Bab 47

3.6K 202 9
                                    

To all of my readers,sorry bab 46 terlalu bnyk ayat tak elok. I'm so sorry.

Tolong jangan marah sayaa..

***

Allah.

Allah ya allah.

Aku memaksa diri untuk berjalan walaupun aku dah terlalu penat. Entah berapa lama aku berjalan tanpa aku tahu tempatnya. Allah permudahkan urusan aku bila mana sepanjang dalam perjalanan langsung tiada bala yang menimpa aku.

Cuma hujan renyai-renyai mengiringi aku yang dalam kesakitan. Sakit dekat dalam lagi teruk daripada sakit dekat luar.

"Dah buta tu buatlah cara buta. Kau nak demand macam musibat apahal ?!"

Aku terjatuh bila kata-kata abang Fiqri terngiang-ngiang di telinga. Aku dah tak kuat. Aku dah tak mampu nak berjalan,tapi aku nak lari dari sini.

Aku penat.

Penat dengan manusia yang hanya tumpahkan rasa kasihan berbanding rasa sayang pada aku. Aku penat dengan topeng yang orang pakai semata-mata nak jaga hati dan perasaan aku. Sumpah aku penat.

Untuk apa nak jaga hati aku ? Untuk apa ?

Orang buta macam aku ni patutnya dah lama mati. Orang buta macam aku ni tak sepatutnya menyusahkan orang. Hidup nakkan kasih sayang yang sempurna daripada orang.

Untuk apa ?

Untuk apa aku bangkit sedangkan orang yang aku sayang sangat-sangat sanggup hina aku yang serba kekurangan ni.

Air mata mengalir lagi buat kesekian kalinya. Aku tak boleh nak berhenti menangis. Aku dah tak kuat. Tembok kekuatan aku dah runtuh sepenuhnya. Aku penat.

Tuhan,cabutlah nyawa aku.

Untuk apa aku hidup kalau asyik nak susahkan orang ? Untuk apa aku hidup kalau asyik nak buat orang rasa bersalah ? Untuk apa aku hidup kalau sentiasa nak buat orang hina aku ?

Aku punca.

"Apa salah aku ?"

Dengan keadaan aku yang tak nampak,aku hanya mampu berserah dekat Allah. Sama ada lepas ni ajal yang datang,aku redha.

Kalau itu yang abang Fiqri minta.

Aku tersandar lemah pada satu tembok. Kedua-dua kaki dinaikkan lalu aku memeluk lutut. Wajah aku sembamkan di lutut dan serentak itulah aku mula teresak-esak.

Hati aku dah sepenuhnya hancur. Hancur bagaikan kena tumbuk guna batu sampai berkecai.

Sakit.

"Mana kau yang dulu Iya ? Mana kau yang kuat ? Mana kau yang suka lawan segala masalah kau ?! Mana ?!"

Ya allah. Aku buntu. Aku takut. Aku tak tahu aku kat mana tapi aku tahu aku dah terlalu jauh. Sama ada kat sebelah aku ni longkang,parit,sungai,gaung sekali pun. Kalau Allah kata ajal aku kat sebelah.

Malam ni jugak aku pergi.

Pergi jauh daripada semua orang. Jauh daripada semua perkara. Jauh daripada segala-galanya. Aku hanya mampu tawakkal kepada Allah.

Aku tak nak balik.

Aku tak nak jumpa sesiapa.

Aku harapkan tempat yang aku duduk sekarang ni adalah tempat yang kosong dan sunyi tanpa sesiapa pun tahu kewujudan aku kat sini. Aku perlukan ruang untuk aku bersendirian. Aku perlukan ruang untuk aku lepaskan semuanya.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now