Bab 55 💐

6.1K 499 75
                                    

Aku tertidur lepas selesai mandi dengan.. hmm.  Cadang nak mandi je. Tapi tiba-tiba terbabas. Jadi lain pula. Dan aku baru tahu, seks semasa mengandung sebenarnya boleh dibuat. Lagipun yang mulakan tadi aku. Aku kan mengada-ngada. Entah apa yang merasuk, aku tak tahu. Tapi bila tengok Hoseok tak pakai baju je, lemah kaki aku.

Jadi disebabkan penat dan letih, aku tertidur. Selepas beberapa jam, aku bangun semula. Aku berada di atas katil, dengan tubuh berselimut penuh. Hangat. Tapi aku tak jumpa bau tu. Aku hilang bau.

Mana Hoseok?

Cepat-cepat aku bangun dari baring. Aku mencari kelibatnya. Takkan tak ada? Takkan dah kerja lagi? Dia dah janji nak duduk je dekat dengan aku. Tipu!

Daddy tipu mummy!

"Awak..." aku mula memanggil. Tapi tak ada sahutan. Aku mula turun dari katil.

"Auww..." aku meringkuk sikit. Ni mesti kes tadi. Haih.. teruknya aku. Tak senonoh betul. Miang, gatal lain macam. Malu pula nak hadap Hoseok.

Tapi aku peduli apa. Aku nak juga cari Hoseok. Lantas aku bangun dan keluar bilik. Aku tak memanggil, aku cari.

Akhirnya.. aku jumpa. Hoseok sedang memasak. Tapi buat kali pertama aku terpegun.

Hoseok memasak, dia pakai apron tapi dia tak pakai baju. Hanya berseluar jeans yang menampakkan Calvien Kliennya. Huwarghh baby. Daddy saja cari pasal dengan mummy!

Kejap, kenapa dia tak nak pakai jenama sendiri? Okey, tak penting. Sekarang yang penting, aku nak datang dekat.

Aku gagahkan kaki juga ke dapur walaupun rasa segan. Segan sebab kes terbabas tu satu, satu lagi sebab Hoseok tak pakai baju. Janganlah seksa saya, Hoseok.

"Awak..." lengannya aku paut. Bau lagi. Makin kuat. Nak nangis rasanya.

"Hei.. dah bangun?"

"Hmm.."

"Nak makan?"

Aku tengok Hoseok. Dia masak nasi goreng. Nampak sedap, tapi Hoseok lebih menyelerakan.

Eee.. Nara! Tak senonoh!

"Baby..." aku tersentak.

"Hah?"

"Berangan?" Hidung aku dicuit. Aku geleng.

"Taklah." Aku lepaskan lengannya dan berjalan ke meja pulau. Aku nak duduk. Tapi tak boleh. Tinggi sangat. Geram aku.

"Eee.. kerusi ni kenapa cari pasal?!" Aku jerit. Terkejut Hoseok. Aku sepak kerusi tu jauh. Tapi kerusi tetap tegak, kaki aku yang sakit.

"Hei.. kenapa? Kan sakit kaki." Hoseok betul-betul nampak terkejut. Aku memeluk tubuh. Geram je aku tengok kerusi ni. Kalau boleh nak telan-telan je tau!

"Kerusi ni lah! Mengada sangat kenapa entah. Saya nak duduk tak boleh! Eee tak sukalah!" Aku macam nak lempang diri sendiri je. Aku tahu, aku memang dah pelik sekarang.

Hoseok ketawa. Kepalanya tergeleng. Dia mendekati aku dan tak semena-mena aku didukung. Terbuka luas mata. Aku terus didudukkan atas kerusi bar tersebut.

"Dah, settle. Jangan marah-marah benda. Nampak kelakar." Aku memuncung. Aku serius, dia main-main pula!

"Masalahnya dia cari pasal dulu. Biasanya tak tinggi pun. Kenapa hari ni tinggi sangat?! Susah nak naik."

"Dah, sayang dah. Hei, bergaduh dengan kerusi pula." Kata Hoseok. Aku tak boleh menahan tengok kelembutannya menegur aku. Cepat-cepat aku peluk tubuhnya.

"Rindu."

Hoseok ketawa comel. Tersenyum aku mendengarnya.

"Dah satu rumah pun rindu. Macam mana kalau jauh nanti?" Aku terus tegakkan badan. Hoseok pandang aku, aku pandang Hoseok.

"Awak nak pergi mana?"

"Tak ke mana-manalah. Saja je cakap."

"Tipu. Awak nak tinggalkan saya eah?" Sedihnya aku sekarang. Sumpah, aku betul-betul sedih. Bertakung dah air mata aku. Tinggal nak tumpah je.

"Ehh, dah kenapa pula ni? Alah, sayang..." aku menangis. Aku peluk semula tubuh Hoseok, erat. Hoseok usap-usap belakang tubuh aku. Aku menangis senyap. Tak esak. Tak merungut. Tapi air mata je laju.

"Dah, jangan menangis. Jom, kita makan." Kedua belah pipi aku dicekup dengan tangan besarnya. Seluruh wajah aku diciumnya. Aku pejamkan mata. Butterfly kissess Hoseok sangat menyenangkan aku.

"Tak nak makan. Saya dah makan roti bakar tadi dengan jem."

"Tu tadi. Sekarang, makan lagi."

"Tak nak. Dah kenyang." Aku geleng-geleng.

"Okey. Teman saja makan je boleh?" Aku mengangguk. Hoseok tanggalkan apron. Dia nak capai baju, tapi aku tahan tangannya.

"Tak payah pakai baju." Kata aku. Jelas, terkejut Hoseok.

"Kenapa?"

"Saya nak tengok."

Pecah ketawa Hoseok. Aku senyum.

"Gatalkan saya ni?" Aku tanya. Hoseok masih ketawa. Kepala aku diusap-usap.

"Tak gatallah. Daddy suka." Aku ketawa pula. Comelnya Hoseok! Jadi, dia makan dalam keadaan tak berbaju. Aku perhatikan. Berborak ringkas, manja-manja, lepas tu siap.

Cuma persoalannya, aku dah maafkan Hoseok ke belum? Emm... dah. Aku dah maafkan dia. Aku dah tak rasa langsung nak balas dendam. Aku marah-marah, naik angin setiap hari tu buang masa sebab Hoseok tak balas pun marah aku. Tapi dia makin layan aku. Makin terima aku kutuk-kutuk dia kata mata sepet.

Dia diam je. Aku pula yang serba salah. Jadi untuk apa aku nak buang masa hitamkan hati untuk membenci, sedangkan aku masih mencintai?

Ya, betul. Mencintai itu mudah, tapi melupakan tu susah. Termasuklah aku.

□ ■■■■ □

Trivia: Seks semasa mengandung doktor tak pernah halang pada usia kandungan awal hingga bulan yang ke 5. Tapi doktor halang rough sex yang di mana, akan boleh menyebabkan contraction dan bayi terlahir awal.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now