Bab 16 💐

4.2K 577 43
                                    

Aku menjalani hari pertama yang indah dengan pagi yang tak berapa nak cerah. Diluar angin kencang, hujan, dan ada petir sikit. Agak teruk jugalah cuaca hari ni. Malam tidaklah seperti tadi. Lagipun aku tak sedar apa yang jadi tengah malam tadi. Aku mengantuk dan tertidur.

Aku bangun dari katil, bergerak ke satu meja yang terdapat banyak buku tersusun rapi di atasnya. Aku agak terpanggil untuk ke situ kerana ada sebuah Macbook Pro, iPad Pro, buku-buku ilmiah serta ada sebuah bingkai gambar. Sudah tentu gambar Hoseok. Ketika kecil.

"Hmm.. comel." Aku mengangkat gambar itu dan merenungnya. Tersenyum aku. Dari kecil dia memang dah tak ada mata kalau senyum. Sampailah besar.

Kemudian aku bergerak melihat buku-buku yang tersusun rapi rapat ke dinding. Dan aku nampak, yang nipis lebih sikit berbanding yang tebal. Dia suka membaca?

Aku duduk. Aku baca satu per satu tajuk buku-buku ini. Ke semuanya hampir buku yang mengandungi ilmu pengetahuan dan subjek-subjek yang aku sendiri tak tahu apa.

Tersesat juga satu buku Matematik Sains Tambahan di situ. Jelas sekali, nama Jung Hoseok tertulis di tepi buku menandakan itu adalah buku hak miliknya.

"Eh, dia baca buku tentang cinta?" Aku ketawa halus. Aku keluarkan senaskah buku tebal, berkulit keras dan berisi kertas kilat. Aku baca tajuknya.

"Fake Love by Zurich Leo Smith." Kening aku terakhir. Fake love? Cinta palsu? Hmm.. menarik. Tanpa aku duga, aku mula membelek isi-isi dalamnya. Apa yang menarik dengan buku ini adalah, isi dalamnya mempunyai tulisan yang lain dari yang lain. Bukan Times New Roman. Tapi tulisan yang bulat-bulat dan bersaiz 14. Besar jugalah dari saiz 12. Sikit pun aku tak bosan, dengan ada quotes-quotes menarik. Contohnya...

"I'm sick with fake love..." aku ketawa. Tak sangka lelaki seperti Hoseok membaca buku mengenai cinta. Jaranglah lelaki begini.

Tapi Hoseok, dia istimewa.

Ding dong.. ding dong..

Tumpuan aku terus teralih dari buku terus ke muka pintu bilik. Ada orang datang. Cepat-cepat aku bangun dari kerusi dan keluar bilik. Aku terus buka pintu rumah.

"Ya? Cari siapa?" Soal aku dengan berhati-hati apabila aku mendapati, ada dua orang lelaki yang hampir basah lencun sedang berdiri memegang beberapa beg kertas berjenama. Aku tak pasti apa dia, tapi hampir semua beg itu adalah JayHope.Co. Barang Hoseok mungkin?

"Cik Nara?"

"Ya, saya. Ohh.. awak berdua cari Hoseok ya?"

"Kami nak hantar barang-barang Cik Nara. Tuan Jung arahkan kami."

Aku melopong. Aku kesian melihat mereka bercakap bergetar kesejukan. Aku yakin, air hujan sedang bertakung di dalam badan masing-masing.

"Eh, masuk-masuk. Saya minta maaf, saya tak tahu." Aku terus buka pintu seluas yang boleh. Aku bergerak ke monitor pemanas, aku buka pemanas ke suhu yang tinggi sikit dari tadi. Hangat rumah ini.

"Tak apa. Cik Nara baru je tinggal kat sini kan?" Aku mengangguk. Pintu aku sekadar rapatkan. Dua lelaki itu menanggalkan jaket hitam mereka dan letakkan di atas penyangkut baju.

"Sekejap ya, saya buatkan awak berdua air panas."

"Eh, tak perlu. Kami nak balik dah lagipun. Tuan Jung tak bagi kami berlama-lama dekat sini." Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa pula? Awak berdua kena buli ya?"

"Eh, bukan. Kami ada tugas lain." Kata salah seorangnya. Aku mengangguk-angguk faham. Tumpuan aku kemudiannya teralih pada beg-beg kertas tadi.

"Ini barang Tuan Jung ke?" Soal aku.

"Barang Cik Nara. Tuan Jung yang belikan."

"Apa?" Aku kaget. Banyak ni! Aku kira... ada dalam 10 atau 15 beg kertas. Isinya, jangan tanya aku.

"Tapi untuk apa? Saya..." aku kehilangan kata-kata. Kedua lelaki itu tersenyum. Aku tak faham.

"Ni semua barang keperluan Cik Nara. Ada top, bottom, aksesori, kasut, semuanya dari JayHope.Co. Cuma satu ni je dari Book Store." Aku kerut dahi lagi. Habis tua lah muka aku.

"Buku, maksud awak?"

"Aha.. Tuan Jung suruh awak baca bila bosan. And dia ada bagi juga set DVD. Paling latest punya. Jadi kalau awak rasa bosan, boleh buka." Katanya. Aku betul-betul terkedu. Sumpah, kalaulah kondominium ini istana, aku rasa betul-betul macam puteri diraja. Semuanya disuap depan mata. Aku rasa bersalah.

"Tapi saya tak perlukan pun semua ni. Saya..."

"Tuan Jung cakap kalau awak tolak pemberian dia, dia akan pecat kami. Baik awak terima je, Cik Nara. Kesian kami, nak bagi makan anak-anak apa?" Ayat terakhir itu aku terkejut.

"Awak berdua dah kahwin?!" Aku hampir menjerit. Kedua lelaki ini ketawa halus. Sopan, macho, tergoda aku.

Ehem...

"Belum. Saja je kami acah. Okeylah, Cik Nara. Kami nak balik, nak beli barang-barang dapur untuk awak. Kalau dengar bunyi loceng lagi, itu kami dah sampai."

"Kalau macam tu saya tak lock pintulah."

"Jangan, Cik Nara. Tuan Jung tak izinkan." Aku mula berdecit. Hoseok ni kenapa membuli diorang? Kesian tau.

"Tak apa. Saya yang izinkan."

"Tak boleh, Cik Nara. Rumah ni ada CCTV. Tu.." aku melihat sekeliling rumah. Ya.. ada CCTV. Haih..

"Okeylah. Tapi kat luar hujan. Kesian awak berdua." Aku memang mudah cepat jatuh kesian. Melihat basah kuyup mereka berdua, lagilah aku kesian. Jahat Hoseok! Tengok nanti aku nak bebel.

"Tak apa. Perkara kecil je. Kami keluar dulu ya?" Aku angguk. Lantas dua lelaki itu pun keluar dari aku rapatkan pintu. Tak kunci. Aku peduli apa! Biarkan! Rasakan!

Aku ketawa jahat.

□ ■■■■ □

Setengah jam berlalu. Aku dah pun siap menyusun beg-beg kertas ke dinding. Dah belek, sangat banyak! Serba salah aku dibuatnya.

Aku ingin ke bilik. Tapi telinga aku dah pun menangkap bunyi pintu rumah seperti dibuka dari luar. Aku biarkan. Lelaki dua orang tadi tu.

Aku berjalan tenang ke bilik. Tiba-tiba, aku terasa tubuh aku dipeluk dari belakang, mulut aku ditekup. Aku tersentak.

"Argh!!!"

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now