Bab 44 💐

5.5K 512 42
                                    

"Nah.." sedar sahaja dari tidur yang agak lama, benda pertama yang aku nampak adalah Hoseok. Dia menghulurkan gelas berisi air kepada aku.

Tubuh aku tiba-tiba dipegang untuk bangun. Aku tak boleh menepis. Lemah tangan aku.

"Awak tak makan, Nara. Asyik pengsan je sejak dua menjak ni. Saya masak bubur ni, makan eah?" Lembut pujukannya. Tapi jangan harap aku akan terpujuk.

"Tak nak. Saya tak nak makan. Biar saya mati je."

"Hei, mulut."

"Bila saya mati, awak akan tahu maksud menghargai." Hoseok terdiam. Aku menoleh ke arah lain. Mata aku kembali berpinar. Kepala aku makin berpusing walaupun aku baru je sedar. Perut aku memulas mahu mengeluarkan air.

"Maafkan saya." Katanya lagi. Aku diam. Aku pejam mata, aku tenangkan diri. Aku memang lapar, tapi aku tak berselera.

"Tepi sikit."

"Nak pergi mana?"

"Tandas. Nak muntah." Aku bergerak perlahan untuk turun dari katil. Tapi Hoseok tiba-tiba cempung badan aku dan dibawa ke tandas. Aku tak ada pilihan. Makin aku nampak sinki, makin aku nak termuntah.

"Awak gastrik ni, Nara. Lepas ni makan ya?" Pujuknya. Aku muntah. Hanya keluar air berbuih sahaja. Peritnya tekak aku. Aku rasa belakang badan aku digosok-gosok. Lemahnya kaki.

"Boleh jalan tak?" Aku menepis tangannya yang mahu mengangkat aku. Aku masih boleh berjalan. Tapi baru beberapa langkah, aku dah nak tersungkur. Selepas itu aku terus diangkat semula. Perlahan dia meletakkan aku atas katil.

"Sementara awak sakit, saya nak jaga awak. Jangan halang saya." Aku buat tak endah sahaja. Aku pejamkan mata, nak tidur. Perut masih memulas. Tapi aku biarkan sahaja.

"Sleep well, my dear." Ciuman sekilas aku rasakan di bibir. Aku betul-betul tak mampu nak bergerak. Lemah, tak larat. Aku cuma nak tidur sahaja.

□ ■■■■ □

Kalau boleh malam ni juga nak tamatkan 😂😂. Maaf saya spam kamuu semua. Maafff

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now