Bab 45 💐

5.4K 522 26
                                    

Aku renung jam dinding di dalam bilik ini. Pukul 12 tengah malam. Kemudian aku renung pula Hoseok yang sedang tidur di sebelah aku. Dia tak nak balik ke? Aku rasa dia dah lama tidur di sini. Sejak aku kerap pengsan, kerap muntah sebab perut kosong, Hoseok tak pernah tinggal aku pergi. 24 jam aku tatap muka dia. Penat aku.

Grukk... grukk..

Alamak. Perut aku berbunyi. Hmm...

Aku bangun dengan berhati-hati. Nak cari makanan dekat dapur. Sesekali aku pandang ke tepi, takut Hoseok tersedar. Terjejak sahaja kaki aku atas lantai, aku terus berdiri. Perlahan-lahan aku menapak sehingga ke pintu dan keluar.

Fuhh.. lega. Aku berjaya keluar tanpa pengetahuan Hoseok walaupun hanya ke dapur.

Nak makan apa ya? Aku ternampak ada satu bekas di bawah tudung saji. Aku buka.

Bubur ayam tengah hari tadi. Hoseok ada bagi, tapi aku tak nak. Sekarang lapar, aku sendiri makan.

"Bukan saya tak nak.. tapi saya masih terluka dengan perbuatan awak." Aku melabuhkan punggung perlahan-lahan di atas kerusi. Aku ambil bekas bubur tersebut dan perlahan-lahan aku sudu ke dalam mulut.

Sedap. Laju menelan masuk ke dalam kerongkong. Aku sudu lagi sehingga mata aku terperasan pimtu bilik aku regang.

Haih..

"Did you eat? Elok lagi ke, hmm?" Aku diamkan sahaja dan makan. Makin sudu, makin sedap.

Hoseok mendekati aku. Matanya mengecil kerana menahan mengantuk. Aku jeling dengan ekor mata.

"Kenapa tak tidur?" Tanya aku, mendatar. Hoseok duduk sebelah aku, dia menongkat kepala sambil tersenyum.

"Rasa ada yang kurang kalau awak tak ada kat sebelah saya." Aku angkat kedua belah bahu aku. Biasalah, Hoseok dengan ayat manisnya mana boleh berpisah.

"Nara..." aku menggumam sahaja membalas panggilannya. Aku habiskan bubur yang ada sebelum alihkan ke tepi.

"Cakaplah, nak apa?" Aku tanya. Hoseok tersenyum kelat. Aku hairan. Apa yang dia nak lagi ni?

"Kalau saya ajak awak ka..."

Drtt... drtt...

Aku memandang ke tempat lain. Telefon bimbit Hoseok berbunyi. Aku bangun dari kerusi dan bergerak ke peti ais. Mata aku terpandang buah strawberi. Tak jadi aku nak teguk air. Jadi aku ambil buah strawberi tersebut dan masuk ke dalam bilik.

Tinggal Hoseok. Buat apa nak ada dia? Buat sakit hati je.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now