Just want you to know one click at the vote,you make me appreciate it.
Thank You.
**
P/s:ada part aisyah & luthfi muncul saffia act nama penuh (aisyah saffia) tak edit lagiBismillahirahmanirahim
***
"Saya nak awak rekodkan tarikh dan semua judul. Senarai ni hanya untuk pelajar yang hantar buku lengkap."
Pen biru dicapai. Faqira tersenyum. Perasaan teruja dan semangat mula menjelma. Waktu inilah yang dia nantikan. Bersedia menjalankan tugas !
"Err cikgu.." Faqira mengangkat muka memandang Cikgu Alia dan Amirul. Tapi pandangannya tertumpu pada Amirul. Mesti ada apa-apa ni. Tu tengok senyum-senyum tu.
"Ha kenapa Mirul ?" Mirul tersengih.
"Saya nak tolong Qira boleh cikgu ? Tolong tick kan ke tolong check satu-satu ke kalau ada buku koyak ke atau ada yang kurang ke.." Amirul mencipta alasan. Bibir tersungging senyuman palsu sambil mengerling Faqira dihadapannya. Dalam hati dia berdoa semoga dia tak ditugaskan kat belakang.
Stress !
"Eh kau. Ni biar aku buat sorang. Annysa dan Allysa ada."
"Dorang tengah cop buku."
"Dina ada."
"Dina tengah tulis tarikh." Dia menjegilkan mata. Lagak nak suruh Faqira tak terlalu banyak tanya. Diam-diam sudah lah !
Faqira tersenyum sinis. Cikgu Alia yang dari tadi menyusun kertas mengangkat muka. "Ye ke ? Habis buku-buku kat belakang tu siapa nak angkat letak atas almari ?"
"Entah kau." Sampuk Faqira. Amirul ni semua benda mengelat. Nuaim dengan Zahir yang dah berpeluh-peluh kat atas tu tak ada pula nak tolong.
"Ala cikgu..Nuaim dengan Zahir tu dah cukup dah nak settlekan."
"Tak boleh. Pergi siapkan sana. Nanti boleh makan sama-sama. Kejap lagi makanan sampai."
"Alaa cikgu.."
"Saya kata tak boleh. Saya tahu awak bukannya nak buat kerja. Awak sengaja nak duduk rapat-rapat dengan Faqira. Macam saya tak tahu perangai awak."
"Mana ada cikgu !" Geram Amirul. Tapi cukup buat dia tersentak kecil. Pedih kena tuduh sebegitu. Auch cikgu !
"Tak boleh. Dah pergi sana." Halau Cikgu Alia sambil berjalan pergi. Amirul mencebik sebelum mengalihkan pandangan memandang Faqira. Memancing perhatian agar dia dapat buat kerja senang dengan Faqira. Nak angkat buku kat belakang tu ?
Halamakk malas betul !
Faqira tertawa kecil."Dah pergi sana. Sengaja je nak mengelat."
"Diam lah kau."
Faqira kembali memandang kertasnya. Ada dua kertas di tangannya. Satu yang asal dan satu lagi yang copy. Kerja ni senang je. Hanya perlu tick kan dekat nama-nama pelajar yang dah hantar semua set buku dengan lengkap. Sebab nak masukkan dalam fail. Nanti akan ada semakan semula. Lagipun tak adalah banyak mana. Dalam 5 buah kelas je. Selebihnya yang dalam 13 buah kelas tu esok atau lusa baru siapkan.
YOU ARE READING
The Rose [ C ]
General FictionCover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau tahu."-Razif. "See ? Bila aku tanya kau tak nak jujur. Tapi bila kau buat perangai yang pelik-pelik...