Bab 23 💐

4.1K 558 36
                                    

Jung Hoseok... bukan setakat baik hati, bijak dan kacak, tapi dia boleh dikatakan pandai memasak. Bolehlah.. aku kenyang tengok dia masak. Belum makan lagi tu. Tiba-tiba dah rasa kenyang.

"Kenapa pandang macam tu?" Aku cuma senyum lebar sambil menongkat dagu. Hoseok pakai apron. Kacak. Terlalu. Sangat.

"Awak memang pandai memasak ke?" Soal aku. Tak puas hati. Aku perhatikan pasta yang sedang dihidangkan atas meja bar. Kemas, menyelerakan.

"Taklah. Saya tak pernah memasak pun sebelum ni. This is my first time." Katanya. Aku tak percaya.

"Tipu."

"Betul, dear. Jung Hoseok ke dapur? Heh.. mimpi! Tapi disebabkan tuan puteri saya lapar, saya terpaksa tunjukkan skil." Aku mencebik. Dia ingat aku nak percaya dengan kebongkakkan dia tu?

"Takkanlah ni pertama kali awak memasak? Cantik macam ni? Kemas, nampak sedap." Aku akui tentang itu. Dari tadi aku pandang je pinggan ni. Dah hilang rasa segan terhadap Hoseok sejak dia melayan aku tak ubah seperti seorang perempuan yang bergelar puteri. Aku bahagia.

"Saya masak dengan kasih sayang. Sebab tu nampak sedap."

"Eee.. menyampahnya." Aku dan dia ketawa serentak. Tiba-tiba, Hoseok halakan sudu yang terisi kuah pasta ke bibir aku. Aku angkat kening.

"Cuba rasa." Aku menganga kecil dan rasa kuah pasta itu.

"Wow.." tak sangka. Sedap.

"Sedap?"

"Hmm.." aku angguk sahaja. Tak mampu kata apa-apa lagi. Hoseok tersenyum lebar mendengar aku cuma menggumam. Tahulah dia aku terkedu dengan skil memasaknya. Belagak.

"Tak macam masam sangat ke?" Mata Hoseok terkebil-kebil merasa kuah pasta tadi. Menggunakan sudu yang sama. Terkejut juga aku. Kenapa dia tak tukar sudu? Tak geli ke pakai bekas aku?

"Taklah. Biasa je. Err... awak tak basuh ke sudu tadi?" Aku tak puas hati. Jarang aku tengok lelaki selesa memakan satu tempat yang sama dengan perempuan. Lebih-lebih lagi melibat sudu atau penyepit. Cawan pun. Pantang, mesti basuh. Tapi dia...

"Tak. Kenapa?"

"Kan saya dah guna tadi. Bekas saya."

"Jadi apa masalahnya?"

Aku diam. Aku faham apa yang dia nak maksudkan.

"Taklah, saya tak naklah awak rasa geli nanti."

"Geli apanya? Sudu je pun. We're not kissing at all." Terpana aku. Jauh pula dia berfikir. Aku tak terfikir pun macam tu tapi dia sampai ke situ pulak. Aih...

"Makanlah. Saya nak mandi sekejap. Rimas." Kata Hoseok sebelum apronya yang melekat pada tubuh ditanggalkan. Kemeja biru itu hampir lencun dengan peluh. Aku serba salah.

"Awak ada baju ke? Nak saya siapkan air?"

"Eh no, dear. It's okay. Makan. Saya buat sendiri." Kata Hoseok. Aku tak jadi bangun dan biarkan dia selesaikan diri sendiri. Aku makan perlahan-lahan sambil menanti Hoseok selesai mandi. Dalam 15 minit, dia kembali dengan pakaian yang lebih santai.

Sudah pasti jenamanya sendiri. Tak boleh pakai jenama lain.

"Sedap?" Buat kali kedua dia tanya. Aku angguk-angguk.

"Dap ngat-ngat." Apa orang kata, aegyo? Aku tak sangka aku termanja pula. Dah Hoseok tak jadi duduk. Dia kaku berdiri dengan senyuman di bibir. Malu aku jadinya direnung dalam begitu.

"Kenapa buat macam tu? Tahu tak geram?"

"Geram apa?"

"Geram dengan awak. Janganlah macam ni. Saya tak kuat." Hoseok luah perasaan. Pecah ketawa aku. Boleh pula dia tergoda dengan budak 19 tahun?! Yang layak digelar adik kepadanya.

"Mengarut."

Hoseok sengih. Dia makan pasta buatannya sendiri. Kami diam sampailah habis makan. Aku tersandar lemah. Kenyang.

"Terima kasih masakkan untuk saya." Ucap aku. Hoseok senyum, angguk.

"Sama-sama kasih."

"Kenapa awak suka jawab terima kasih saya dengan sama-sama kasih?" Soal aku. Hoseok diam, dia pandang aku.

"Sebab awak bagi saya kasih."

"Sepatutnya awak cakap, kasih diterima." Usik aku. Hoseok terus bulat mata.

"Saya dah terima kasih awak dah. Penuh dah dalam ni." Dia menepuk dada. Aku mencebik. Air putih aku teguk perlahan.

"Lepas ni kena awak boleh masak sendiri. Saya dah ajar dah tadi." Kata Hoseok. Aku mengangguk-angguk.

"Mestilah. Saya tak nak susahkan awak."

"Tak susah pun. Tak apa, nanti kita masak sama-sama. Saya ajar." Aku kecilkan mata. Saya ajar. Lain macam je bunyi dia. Karang jadi lain, habis. Hoseok bukan boleh percaya.

"Hmm.. okey. Sekarang, kita nak buat apa?" Soal aku. Hidup aku berseri kalau ada Hoseok. Semua benda aku nak buat.

Jelas sekarang, tanpa Hoseok, aku kosong.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now