Bab 65 💐 (Final)

7.7K 558 180
                                    

Aku tersedar dari lena pendek untuk melepaskan lelah tadi apabila terdengar bunyi suara kanak-kanak menjerit-jerit di dalam bilik aku. Aku celikkan mata. Ada Adriana dan Ariana! Ada Hessa dan juga... anak aku. 

Teruk.. disebabkan air ketuban aku pecah awal tadi, aku terus tak boleh berjalan. Jadi memudahkan acara majlis pengeluaran bayi, Hoseok terus telefon doktor peribadi kami dan aku melahirkan di rumah sahaja. Rasa macam kelakar, tapi bahagia. Rasa macam ada privasi.

"Adriana, Ariana! Come here to mommy! Jangan kacau Mummy Nara dekat situ!" Aku ketawa mendengar Hessa menyeru lembut anak kembarnya yang sudah pun pandai berjalan. Setahun setengah, aktif. Comel sangat!

"Tak apalah, Hessa. Saya okey." Kata aku. Aku duduk perlahan-lahan. Agak ngeri dekat situ kerana lukanya masih baru. Hessa mendapatkan aku dan memeluk aku.

"Tahniah, Nara. Hoseok ada dekat luar dengan Jungkook. Tengah nak register surat kelahiran baby baru." Kata Hessa. Aku sedikit terkejut.

"Saya baru je sedar, dia terus nak register?" Hessa angguk kepala sambil tersenyum lebar. Aku menepuk dahi. Ya Tuhan Hoseok. 

"Baby dah siap mandi." Tumpuan aku kini teralih pada doktor yang keluar dari bilik air bersama seorang bayi perempuan yang aku kandungkan selama 9 bulan 5 hari itu. Tak cukup 10 hari, dia dah tak sabar nak keluar. Aku kemam bibir, terharu.

"Auww... anak mummy."

"I'm here mummy." Doktor itu membuat suara kecil sebelum diletakkan si kecil ini atas riba aku. Aku sedikit terkejut. Kekok. 

"Nara dah boleh susukan dia." Kata doktor itu. Aku pandang Hessa. Hessa tersenyum. Macam faham aku memang tak pandai nak adjust diri sendiri.

"Sini, Hessa tolong." Kata Hessa. Adriana dan Ariana sudah berlari keluar. Mana taknya kalau tak jumpa daddy mereka. 

Aku cuba selesakan badan selepas bayi ini melekapkan bibir tempatnya. Agak janggal tapi dah boleh selesa dah. Aku pandang anak aku. Anak aku? Anak perempuan. Comel. Pipinya masih lagi merah. Matanya masih tertutup. Tapi pipinya kembung dengan susu. Jatuh cinta aku.

"Nara..." panggil Hessa. Aku angkat kepala.

"Ya?"

"Tu." Aku pandang pintu bilik. Terus aku merah muka dan pandang anak sahaja. Hoseok tengah berdiri. Dia senyum pandang aku. Huwargh! Perlu ke macam tu? Aku malu.

"Seok, aku faham kau teruja. Tapi kalau ya pun, takkan kau tulis nama aku dekat nama bakal anak kau? Seriuslah kau ni? Kau nak aku berkorban untuk anak kau ke macam mana?!" Jerit Jungkook. Pecah ketawa Hessa. Aku tak mampu ketawa sangat. Ngilu.

"Oh yakah?! Kejap!" Aku tergeleng. Tapi agak tertanya juga, nama apa yang Hoseok nak bagi dekat anak dia? Aku termenung. 

"Nara, saya nak keluar sekejap tau. Nak perhatikan babies. Ada je karang dia buat rusuhan." Aku mengangguk. Hessa keluar. Badannya cantik bak model walaupun mengandungkan kembar. Aku? Ni yang aku rasa rendah diri ni. Nanti Hoseok kata apa pula kalau aku dah tak... macam dulu?

"Nara, jaga luka elok-elok ya? Jangan biarkan Hoseok 'usik-usik' awak. Awak first time. Luka memang tak boleh usik-usik. Kalau Hoseok ada gatal dengan awak, bagitahu saya." Pesan doktor itu. Aku ketawa kecil dan angguk faham.

"Yelah. Terima kasih doktor."

"Saya nak keluar sekejap. Nanti saya datang semula untuk uruskan baby dan awak." Aku mengangguk faham. Aku biarkan doktor itu pergi meninggalkan aku dan anak ini. Baru aku nak rasa tenang, aku dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki yang sudah bergelar bapa.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now