Aku terpaku buat seketika apabila menapak masuk ke dalam kondominium yang mewah ini. Bersahaja Hoseok masuk dan membuka segala lampu-lampu yang ada.
"Masuklah. Tunggu apa dekat pintu lagi?" Aku tersentak kecil. Terkebil-kebil mata aku. Lambat aku melangkah.
"Ni rumah saya. Sebenarnya saya tak pernah pun singgah ke sini. Kalau malas nak balik rumah lagi satu, saya tidur sini." Katanya. Aku mengangguk-angguk.
"Jiran-jiran awak tak kisah ke kalau saya duduk dekat rumah ni? Yelah, saya dengan awak bukannya ada apa-apa." Aku menyoal mahukan kepastian.
"Rumah ni private. Tak ada sesiapa yang tahu pun." Kata Hoseok, pakej siap senyum manis lagi. Aku mengangguk-angguk faham. Aku ke sofa dan duduk sopan. Hoseok dekatkan diri ke arah aku, duduk sebelah. Kami rapat, sehingga bahu aku bersentuhan dengannya.
"Penat?" Tanya Hoseok, lembut. Aku cuma mengeluh.
"Hmm... bolehlah. Nak tidur." Aku tutup mata. Tiba-tiba sahaja kepala aku ditarik dan jatuh di atas sesuatu yang keras. Pantas aku buka mata.
"Tidurlah dulu. Nanti bangun semula, makan. Ya?"
"Tapi saya..." aku cuba untuk bangkitkan kepala tapi sekali lagi kepala aku ditariknya. Tangan Hoseok berada di atas bahu aku, menjadikan kepala aku di atas dada dan bahunya. Lebih kuranglah keadaan kami begitu.
"Bilik tak berkemas lagi. Kotor agaknya. Nanti ada penjaga rumah saya datang, kemas bilik. Tidur dulu. Saya nak berehat sekejap." Kata Hoseok lagi. Suaranya semakin layu. Aku turut pejamkan mata. Bagaikan kantuk setahun tak pernah terlunas.
□ ■■■■ □
Aku mengiring sambil memeluk lutut di sofa. Hoseok tidur terlentuk. Kesian aku tengok dia. Aku tak sampai hati, lalu aku capai sahaja bantal kecil yang ada. Kemudian aku angkat kepala Hoseok perlahan-lahan dan sendalkan kepalanya dengan bantal.
"Buat apa?" Aku terkejut. Hilang nafas aku dibuatnya. Hoseok tersedar. Aku kembali duduk.
"Saya letak kepala awak dengan bantal. Nanti lenguh. Kesian awak." Kata aku. Dia tersenyum dengan mata terpejam. Tangan aku disambar sebelum dipegang erat. Macam dalam kereta tadi. Aku berdebar sakan.
"Tak ada apa-apalah, dear. Biasalah, penat."
"Tak sihat untuk tulang awak."
"Kenapa tak tidur?" Hoseok tukar topik. Aku mengeluh pendek.
"Tak boleh tidur. Tadi saya dah tolong Makcik Tan kemas bilik. Awak tidurlah dalam bilik." Arah aku. Terus Hoseok angkat kepala.
"Makcik Tan dah sampai? Mana dia?" Hoseok meliarkan kepala ke sekeliling rumah.
"Dah balik dah."
"Kenapa tak kejutkan saya? Saya nak bagi dia cek." Kata Hoseok. Aku gigit bibir bawah, serba salah.
"Saya minta maaf. Saya tak sampai hati nak kejutkan awak. Awak tidur lena." Kata aku. Tanpa sedar aku sentuh belakang tangan Hoseok pula, gosok perlahan. Menyerap haba dari tangannya yang hangat.
"Lena sangat ke? Ada bunyi dengkur tak?" Soal Hoseok. Mendengar soalan itu, bagai ada tanduk keluar dari kepala aku.
"Ada. Kuat. Sampai saya tersedar dari tidur. Makcik Tan cakap awak memang macam tu. Tak senonoh." Kata aku. Laju aku rentap tangan untuk melarikan diri. Hoseok ternganga luas. Dia cuba untuk menangkap tangan aku semula tapi aku mengelak laju.
"Amboi.. pandai dah bergurau."
"Mana ada bergurau! Awak memang berdengkur kuat. Tepat dekat telinga saya."
"Nara!"
Aku ketawa mengekek. Seronok dapat mengenakan lelaki ini. Tapi dia tak melenting sangat pun. Setakat menidakkan, cuba tangkap aku. Aku mengelak. Tak dapat bayangkan kalau aku tiba-tiba disambar.
Dalam perjalanan aku ke bilik, aku terdengar Hoseok memanggil. Lantas aku pusingkan tubuh. Dan serta-merta tubuh aku dan dia berhadapan rapat.
"Okey, dah tak boleh ke mana-mana sekarang." Aku terpaku di hadapan Hoseok. Hoseok lelar tangan aku, dan dia pandang aku dalam. Alamak, salah langkah.
"Err.. saya... saya nak masuk bilik."
"Kita belum selesai."
Aku dongak.
"Tentang apa?"
"Dengkur tadi." Aku sembunyikan senyum. Sejujurnya, Hoseok langsung tak dengkur. Senyap je dia tidur. Aku je yang gatal nak kenakan dia.
"Mana ada. Saya gurau jelah, awak."
"Elehh.." aku mengangguk yakin. Menyuruhnya untuk percayakan aku.
"Betul. Awak tak berdengkur pun." Kata aku lagi. Kali ni Hoseok gelak. Jarinya mencuit hujung hidung aku. Aku mengelak sikit.
"Nakal. Pergi masuk dalam, berehat. Saya nak balik ni." Kata Hoseok. Aku mendongak lagi.
"Oh yakah? Okey."
"Jaga diri."
Aku angguk. Tangannya melepaskan tangan aku. Aku mula berundur ke belakang.
"Awak pun, jaga diri." Hoseok mengangguk. Tangannya naik menyentuh kepala aku. Aku terkejut sekejap.
"Nanti saya datang lagi. Buat macam rumah sendiri. Jangan malu. Ada apa-apa, terus telefon saya guna handphone yang ada dekat dalam bilik tu. Ya?" Pesannya lagi. Aku angguk-angguk lagi.
"Yelah."

YOU ARE READING
[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)
FanfictionSetiap layanannya sangat mengujakan aku. Bagaikan aku adalah seorang puteri yang sesat dan memerlukan arah untuk ke jalan yang betul. Dia buat aku terjatuh cinta. "Hmm.. awak. Boleh saya tanya sesuatu?" "Tanyalah. Nak tanya apa?" "Awak layan saya b...