Bab 9 💐

4.1K 661 30
                                    

"Aduh!" Aku mengaduh dan terus tersedar dari lena yang lama tadi. Terbuka luas mata aku, melihat seorang jururawat sedang memasukkan ubat ke dalam drip yang begitu mencucuk sekali sakitnya.

"Sekejap ya?"

"Kenapa ni? Saya dekat mana?" Aku meronta kecil, mencari bayangan dunia aku yang sebelum ni. Tapi sekarang, aku dekat sebuah bilik luas yang berwarna putih. Tanpa ada corak dan apa-apa. Langsung!

Aku dekat jabatan negara ke?

"Awak dekat hospital. Tuan Jung hantar tadi. Sekejap lagi dia sampai. Tengah beli makanan untuk awak."

"Siapa Tuan Jung?"

"Dia pemilik hospital ni." Aku mengerutkan dahi. Siapa Tuan Jung? Aku langsung tak kenal. Tangan aku dilepaskan. Nampaknya ubat tadi seakan-akan mahu melayukan mata aku. Mengantuk.

"Cik tidur ya?"

Aku tak dengar apa selepas itu sebelum aku kembali tertidur.

Tuk! Tuk! Tuk!

Jururawat yang sedang menyusun perkakasnya memandang pintu bilik. Kelibat Hoseok muncul.

"Tuan Jung, saya dah beri ubat kepada pesakit. Tuan nak apa-apa lagi?" Soalnya. Hoseok menyeluk poket ke dalam seluar. Sekujur tubuh Nara yang sudah bersih dipandang.

"Tak ada. Kalau ada apa-apa, saya akan bagitahu. Bila dia sedar?"

"Sekejap je ni. Sekejap lagi dia akan sedar." Terang jururawat tersebut. Hoseok terus mengangguk. Dia kemudiannya menyuruh jururawat itu beredar dan mendekati Nara dengan mata yang langsung tidak lepas memandang.

"Awak ada sesuatu yang saya sendiri tak tahu apa."

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now