Bab 30 💐

4.3K 527 44
                                    

Hari pertama bekerja!

Yeahh.. seronoknya. Teruja, takut, gabra, semua itu bersatu sampaikan aku rasa macam nak termuntah.

Pagi ini, aku mengenakan kemeja oversize bersama seluar palazo berwarna hitam. Jangan tanya dari jenama apa sebab ni semua Hoseok bagi. Dari jenama dia sendirilah agaknya.

Rambut aku biarkan sahaja lepas dengan bangs menutup dahi dan hampir mencecah kening.

Drtt.. drtt..

Telefon bimbit bergetar. Menandakan ada seseorang menghantar mesej. Mesti Hoseok!

Aku terus buka. Ya, betullah. Hoseok.

Good morning, sweetheart. Dah siap? Saya tunggu dekat bawah jelah ya? Malas nak naik atas.

Tersenyum aku membaca mesejnya. Comel sungguh Jung Hoseok ni! Meronta kuat hati aku dibuatnya. Haih..

Okey. Sekejap lagi saya turun.

Aku kemaskan barang-barang aku dan terus keluar bilik. Risau kalau-kalau Hoseok tertunggu-tunggu lama sangat.

Sampai sahaja di lobi, dari jauh lagi aku dah nampak Hoseok berdiri membelakangkan aku. Seperti biasa fesyen pakaian kerjanya, kemeja tanpa bertali leher, lengan dilipat kemas paras siku.

Kacak.

"Awak."

"Ya?"

Aku tersenyum apabila Hoseok tolehkan kepalanya memghadap aku. Dia macam agak tercengang sikit. Aku menaikkan kening. Hairan.

"Awak? Kenapa?"

"Hah? Er... ta... tak ada apa-apa. Dah? Jom."

"Dah." Aku melangkah. Tetapi tiba-tiba je dia raih pergelangan tangan aku sehinggalah jari-jemarinya bersulam dengan jari aku.

Ya Tuhan, pada saat ini aku rasa seperti baru turun dari langit, dijemput oleh seorang bidadari kacak bermama Jung Hoseok. Aih...

"Excited?" Soalnya setelah aku dan dia masuk ke dalam perut kereta.

"Hmm.. tapi takut."

"Why?" Tersenyum Hoseok. Gear D dimasukkan, kereta bergerak.

"Tak pernah jumpa orang sebelum ni. Risau kalau-kalau pekerja awak semua tak boleh terima saya." Kata aku. Ya, sejujurnya aku takut yang itu. Biasanya aku banyak baca pengalaman kerja dekat Google tentang itu. Aku nak tahu pengalaman orang bekerja sebagai setiausaha.

Ada yang manis.

Ada yang pahit.

Ada yang kahwin dengan bos sendiri.

Kelakar. Cuma aku agak takut tentang hal peribadi saja. Manalah tahu ada yang pernah nampak aku ke apa. Mesti Hoseok malu.

"Nothing lah, baby. Biasalah, kerja kena ada cabaran. Baru seronok." Kepala aku terus tertoleh. Baby?

"Kenapa?" Hoseok menyoal apabila aku memandangnya tanpa lepas.

"Baby?"

"Ya?"

Aku berdecit. Aku bertanya, bukan panggil dia baby.

"Kenapa panggil saya macam tu?"

"Tak suka? Panggilan tu sesuai dengan awak selain dear and sweetheart. Dear menunjukkan awak matang. Sweetheart menunjukkan awak comel. Dan baby menunjukkan awak manja." Aku tak boleh simpan senyuman lagi. Manis betul mulut Hoseok!

"Saya tak nak kena kencing manis." Aku ketawa. Hoseok ketawa juga. Dia mencapai tangan aku dan tak semena-mena belakang tangan aku diciumnya. Aku agak terkejut.

"Kalau awak sakit, sayalah ubatnya." Alahai, Jung Hoseok. Lemah kaki saya macam ni.

Aku tak boleh cakap apa-apa lagi selepas itu. Hanya mampu senyum dan terus senyum.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now