Bab 43 💐

5.7K 511 17
                                    

Pergerakan aku rasa terbatas semenjak Hoseok ada di rumah ini sentiasa. Setiap hari, 24 jam. Aku menghadap wajahnya tanpa henti dan rehat. Apa aku nak buat, dia akan ambil tahu. Aku nak ke mana, dia akan tanya. Sampaikan aku rasa betul-betul rimas dan bosan.

Aku tak tahu kenapa dia tak bekerja. Tak bosankah dia?

Aku bercadang untuk keluar dari bilik. Seharian di bilik, penat. Meletihkan badan sahaja.

Ketika aku melewati cermin meja solek, aku terhenti. Aku perhatikan badan aku dari atas sehingga ke bawah. Jasad aku ada di sini, tetapi hati aku lari ke tempat lain.

"Nara?" Aku tersentak. Pintu regang, Hoseok masuk ke dalam. Mengeluh aku.

"Nak pergi mana?" Nampak? Dia akan tanya. Aku memeluk tubuh memandang cermin. Terpantul ketinggian aku dan Hoseok.

Dia tinggi, aku hanya separas bahunya. Kecil. Sebab tu dia boleh pijak aku sesuka hati. Termasuklah maruah aku.

"Nara.. saya tanya ni. Nak pergi mana?" Aku mengeluh.

"Tak ke mana-manalah."

"Jom tengok movie."

"Tak nak." Aku mahu ke katil. Tetapi Hoseok sentuh lengan aku menyebabkan pergerakan aku kian terhenti. Dia menarik bahu aku supaya berdiri menghadapnya. Aku ikutkan.

"Saya minta maaf tentang..."

"Dahlah, Hoseok. Saya tak nak dengar." Aku geleng kepala. Pantang benar aku mendengar dia meminta maaf. Murahan cara  betul dia.

"Apa yang saya kena buat untuk awak maafkan saya?" Tanyanya. Aku diam.

"Nara..."

"Apa perasaan awak masa sentuh saya, Hoseok?" Aku tak tahu kenapa aku tanya soalan ni. Aku tak tahu kenapa aku terlalu ingin tahu. Aku nak tahu sangat-sangat. Apa sebenarnya yang berlegar-legar dalam minda Hoseok ketika dia sentuh aku dulu?

"Kenapa awak tanya?"

"Saya tak boleh bertanya?"

Hoseok menarik nafas panjang. Aku mendongak memandangnya. Dia cuba memegang tangan aku tapi aku elak. Walaupun bukan kali pertama dia pegang, malah lebih dari itu, aku rasa cukup tak selesa. Maruah aku hilang, benteng aku runtuh kerana dia.

"Nara, kalau awak nak tahu, saya cukup tertekan waktu tu. Saya tertekan, parents tunang saya nak putuskan hubungan pertunangan kami. Padahal kami akan kahwin sebulan dari waktu tu." Aku ketap gigi. Kenapa dia cerita? Kenapa dia cerita soal pertunangannya?

Aku sakit hati.

"Saya datang sini untuk bertenang. Tapi awak buat saya... hilang arah. Jujur, saya sayangkan awak, Nara. Tapi dalam masa yang sama saya dah bertunang. Saya kena pilih salah satu, tapi saya tamak. Saya tak boleh fikir. Saya takut, saya terlepas awak, jadi malam tu kita bersama." Air mata aku kembali bertakung. Sekarang, aku dah faham. Dia sentuh aku memang betul-betul kerana nafsu. Aku menjauhinya.

"Ya, betul. Malam tu saya pandang awak kerana nafsu. Saya tak nak awak pergi, saya tak nak tunang saya lari, jadi saya 'ikat' awak. Saya tamak, Nara. Sepatutnya saya kena pilih antara awak dan Daelia. Tapi saya..."

"Cukup." Aku tutup telinga. Aku menangis lagi.

"Sampai hati awak, Hoseok. Awak pentingkan diri!"

"Saya sayang awak, Nara. Kalau awak percaya kata-kata saya tempoh hari, saya cakap I don't do love you, tu semua tipu. Sebab saya tertekan, saya nak awak rasa macam mana sakitnya saya kerana terpaksa memutuskan pertunangan yang saya bina selama dua tahun. Sebetulnya, memang saya sayang awak. Ikut perancangn saya, kalau kita dah bersama, dan saya kahwin dengan Daelia, jadi saya tak akan terlepas dua perempuan yang saya cinta. Saya dapat awak, saya dapat Daelia. Dua-dua. Saya memang tamak." Aku rasa kepala aku betul-betul berdenyut selepas mengetahui hal yang sebenar. Aku picit pelipis, pening.

"Jadi awak dah tahu, apa isi hati saya yang sebenar." Aku tahan tubuh pada meja solek.

"Jangan.. jangan cakap apa-apa lagi." Aku berkata perlahan. Mata aku dah mula kabur, perut aku memulas. Aku nak pitam.

"Nara.. awak kenapa ni?" Aku pusingkan tubuh mahu berjalan, tapi mata aku berpinar. Belum sempat apa-apa lagi, aku terus jatuh pengsan...

Dalam pelukan Hoseok.

□ ■■■■ □

Ada apa2 tak faham, bagitahu ya.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now