Bab 12 💐

4.3K 669 26
                                    

"Doktor, boleh tak kalau saya nak keluar?" Soal aku kepada doktor yang sedang menukar air kantung untuk masuk ke dalam tubuh aku. Doktor wanita muda ini kemudiannya tersenyum, halus kepalanya tergeleng.

"Tak boleh. Tuan Jung tak bagi kebenaran kalau awak nak keluar dari hospital awal."

"Alah.. saya bosanlah, doktor. Bolehlah. Saya nak jalan-jalan je." Kata aku. Hampir berputus asa kerana memujuk doktor dan jururawat setiap hari selama empat hari ni.

"Saya panggil PA Tuan Jung untuk temankan awak. Ya?"

"Tak naklah. Saya nak sorang-sorang."

"Eh, tak boleh. Kalau awak nak keluar, jalan-jalan, saya panggil PA Tuan Jung. Boleh?" Aku memuncung. Doktor itu ketawa kecil.

"Comel awak ni. Okeylah, saya lepaskan awak. Tapi dengan syarat, kat dalam hospital je. Dekat tingkat atas ada pusat senaman, dekat tingkat bawah kafe, selaras dengan tingkat ni ada pusat permainan kanak-kanak. Kecil je hospital ni."

"Universiti kan?" Doktor itu angguk lagi dan senyum lebar. Walaupun aku bodoh, tapi aku tahulah juga sikit-sikit pasal Pengetahuan Am ni.

"Yes. Semua pelajar universiti yang ambil kos perubatan akan terus sambung ke hospital ni, dengan syarat mesti 3.8 hingga 4.00 dari semester satu, sampailah tamat pengajian." Aku mendengarnya dengan khusyuk. Macam seronok. Lagipun aku bercita-cita nak jadi doktor. Tapi itulah.. nasib aku memang tak sama dengan cita-cita.

"Seronoknya. Emm.. saya teringin nak jadi macam doktor." Aku sengih.

"Belajarlah rajin-rajin. Untung tau siapa dapat Tuan Jung tu." Tiba-tiba nama Hoseok disebut. Kening aku ternaik. Agak sensitif sedikit.

"Kenapa pula dengan dia?"

"Dia sangat prihatin terhadap awak."

"Lepas tu?"

Doktor itu menggeleng halus. Aku masih tak faham apa yang doktor ini hendak sampaikan. Mengarut pun ada.

"Awak akan faham nanti."

"Tapi saya..."

Tuk! Tuk!

Aku menoleh ke pintu bilik. Hoseok muncul bersama jambangan bunga baby breath. Buat sesaat, aku teruja. Aku sangat suka bunga tu!

"Eh, Tuan Jung. Okeylah, Nara. Saya keluar dulu ya?" Doktor itu meminta diri. Baru je aku nak tahan, dia dah berlalu.

Tinggal aku dan Hoseok.

"For you." Aku mengalihkan perhatian terhadap Hoseok. Aku pandang bunga itu dan sambut sebelum halakan ke hidung. Wangi, lembut.

"Terima kasih. Saya suka bunga ni." Tanpa sedar aku terbagitahu. Hoseok senyum. Hilang terus matanya. Dia duduk di birai katil, sebelah aku. Dan dia sangat rapat. Aku dapat hidu wangian tubuhnya.

Nara.. behave.

"Fakta mengatakan, gadis yang cantik memang sukakan bunga." Katanya. Aku hampir ketawa.

"Mengarutlah. Ada je gadis yang tak cantik tapi dia sukakan bunga. Macam saya."

"Siapa cakap awak tak cantik?" Aku diam. Aku bagaikan dah kenal lama dengan dia. Tapi jujur, layanannya terhadap aku sangat mengujakan. Aku rasa seperti seorang puteri, dan dia seorang putera raja.

"Awak..."

"Hmm?"

"Saya nak keluar hospital boleh tak?" Aku meminta lagi. Dia terus angguk.

"Boleh." Aku teruja.

"Tapi dengan satu syarat." Keterujaan aku mati. Apa pula ni?

"Awak keluar dari hospital, mesti dengan saya. Dengan saya tu maksudnya, awak tak boleh tidur dekat kaki lima lagi dah. Awak duduk dekat rumah saya. Dekat kondo saya. Tak boleh tidak, awak kena terima juga. Titik."

Terdiam aku.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now