Bab 50 💐

5.7K 519 27
                                    

Aku rasa mengantuk. Tapi lapar. Mengantuk aku lebih menguasai dari rasa lapar. Jadi aku dari ke ruang tamu untuk ke pintu bilik.

"Kata nak makan..." Hoseok bersuara. Aku baru je beberapa langkah dia dah tahan aku. Padahal aku gerak perlahan-lahan.

"Mengantuk. Nak tidur." Kata aku. Aku tak pedulikan dia di dapur. Aku nak tidur juga. Aku tak kira.

"Okey, tapi datang sini sekejap."

"Tak nak."

"Sekejap je, sayang."

"Saya kata tak nak!" Aku menengking sambil mengetap gigi. Hoseok mengeluh.

"Boleh tak awak jangan kontrol saya? Saya bosan tahu tak? Saya penat dengar cakap awak je. Kalau awak nak saya jaga anak awak ni elok-elok, jangan halang semua yang saya nak buat." Dan selepas itu aku terus masuk ke dalam bilik dan hentam pintu sekuat hati.

Aku kerap marah. Kerap nak naik angin. Tapi...

Lepas marah, beberapa saat kemudian mesti aku akan rasa kesian dekat Hoseok. Lepas tu aku rasa menyesal sebab tak berterima kasih dekat dia. Aku yang minta dia buatkan bubur ayam tu tadi. Tapi aku pula marah dia, tak nak makan sebab mengantuk.

Tidur jelah, Nara. Dia yang nak jaga kau. Kau mengandungkan anak dia. Jadi pandai-pandai dialah nak uruskan kau. Takkan itu pun dia tak faham-faham lagi?

Bisikan itu aku biarkan berlalu. Aku tersentuh untuk keluar semula dan mendapatkan Hoseok. Tapi baru je aku menyentuh tombol pintu, perut aku sakit. Tiba-tiba saja sakit.

"Nanti, kalau awak ada rasa sakit perut, jangan cemas. Sebab, produksi hormon progesteron dari corpus luteal awak berhenti. Plasenta dah nak mula tumbuh. Rahim awak tengah nak menegang, sebab tu awak rasa sakit perut, kembung perut. Tu biasa je. Tapi kalau sakit sangat, call saya." Aku teringat pesanan doktor.

Mungkin aku sakit perut kerana itu. Aku tak jadi keluar. Aku ke katil dan baring perlahan-lahan. Mata kalau dah mengantuk, memang langsung tak boleh dibawa bincang. Aku pejamkan mata, sekejap selepas tu aku terus tertidur.

******

Hoseok menghempas tubuhnya di atas sofa. Sumpah, penat lain macam. Ini baru Nara mengandung. Belum lahir lagi. Tetapi dia langsung tak rasa penat. Entahlah, baginya menjaga seorang gadis yang sedang mengandungkan anaknya sangatlah seronok. Gadis yang disayang pula tu. Lagilah dia bahagia.

Drtt.. drtt..

Hoseok merenung skrin telefon bimbitnya yang menyala-nyala. Daelia.

Tanpa menanti lama, pantas panggila itu diangkat.

"Helo, Lia."

"Seok.."

Hoseok diam tidak menyahut. Hatinya sakit mendengar suara itu merintih. Mereka putus hubungan bukan atas kerelaan masing-masing. Tetapi kerana keluarga Daelia.

"Seok, boleh tak kalau kita jumpa?" Hoseok masih diam.

"Saya akan ke luar negara esok. Terus tinggal dekat sana. Saya nak jumpa awak. Kali terakhir. Boleh?" Hoseok tergamam. Dia menegakkan tubuhnya.

"Kenapa nak tinggal dekat sana? Perlu ke?"

"We're nothing, Seok. Parents saya tak nak kita lebih jauh. Awak tahukan, saya ada kanser rahim? Kalau kita kahwin, saya tak boleh bagi awak anak." Terdengar esakan halus Daelia. Suaranya pecah-pecah, kesan koma yang sedikit lama ketika kemalangan dulu.

"Kenapa cakap macam tu? Dah jadi ketentuan hidup awak. Jangam cakap lagi. Tak elok."

"Nara.. macam mana?" Kaku Hoseok. Tak terkata-kata dia. Kemudian dia terdengar Daelia tertawa halus.

"Awak terkejut eah? Jimin dah bagitahu segalanya. Dan saya reda. Awak layak cintakan orang lain." Kata Daelia. Hoseok gagap.

"Saya.. saya minta maaf."

"No need, sayang. Awak berhak cari pengganti saya. Sayanglah dia, dia sangat memerlukan awak."

"Bila kita nak jumpa?" Hoseok tak betah jika Daelia menyebut-nyebut tentang Nara. Bimbang dia terlepas cakap soal Nara yang sedang mengandung dan menyebabkan gadis itu memikirkan benda yang dia tidak mahu lagi diubgkit.

"As soon as possible. Malam ni?"

Hoseok menggumam sekejap. Setelah memastika jadualnya kosong, Hoseok setuju.

"Okey boleh. Malam ni."

"Okey. Tempat biasa tau." Hoseok terangguk-angguk. Mereka bercakap kosong dan kemudian panggilan ditamatkan.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now