Bab 58 💐

4.9K 502 12
                                    

"Hei.. kenapa tidur dekat sini?" Aku celikkan mata yang berat dan lembab kerana menangis. Hoseok sedang melutut depan mata aku. Kepala aku diusapnya. Baru aku nak reda dan tenang, mata aku kembali rasa panas. Hidung mula terasa pedih.

"Nara?" Aku diamkan diri saja dan hanya bangun untuk duduk. Hoseok galihkan bantal yang menjadi alas kepala aku, lantas dia duduk. Rapat. Dia masih berpakaian kerja. Aku masih terkesan dengan hal tadi.

"Sayang.. kenapa ni?" Aku menggeleng. Tapi tak bersuara. Hoseok mula gelabah. Aku tak akan cakap pasal hal tadi dekat Jimin. Aku takut jadi gaduh disebabkan aku. Aku tak nak persahabatan mereka terputus.

"Habis tu? Biasanya saya balik, awak lari-lari nak peluk saya. Hari ni kenapa? Diam je. Manisan yang awak minta tadi pun, tak terusik. Pening kepala eah?" Soal Hoseok. Tangannya naik hendak menyentuh dahi aku, tapi aku menepis lembut. Aku tahan air mata dari mengalir walaupun sebenarnya muka aku dah merah.

"Janganlah macam ni. Saya risaulah." Ujar Hoseok. Aku terus pusingkan badan dan mendakapnya erat. Terlepas juga empangan air mata yang aku simpan lama. Aku rasa belakang badan aku diusap.

"Nara.. kenapa ni, baby? Penat? Letih?" Aku menggeleng kepala.

"Habis tu? Sakit?"

"Tak.." aku longgarkan pelukan. Hoseok senyum. Muka aku dipegang sebelum dicium kedua belah mata aku yang basah dek air mata.

"Kongsilah kalau ada masalah dengan saya. Saya dengar." Kata Hoseok. Aku pejamkan mata. Menahan mulut dari terlepas kata.

"Kalau tak ada masalah pun, ceritalah apa-apa."

"Awak pergi mandilah. Nak makan apa-apa? Saya siapkan." Aku bangun. Tapi Hoseok tarik tangan aku dan menyebabkan aku terduduk atas ribanya. Badan aku menjadi mangsa tangan kekarnya meilit. Aku diam, kaku.

"Saya ada buat salah dengan awak?"

"Taklah. Awak baik." Aku senyum. Palsu.

Hoseok menarik nafas panjang. Dia senyum juga. Aku nampak terpancar kelegaan tu. Mungkin lepas tengok aku senyum, dia baru lega.

"Jimin hantar pukul berapa tadi?" Tanya Hoseok. Aku menelan liur. Payau.

"Errr.. entah. Tak tengok jam."

"Kenapa tak makan? Tak sedap?" Soalnya. Aku senyum manis.

"Nak tunggu awak."

"Auww baby." Aku kembali dipeluk. Aku lega. Hoseok tak banyak soal.

"Oh ya, Jimin ada cakap apa-apa ke? Dia nampak perut awak?" Aku tegakkan tubuh.

"Dia tak cakap apa-apa. Baju saya longgar. Dia tak nampak." Kata aku. Senyum lagi, cara nak hilangkan kedukaan.

"Dia tak tahu ke saya mengandung?" Soal aku. Hoseok geleng. Terasa tangannya meraba perut aku. Aku biarkan walaupun rasa geli kadang-kala.

"Nantilah bagitahu. Dia pun tak kenal awak sangat." Kata Hoseok. Aku hanya diam dan senyum biasa sahaja. Aku menepuk-nepuk bahu Hoseok.

"Awak..."

"Hmm?"

"Pergilah mandi. Nanti kita makan sama-sama." Kata aku.

"Okey. Bangun." Punggung aku ditepuk Hoseok. Terus bulat mata aku.

"Hei!"

"Apa?" Dia buat muka selamba. Terlepas ketawa aku dibuatnya. Lega.. lega apabila Hoseok ada dekat depan mata.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now