Bab 7 💐

4.3K 729 13
                                    

Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

"Seok, boleh tak kau berhenti bergerak? Risau aku tengoklah!" Rungut Jimin geram. Hilang terus tumpuannya untuk membuat kira-kira kos dan overhead yang ditanggung oleh JayHope Restaurant selama sebulan ini.

"Ji, boleh tolong aku tak?"

"Tolong apa lagi, Seok?" Soal Jimin. Nampaknya terbantut lagilah dia mahu membuat kira-kira. Jimin seorang pengurus kewangan di JayHope.Co. Jadi untuk pengiraan kos gaji pekerja, kos, overhead selama sebulan ini memang Hoseok jatuhkan di atas bahu rakannya ini. Dia sudah tidak cukup tangan ingin membantu diri sendiri dan syarikat herba turun temurun dari keluarga Jung.

"Kalau aku nak bawa gelandangan balik rumah aku, macam mana? Tak, maksud aku, biasanya kalau aku nak ambil gelandangan dari jabatan negara, biasanya kena buat statement dulukan, kena minta izin waris atau penjaga?"

"Aha.. then?"

"Macam mana kalau aku nak bawa balik gelandangan yang tak ada kat jabatan?"

"Bawa jelah. Selagi nama dia bersih dari mana-mana jabatan, kau boleh bawa balik rumah."

"I see..."

"Benda simple macam tu pun kau tak tahu. Pelik aku." Tergeleng kepala Jimin. Dia sambung membuat kerja. Kepala Hoseok terangguk-angguk sambil termenung.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?"

Hoseok diam. Dia memandang Jimin, lama. Jimin juga memandang dia lama.

"Jangan cakap kau nak..."

"Ya, kerja kau akan makin banyak lepas ni, Ji. Kau kena tolong aku."

Jimin tepuk dahi.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt