Bab 52 💐

5K 532 14
                                    

"Awak nampak pucat sangat." Kata Hoseok seraya menyentuh pipi Daelia dengan kedua belah tangannya. Daelia cuma mampu tersenyum. Tangan menekan bawah perut yang sedikit ngilu. Sakit.

"Takdir saya."

Hoseok mengeluh. Dia tiada daya hendak meluahkan apa-apa lagi. Dia terlalu sedih dengan nasib Daelia. Sudahlah sekarang berkerusi roda kerana kesan kemalangan itu. Kakinya tidak kuat.

"Hoseok.."

"Hmm?"

"Nara tu... budak lagi eah?" Soal Daelia. Hoseok tersenyum. Dia mengangguk.

"Haah. 19 tahun."

"Mesti dia cantikkan?" Daelia tersenyum lagi. Hoseok mengeluh. Dia angguk-angguk.

"Sangat. Macam awak."

"Hoseok... kalau saya mati..."

"Hei, cakap apa ni?" Hoseok marah. Mata Daelia bertakung dengan air jernih. Tangan Hoseok erat dipegang.

"Hayat saya tak panjang, Seok. Bila-bila masa je saya akan mati." Kata Daelia. Sebak Hoseok. Dia nembiarkan Daelia meluahkan isi hatinya.

"Kalau saya mati, awak masih sayang saya ke?"

"Masih. Saya tetap akan sayang awak."

"Habis macam mana dengan Nara?"

Hoseok diam. Dia serba salah. Sejujurnya, hati ini sangat jahat. Dia sayangkan dua wanita dalan satu masa.

"Awak sayang Nara lebih dari saya, kan?"

"Daelia.."

"Saya tak kisah, Hoseok. Saya tak kisah. Awak berhak sangat pilih pasangan hidup awak." Kata Daelia lagi. Hoseok mula mengubah posisi duduknya. Didekatkan diri dengan Daelia, lantas didakap erat tubuh lemah ini. Sudah tidak dihirau lagi pandangan orang.

"Shh.. jangan nangis, sayang. Shh.."

"Saya sayangkan awak."

"Me too."

Hoseok memejamkan mata. Sayapnya seakan patah sebelah. Layu sahaja matanya merenung susuk tubuh Daelia yang lemah dan kurus akibat penyakit kanser rahim tahap empat. Gugur rambutnya kerana kemoterapi.

"Kuat, Daelia. Jangan lemah."

Daelia hanya mampu menangis di dada Hoseok, lelaki kesayangannya. Tetapi terpaksa dipadam rasa cinta kerana kekurangan diri yang sangat ketara. Lantas diserahkan cintanya kepada Hoseok, untuk mencintai Nara sepenuh hati.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now