Bab 27 💐

3.7K 561 62
                                    

Seperti hari-hari biasa, Hoseok akan ke pejabat untuk menyelesaikan kerja-kerjanya. Kemudian akan ke restoran, dan balik. Tetapi hari ini nampaknya perkataan 'balik' itu tak boleh lagi. Kerjanya di atas meja agak menimbun. Ini semua disebabkan dia selalu pulang awal untuk ke rumah Nara.

Dia sendiri pun tak pasti kenapa Nara selalu menganggu hari-harinya. Sehari tak tenung, sehari tak ada, kacau-bilau hidupnya. Walaupun sudah bertunang, tetapi Hoseok tetap mencari Nara juga.

Tuk! Tuk! Tuk!

Hoseok panggung kepala. Pintu biliknya terkuak.

Park Jimin.

"Masuklah. Kenapa tercegat kat situ?" Hoseok tenang. Tetapi mata Jimin penuh bara yang menyala.

Dengan langkah kaki yang pantas, Jimin masuk. Fail kewangan yang ada di tangan kuat dihempas atas meja. Tersentak Hoseok.

"Kau kenapa?!"

"Kau tanya aku, kenapa? Kau tanya aku, kenapa?" Memetir Jimin. Rahangnya bergerak-gerak, menandakan dia betul-betul marah.

Hoseok kebingungan. Dia betul-betul tak faham. Jimin masuk ke dalam biliknya dalam keadaan yang marah, matanya penuh dengan api jelingan. Dia buat salah apa?

"Aku tak faham. Kenapa ni?"

"Kau dah gila, Seok. Serius, kau dah gila! Kau tahukan Daelia nak sangat kerja dekat sini? Apa salahnya kalau dia jadi setiausaha aku? Yang kau..." Jimin tak tahu nak cakap apa lagi. Apa yang Hosek lakukan sangat melampau pada matanya. Silap hari bulan, dia pula yang berhenti kerja nanti.

"Aku tak suka dia kerja satu bumbung dengan aku."

"Dia bukan setiausaha kau pun!"

"Tapi ini syarikat aku. Jadi aku berhak tentukan siapa yang layak."

Jimin terdiam. Dia mengeluh, mengeluh kecewa..

"Jadi kau rasa budak gelandangan tu layaklah bekerja dengan aku?" Soal Jimin. Kepala Hoseok ternaik. Anak mata mereka bertikam.

"Nama dia Nara. Bukan..."

"Ah.. apa-apa jelah! Yang penting dia memang budak gelandangan, yang dah racun fikiran kau sampaikan kau lupa kedudukan kau sekarang! Daelia tunang kau, cinta kau. Kau curang dengan dia sekarang ni." Keadaan bertambah tegang. Hoseok menghentak tangan atas meja. Pen terus beralih dari jari.

"Semua tu bukan urusan kau, Ji. Kau cuma perlu terima hakikat. Aku nak dia bekerja dalam syarikat ni. Dia layak."

"Daelia tak layak?"

"Aku lebih suka dia duduk rumah daripada merayap ke mana-mana lepas kahwin nanti." Panas telinga Jimin. Tangannya dah mengepal penumbuk. Tiba masanya untuk dia bertindak mengikut kata hati, tak perlu menjaga hati sesiapa lagi. Asalkan Daelia dan Hoseok bersatu, dan Nara akan diletak jauh dari mereka berdua.

"Okey. Itu yang kau mintakan? Aku terima. Tapi jangan tanya kalau ada apa-apa jadi dekat budak gelandangan tu nanti. Wait and see."

"

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ