak nak."

"Alas perut awak dulu. Nanti sakit perut." Katanya lagi. Aku tetap menggeleng tidak mahu.

Dia akur sebelum meletakkan mangkuk bubur tersebut di atas meja sakit. Aku diam menunduk.

"Minum air sikit." Sekali lagi, hujung bibir cawa pula hendak ditemukan dengan bibir aku. Aku tiada pilihan. Perlahan-lahan aku teguk.

"Terima kasih." Aku ucapkan ikhlas. Dia nampak tersenyum. Manis wajahnya.

Kacak.

"Sama-sama. Tanggungjawab saya." Katanya. Aku menaikkan kening. Tapi tak pula aku nak membidas semula soal tanggungjawab itu.

"Siapa nama?" Soalnya.

"Nara."

"Hmm... nice."

"Awak?" Aku menanti dia pula.

"Hoseok." Ahh.. Hoseok.

"Awak pemilik hospital ni?" Soal aku, polos. Dia tersenyum sebelum mengangguk.

"Ya. Hospital universiti. Kecil je, tak besar pun."

"Tapi cantik." Aku memuji ikhlas. Hoseok membetulkan duduknya. Semakin rapat dengan aku sehingga bahu kami berlaga.

"Kenapa makan makanan dekat tong sampah?"

"Hah?" Aku kehairanan. Soalan apa ni?

"Awak keracunan, alergik, sebab makan makanan yang dah tercemar. Tak elok." Kata Hoseok. Aku mengeluh bosan.

"Saya bukannya ada duit nak beli makanan. Nak mengemis makanan pun bukannya ada orang bagi. Kadang-kadang merek rasa beri dekat anjing lebih banyak faedah dari saya." Tersentak Hoseok. Salah soalan dia nak bertanya aku tu.

"Where's your mother? Your father?" Kali ini aku pula yang tersentak. Tanpa menjawab soalan dia, aku terus baringkan tubuh dan mengiring membelakangi dia.

"Hei, dear. What's wrong? Am I wrong asking you?" Aku pekakkan telinga. Terasa tangan Hoseok lembut menyentuh bahu aku. Aku biarkan.

"Saya nak sorang-sorang. Tinggalkan saya."

"Okey. I'm sorry. Just call me if anything happen. Okay?"

Aku angguk dan dia terus beredar.

□ ■■■■ □

Bab2 awal ni memang banyakkkkk kemanisan. Hoseok memang seorang yang romantik dalam ff ni, jadi you all akan rasa clingy lain macam hhahahahahahaa. Nanti bab2 tengah, memang patah hati lah. Sedih sampai nangis tak ada kut. Nanti hujung2 sweet balik.

Nak happy endingkan? Ke nak sad ending juga macam fic hari tu? **angkat2 kening** hahaaahaha

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now