Bab 29 💐

3.6K 533 35
                                    

Aku cemas. Tubuh aku ditolak kuat sehingga aku terasa bagai hendak masuk ke dalam dinding. Lelaki yang berwajah garang ini aku tatap dengan mata yang kabur.

"Kau hasut apa dekat kawan aku, huh?"

"Sa.. saya buat apa?"

"Jangan buat tak tahu, bodoh!"

Aku mula menggigil. Aku rasa seperti dimarah tanpa sebab. Siapa Jimin? Aku tak kenal, sumpah. Aku cuba melepaskan diri tapi makin lama aku rasa lelaki ini merapati aku sehinggakan lekuk tubuhnya aku dapat rasa. Aku kalihkan kepala ke tepi.

Hoseok, tolong saya. Ada orang jahat.

"Kau budak gelandangan tu kan?" Aku terkedu. Budak gelandangan.. aku dah lama tak dengar perkataan tu.

"Aku tak suka kau dengan Hoseok. Kemas barang kau, keluar dari sini." Aku tercengang. Aku pandang wajahnya yang begitu rapat dengan aku. Sangat rapat. Aku dapat hidu bau tubuhnya, wangiannya.

"Tapi Hoseok..."

"Hoseok dah ber..."

Ding dong..

Ding dong...

Serta-merta aku rasa badan aku panas dan kebas. Tu mesti Hoseok.

"Lepaskan saya. Tu Hoseok!" Aku menolak dadanya kuat.

"Masuk dalam bilik tu sekarang!" Aku menolak Jimin masuk ke dalam sebuah bilik kosong. Jimin jeling aku. Aku beriak seperti biasa. Tak nak Hoseok syak apa-apa dekat aku.

"Hai, sweetheart." Aku pantas memandang pintu. Kemudian aku senyum. Kekoknya.

"Err.. hai." Aku cuba untuk ceria seperti biasa. Tapi aku.. aku rasa trauma. Badan aku menggigil. Hoseok renung aku tajam. Aku tak dapat tutup rasa ketakutan.

"Hei, dear. What' wrong?"

"Er.. sa.. saya.." aku tak dapat berkata apa-apa. Dia terus peluk aku. Aku pejamkan mata, redakan rasa terkejut yang menghambat tadi.

"Your heartbeat so fast. Kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke?" Tanya Hoseok. Laju dan kuat sangat ke detakan jantung aku? Hoseok boleh rasa dengan hanya memeluk aku. Aku betul-betul terkejut nampaknya.

"Ta.. tak ada apa-apa."

"Cakap betul-betul. Why?" Pelukan terasa longgar. Kedua belah pipi aku dipegang. Kemudian pipi aku menjadi sasaran bibirnya mendarat. Bukan kali pertama.

"Muka awak pucat. Oh God.." dia betul-betul nampak risau. Tapi aku lebih risau kalau dia dapat tahu bahawa Jimin sekarang sedang cuba keluar dari bilik dan mahu keluar dari rumah. Aku cuba menarik perhatian Hoseok supaya dia tak menoleh ke belakang.

"Tadi.. saya nak pegang cawan. Tapi cawan tu tiba-tiba je terlepas dari tangan. Nasib baik tak pecah." Aku reka cerita. Sambil tu aku pandang pintu. Jimin sedang membuka pintu dengan berhati-hati.

"Lah.. sampai macam tu terkejutnya."

Aku ketawa kecil sahaja.

"Kejap, saya nak..."

"Eh!" Aku tahan Hoseok. Dia nak toleh belakang. Hampir putus nafas aku. Jimin baru je keluar tadi.

"Kenapa?"

"Err.. nak pergi mana?" Aku jeling pintu. Jimin dah tak ada.

"Tu nak ambil beg. Kenapa ni?"

"Ohh.. okey." Barulah aku boleh tenang dan lepaskan Hoseok pergi. Aku tarik nafas panjang. Terkejut punya pasal.

"Awak, saya..."

"Wait..." aku tak jadi melangkah. Aku pusing tubuh semula. Hoseok mendekati aku sambil matanya langsung tak lepas pandang sesuatu. Aku hairan.

"Kenapa?"

"Kenapa merah ni?" Aku pandang pergelangan tangan dan lengan. Eh, haah. Ni mesti...

"Entahlah. Tak perasan." Bekas genggaman dan cengkaman Jimin tadi. Aku masih rasa sakit.

"Sakit tak?" Aku geleng. Tiba-tiba, Hoseok tekan bahagian tu.

"Auw!"

"Tipu saya?"

Aku kemam bibir. Aku tak nak jadi gaduh. Aku tak nak lagakan mereka berdua walaupun aku tak tahu apa-apa.

"Saya tersenggol kabinet masa nak kemas rumah tadi. Sebab tu merah."

"Birat ni, sayang." Aku mengeluh, kawal pernafasan. Terkejut, gabra, trauma dan mencair. Boleh rasa nak pitam.

"Tak, saya okey."

"Jom, pergi klinik."

"Tak nak."

Aku menggeleng. Hoseok terus peluk aku erat. Aku tergamam.

"Tolong jaga diri lepas ni. Saya tak boleh bayangkan kalau jadi apa-apa dekat awak." Aku tersenyum manis. Angguk-angguk.

"Terima kasih sebab ambil berat pasal saya."

"I'll protect you untill my last breath. I'm promise that." Dan aku terus hanyut dan lemas dalam lautan kasihnya. Jika dulu aku tak tahu apa erti sayang, kini aku tahu.

Sayang.. aku sayangkan Hoseok.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Där berättelser lever. Upptäck nu