Bab 31 💐

3.5K 539 30
                                        

Sangkaan aku meleset sama sekali. Aku sepatutnya berfikiran positif. Semua pekerja dia syarikat ini sangat baik. Semuanya ramah. Aku sangat selesa.

"Ni bilik awak. Bersebelahan dengan bilik kawan saya. Dia pengurus kewangan dekat syarikat ni. Jadi tugas awak, bergantung kepada dia. Faham, dear?" Aku angguk-angguk faham. Aku pandang meja yang kemas ini. Tersenyum aku.

"Terima kasih sebab bagi saya peluang ni."

Hoseok angguk senyum.

"Sama-sama kasih. Saya ada meeting sekejap lagi. Jaga diri."

"Err.. bila dia sampai?" Aku halakan tangan ke meja kawan Hoseok. Bos kedua aku.

"Sekarang.. pukul 8 setengah. 8.45 pagi sampailah nanti. Jangan risaulah. Okey?" Aku angguk-angguk faham.

"Okey." Maka, aku hantar sahaja susuk tubuh Hoseok ke muka pintu bilik. Aku duduk. Bahagia kerana dapat peluang kerja ini tanpa aku sangka. Hoseok sangat baik. Dalam diam aku selalu membayangkan dia setiap hari ada di samping aku.

Tapi aku tak pasti, sampai bila aku boleh rasa bahagia macam ni? Kehadiran Jimin beberapa lepas... aku tak dapat lupakan dan masih menjadi rahsia aku sendiri. Aku tak nak Hoseok tahu.

Klek.

Aku tersentak. Lantas aku pandang pintu bilik dan berdiri. Bos aku dah sampai.

"Selamat pagi, Tu..." aku tergamam. Lelaki ini...

"Selamat pagi dan selamat datang ke 'neraka', Nara."

Aku menelan liur.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now