Bab 20 💐

3.9K 533 21
                                    

Aku tak boleh tidur. Golek sana, golek sini, tetap tak mengantuk. Hairan aku. Seharian aku keluar dengan Hoseok, macam-macam benda aku menahan dari dia.

Dia buat segala maklumat peribadi aku. Surat lahir, kad pengenalan, passport. Semuanya! Aku jadi segan. Semua dia yang tanggung.

Aku mengiring. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada buku Fake Love. Terus mata aku segar. Aku duduk, capai buku tersebut dan buka.

Setiap yang kita cinta tak semua akan menjadi cinta. Setiap yang kita rasa gembira tak semuanya akan kita rasa sampai bila-bila.

"Apa maksudnya?" Aku selak lagi. Aku jumpa lagi quotes-quotes yang mencuri perhatian aku. Mengujakan, penuh maksud tersirat. Mengenai cinta yang tak terbalas dan harapan palsu.

Kejujuran yang sangat menyakitkan. Hmm..

Drtt.. drtt..

Aku terbantut. Telefon yang Hoseok suruh aku guna di atas meja solek bergetar. Aku tutup buka dan merangkak ke meja solek. Lantas Samsung Galaxy S9 itu aku capai.

Ada nama Hoseok tertera. Aku angkat dengan teragak-agak.

"He.. helo?"

"Helo, dear. Sleep?"

"Taklah. Baca buku." Aku kembali ke tempat aku tadi. Duduk berlunjur, sandar.

"Which book?"

"Fake Love. Best. Saya suka." Aku tersenyum. Aku ambil semula buku tu dan letak atas riba. Aku selak-selak, baca ala kadar.

"Suka? Buku tu bosan. Saya tersalah beli." Aku melongo. Selamba dia cakap bosan?!

"Mana ada bosan! Seronoklah! Kita boleh tahu seseorang tu bagi harapan palsu dekat kita atau tidak." Kata aku. Cuba memahamkan Hoseok tentang buku ini.

"Baca buku lainlah, dear. Bosanlah."

"Suka hati sayalah. Daripada saya baca buku awak pasal bisnes. Bosan."

Hoseok tertawa halus di hujung ayat. Aku senyum. Comel sangat ketawa tu. Aku dah bayangkan dah mata dia ghaib bila ketawa.

"Oh ya, awak kenapa telefon saya?"

"Cannot sleep. Teringatkan awak." Aku terdiam kejap. Cuba hadamkan ayatnya. Manis betul ayat.

"Tidurlah. Satu hari tadi kita dah keluar. Awak banyak tolong saya."

"Small matter." Aku tersengih lagi. Baiknya hati dia. Kembang kuncup aku dibuatnya.

"Esok awak datang tak?"

"Entahlah. Tengoklah nanti, kalau saya tak sibuk. Kenapa?"

"Saja tanya."

"Saya bagitahu awak kalau saya nak datang." Aku angguk-angguk.

"Okey." Perbualan kami berlanjutan sehinggalah aku rasa mengantuk betul. Aku pejam mata, konon nak melayan perbualan Hoseok. Tapi haram.

Aku tertidur.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now