Bab 40 💐

5.4K 536 19
                                    

"Nara?" Puas Hoseok mencari Nara. Di seluruh pelosok rumah kondonya, tetapi tak ada langsung!

Terduduk Hoseok di atas sofa. Wajah diraup. Dia tahu, dia salah. Dua minggu dia tidak munculkan diri sejak kejadian dia menyentuh Nara. Hari ini, Nara hilang. Ke mana dia pergi...

Hoseok capai kunci kereta. Dia perlu mencari Nara.

*******

Kepala aku terasa berpusing. Dua minggu aku berpanas, berhujan, bersejuk. Pakaian yang sama dengan minggu lepas. Badan aku sakit-sakit. Perut terlalu lapar, sehingga aku banyak kali muntah air.

Aku cuba berjalan di kawasan lorong yang biasanya aku lalu. Tapi terlalu gelap. Jadi tiada pilihan, aku terpaksa lalu di kawasan yang mempunyai ramai orang melepak.

"Psstt.. pstt.." decitan-decitan dari lelaki yang sedang melepak dengan kawan-kawannya aku tak hiraukan. Aku berjalan, menapak perlahan-lahan sehinggalah tiba-tiba aku terasa ada lelaki di hadapan aku. Cuba menghalang jalan.

Aku pegang kepala. Pening.

"Nak pergi mana sorang-sorang ni? Nak teman ke?" Aku diamkan. Aku tetap berjalan. Tetapi tiba-tiba lelaki itu sentuh pinggang aku dengan kedua belah tangannya.

"Hei!" Aku rasa betul-betul tak mampu buka mata. Dekat situ juga aku terduduk sebelum terlihat wajah seorang lelaki yang cukup aku kenali berada di hadapan mata aku. Aku lemah, aku tak larat.

Aku pejamkan mata.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now