Bab 48 💐

5.9K 534 68
                                    

Aku terasa ada sesuatu yang menganggu bahagian perut aku sekarang. Terus aku celik mata dan angkat kepala.

Eh? Doktor?

"Doktor?" Aku melihat keadaan aku. Tangan aku berbalut tempat tekanan darah, sementara dekat sebelah aku ada monitor kecil berwarna putih. Aku semakin hairan.

"Eh, awak dah sedar?"

"Saya.. saya kenapa ni?" Aku cuba untuk bangun tapi aku dihalang.

"Sekejap ya, Nara. Saya nak periksa perut awak dulu." Perut aku? Doktor ni dah kenapa?

"Saya sihatlah, doktor. Saya nak bangun. Saya nak ke tandas." Adu aku. Betul, aku memang kerap ke tandas sekarang. Minum air kurang, tapi asyik ke tandas.

"Awak kerap ke tandas ke sekarang?" Aku kaku. Macam mana doktor ni tahu?

"Haah. Selalu jugalah. Sejak dua menjak ni, rasa nak kencing je." Kata aku. Kemudian dia senyum. Aku mengerutkan dahi. Ada yang menarik ke?

"Awak ada rasa macam ada lendir tak dekat celah awak?" Sebelum aku menjawab soalan maut doktor ini, pintu bilik terbuka.

Hoseok.

"Macam mana, doktor?" Tanya Hoseok. Aku makin bingung. Komplot apa benda ni?

"Tahniah, Seok. 5 weeks." Jawab doktor tersebut. Aku menganga kecil. Terus rasa tubuh aku menggigil. Sejuk satu badan.

"5 weeks? Apa maksud doktor?" Menyampuk. Rasa nak marah, rasa nak menangis.

"Awak mengandung 5 minggu, Nara. Tahniah."

A.. apa? Aku.. mengandung? Terus aku meraba perut sendiri. Kempis. Tapi..

"Me.. mengandung?" Aku pandang Hoseok. Hoseok tayang senyuman. Tapi aku tak. Aku nak marah. Takkanlah sebab malam tu.. aku terus mengandung?

"Ya. Awak mengandung."

"Tapi 5 minggu tu, saya.."

Doktor itu senyum. Macam faham apa yang aku cuba maksudkan. Kejadian tu berlaku sebulan yang lepas. Tapi aku dah mengandung 5 minggu. Peliknya.

"Saya faham apa yang awak nak tanya, Nara. Sebelum tu saya nak tanya, bila awak dan Hoseok bersama?" Bodoh. Soalan apa benda tu?

"Sebulan yang lepas." Hoseok menjawab. Aku malu. Bahang muka aku.

"Okey, jadi awak kena buat kira-kira. Ada sesetengah pasangan salah buat kira-kira. Awak senaraikan tarikh awak berdua bersama, kali terakhir Nara datang bulan dan tarikh subur. Kalau ikut kiraan saya, Nara dan Hoseok bersama ketika awak berdua sama-sama subur. Jadi tak ada yang mustahil benih tu terus bercambah walaupun baru melakukan seks kali pertama."

Terdiam aku. Aku faham. Aku mengerti. Aku raba perut sendiri. Dalam ni ada anak aku... dan Hoseok? Aku langsung tak terfikir pasal ni.

"Terima kasih, doktor. So wife saya okey?" Sekali lagi aku terdiam. Aku dah ketap gigi. Sungguh, Hoseok memang cari mati.

"Eh, sihat. 5 minggu memang tak nampak sangat. Nampak tu?" Doktor itu menunjukkan aku monitor. Aku kecilkan mata.

"Mana?" Aku menyoal.

"Ni..."

Aku melihat jari telunjuk doktor itu pada satu bulatan berwarna hitam

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Aku melihat jari telunjuk doktor itu pada satu bulatan berwarna hitam. Kecil sahaja. Tak nampak sangat. Patutlah tak rasa apa-apa lagi.

"How small you are..." aku terkejut mendengar ada bisikan pada telinga aku. Aku toleh. Hoseok dah ada dekat sebelah, sedang menongkat siku sambil memandang monitor. Doktor dah tersenyum-senyum. Aku malu.

"Biasanya bentuk perut akan nampak dalam usia kandungan 15 minggu. Kalau bayi kembar, 10 minggu dah ada benjolan sikit." Aku terus rasa meremang bulu roma. Entah macam mana rasa mengandung tu. Aku tak pasti. Tapi nampak macam menakutkan.

"Kena buat pemeriksaan bulanan dekat hospital juga ke? Sebab saya tak nak dia keluar rumah. Kerap sangat pengsan. Saya risau." Aku macam nak termuntah mendengarnya.

Fake.

"Ohhh.. periksa dekat hospital lebih jelas, Seok. Okey macam ni. Saya akan periksa Nara dekat rumah. Tapi masuk kandungan 6 bulan, pergi hospital untuk tahu jantina." Kata doktor tu. Aku masih diam. Aku penat sebenarnya. Letih.

"Saya nak surprise. Tak nak tahu dulu." Aku ketap gigi. Yang dia nak bahagia sangat dah kenapa?!

"Ohhh okeylah. Saya tak nak paksa. Jadi sekarang ni, tahniah. Nara, awak mengandung 5 minggu."

Sekali lagi, aku diam. Aku tak mampu senyum lebar atau apa-apa, tapi apa yang aku rasa adalah, kehadiran bakal anak aku ini akan semakin merapatkan aku dan Hoseok.

Anak pengikat kasih.

Tapi aku... aku tak tahulah berjaya atau tidak. Aku masih tak dapat maafkan perbuatan tu.

Mampukah aku?

□ ■■■■ □

Tahniahhhh. Okey, jadi sepanjang Nara mengandung, saya akan banyak bagi info pasal orang mengandung. Kalau tak guna untuk diri sendiri, berguna untuk orang lain. Saya tak naklah awak semua baca cerita saya sia2 je. Kena ada ilmu sikit2 walaupun tak banyak. Semoga bermanfaat!

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Место, где живут истории. Откройте их для себя