Bab 22

3.6K 210 6
                                    

Motor diparkirkan di garaj rumah mewah Razif bersebelahan dengan tepi kolam ikan. Totebag disangkut dibahu setelah kunci motor dimasukkan. Langkah diusung ke pintu rumah sebelum langkahnya terhenti. Mata terbuntang saat dia baru menyedari sesuatu lantas dia berpaling ke belakang. Melihat pintu pagar yang sedia terbuka luas.

"Mak aii aku main masuk je tadi ?"

Eh eh suka hati dia je buat macam rumah sendiri. Ah lantaklah siapa suruh pagar tu terbuka sendiri.

Faqira berpusing dan menapak beberapa anak tangga sebelum sampai ke pintu utama namun susuk tubuh yang secara tiba-tiba berdiri di hadapannya membuatkan tanpa sengaja dia melepaskan sedas tumbukan.

Tepat pada bibir lelaki itu.

"Oh god ! Rose !" Faqira kaget saat lelaki itu memegang bibirnya. Keluar darah ? Itu semua dusta. Tapi bibir bengkak tu ye.

Pfft. Faqira tertawa kecil walau terbias serba salah di hati perempuannya. Silap dia lah kan main terjah je macam tu ?

"Sorry.."

Razif mengecilkan mata sambil melekap tangan di bibirnya."Nasib baik aku sayang kau." Omelnya perlahan sebelum berlalu masuk ke dalam. Sepatah ayat yang cukup membuatkan seluruh tubuhnya kaku.

Sayang ?

Eeuuuwww..He's not my taste.

'Not my taste lah konon. Kat sekolah bukan main lagi puji melambung.'

Faqira menggeleng perlahan lalu kaki menapak membuntuti langkah lelaki itu. Walaupun ruang tamu itu kelihatan besar namun pandangannya terlebih dahulu meliar mencari susuk tubuh seseorang.

"Mama tak ada. Keluar beli barang." Razif kembali bersama ais yang ditekap ke bibir membuatkan Faqira tergemap. Suasana tegang mula tercipta di antara mereka.

"Siapa je ada dalam rumah ni ?"

Keningnya terjongket sebelah."Only us."

"Weh kau gila ke ?"

Lelaki tu tersenyum tak bersalah malah dengan selambanya mencapai alat kawalan jauh dan televisyen yang sedang terpasang di tutup.

Faqira mendengus geram."Kalau hanya ada aku dengan kau,aku balik." Setapak dia berundur ke belakang saat senyuman menjengkelkan lelaki itu menghiasi pandangan. Dia fikir benda ni lawak ke ?

Baru sahaja tubuhnya dipusing untuk berlalu pergi,satu suara menyapa pendengarannya membuatkan langkahnya mati serta-merta lantas berpaling ke belakang semula.

"Qira dah sampai ? Eh jom-jom kita sarapan dulu." Figura mama Razif yang menapak turun dari tingkat atas dipandang terkejut. Hati semakin membara tatkala Razif mentertawakan dirinya.

"That's real you. Kau cuak sangat kenapa ? Aku tipu je lah."

"Abang.." Tegur mama Razif akan sikap anak sulungnya sebelum berlalu pergi. Mahu sahaja Faqira bersorak keriangan kerana Razif mendapat jelingan padu daripada ibunya.

Tapi tu ketepikan dulu. Sekarang ni dia perlu langsaikan dendam. Hutang malu harus dibayar dengan kesakitan.

"Tak guna ! " Bantal sofa diambil lantas dia berlari menghampiri Razif. Dihempas-hempas bantal tu pada Razif yang semakin galak mentertawakannya. Orang tengah sakit hati tu janganlah tambahkan lagi. Tak pun pura-pura bersalah ke.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now