Bab 57 💐

4.7K 535 79
                                    

Ding dong..

Ding dong..

Akhirnya! Aku melompat dari katil sebab tak boleh nak menahan rasa teruja yang melampau. Macam terlupa, bila-bila masa anak aku boleh 'tercicir' nanti. Maafkan mummy, baby.

Aku terus buka pintu rumah.

"Hos..."

"Nah..." aku terkejut apabila beg kertas dicampak di atas lantai, bersebelahan dengan kaki aku. Jimin memeluk tubuh. Aku betul-betul tak sangka.

"Err.. apa ni?"

"Kau minta apa dengan kawan aku tadi? Dessert kan? Tu, ambillah." Kata Jimin. Kasar dan pedas. Aku ketap bibir, tahan tangis.

"Kenapa dia tak hantar? Kenapa awak yang hantar?" Soal aku. Perlahan. Emosi aku terganggu sebab layanan Jimin yang kasar. Jimin betul-betul tak suka aku dalam rumah ni.

"Hei, kau ingat dia siapa, hmm? Dia ada masa ke nak melayan kau je 24 jam? Sebabkan kaulah, syarikat dia sekarang tengah ada masalah. Untung tau aku beli benda tu. Kalau aku beli benda lain yang dah rosak, lepas tu aku bagi kau makan, kau nak?" Tengking Jimin. Aku terus rasa menggigil satu badan. Aku pegang pintu, tahan diri dari terjatuh ke lantai.

"Saya.. saya minta maaf. Saya teringin je nak makan ni. Bukan saya nak sangat."

"Habis siapa yang nak sangat? Hantu yang nak makan ni? Hmm? Lepas kau cuit-cuit, kau buangkan? Kau perempuan tak reti bersyukur tahu tak." Aku menunduk. Mengalir air mata aku kerana takut.

"Saya tak berniat pun nak buang. kenapa awak tuduh saya?"

"Dengar sini, Nara. Kau tu gelandangan je. Tak layaklah duduk rumah besar-besar macam ni. Tak layak. Kau sepatutnya berkawan dengan tikus-tikus longkang, makan makanan longkang tu je. Ini tidak, asyik nak makan yang mahal-mahal je. Kalau dulu kau boleh makan makanan busuk, kenapa sekarang tak boleh? Pergilah korek-korek tong sampah kat bawah tu. Makan."

Aku terus teresak sedikit kuat. Aku makin kuatkan genggaman pada pintu, menahan dari dari jatuh tersembam ke lantai.

"Saya minta maaf sebab susahkan awak."

"Kau menyusahkan semua orang. Hoseok tu, terbeban menanggung hidup kau." Aku terkedu. Semakin mengalir laju air mata aku.

"Menangislah. Menangis kuat-kuat. Aku nak tengok siapa yang kesiankan kau." Selepas mengucapkan ayat itu, Jimin berlalu pergi. Aku menangis lebih kuat. Sedih dengan penghinaan dan caci maki yang aku terima dari Jimin.

Aku menapak ke sofa sambil membawa beg kertas berisi manisan yang aku minta dari Hoseok tadi. Terus mood aku hilang. Aku rasa tak nak makan, tapi nak menangis je.

Aku duduk di sofa, merekotkan tubuh supaya menjadi kecil. Ada rasa tekanan sikit pada perut sebab perut aku dah mula nampak benjol sikit. Tapi aku dah tak peduli. Aku lebih selesa begini dan terus menangis.

"Kau menyusahkan semua orang. Hoseok tu, terbeban menanggung hidup kau."

Jadi aku sebenarnya menyusahkan dialah? Selama ni Hoseok rasa terbeban sebab aku? Tapi dia diamkan diri je? Tak nak aku sedih?

Buat kali yang entah ke berapa, sekali lagi aku tidur bertemankan air mata.

□ ■■■■ □

Jimin memang macam tu. Nanti saya buat fanfic dia pulak ya lepas habis ni. Heheheheheh

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now