Bab 18 💐

3.8K 572 24
                                        

Yeahh barang dapur dah sampai.

"Terima kasih. Tak nak masuk dulu? Minum?" Aku mempelawa dua lelaki yang masing-masing bernama Kang Daniel dan Ong Seung Woo.

"Eh, tak apalah. Tak nak." Kata Daniel. Sengih. Aku berdecit kecil.

"Masuklah dulu. Kesian awak berdua penat." Aku memang agak kesian melihat mereka berdua. Berpeluh sakan walaupun dekat luar masih hujan.

"Eh, tak nak. Lagipun Tuan Jung.."

"Apa?" Aku agak terkejut mendengar satu suara bergema di sebelah aku. Terus aku pandang Daniel dan Seung Woo tegak berdiri. Tak macam tadi, meleweh saja.

"Tak ada apa-apa, Tuan Jung. Kami dah hantar semua barang-barang ni. Ada apa-apa lagi ke?" Soal Seung Woo. Aku pandang Hoseok. Wajahnya nampak serius. Menelan air liur juga aku. Bukan gerun, tapi tak percaya. Hoseok garang macam ni ke?

"Tak ada. Boleh baliklah."

"Bagilah diorang masuk dulu. Minum ke apa?" Aku berbisik. Tapi apa yang aku terima cuma jelingan. Amboi.. lain macam.

"Terima kasih, tuan. Kami pergi dulu." Hoseok angguk. Sempat aku lemparkan senyuman kepada mereka berdua. Tapi langsung tak dibalas! Okey, ini pelik.

Terkatup sahaja pintu rumah, aku pandang Hoseok. Tapi Hoseok terlebih dahulu beredar.

"Awak, saya nak cakap sesuatu."

"Later." Aku agak tercengang. Menonong sahaja dia ke bilik aku. BILIK AKU. Tadi dia tidur. Emm.. kenapa Hoseok layan mereka macam tu ya? Macam ada sesuatu..

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora