Bab 40

4.2K 206 4
                                    

"Mirul !"

"Hmm !"

"Woi Mirul !"

Amirul mengetap gigi tatkala bantal kusyen dibaling ke arahnya. Wajah Amsyar dipandang sebal. Rasa nak timbuskan kepala Amsyar dalam celah kusyen tu. Biar lemas.

"Kau nak apa hanat ?!"

Amsyar mencebik bibir. Mencarut je abang aku ni. Bagi cabai kang menggelupur macam kera kelaparan tahu lah.

"Kau tahu tak awek kau excident ?"

"Awek mana pula kau ni."

Amsyar menjeling menyampah."Awek sendiri pun tak kenal ke ? Tu wallpaper phone kau tu. Siapa ? Bini kau ?"

"Pergi mampus lah kau."

"Tak sekarang ni kau tahu tak dia excident ?"

Amirul berdecit geram. Orang nak main pubg pun tak senang."Kau dah lama hidup ke Am ? Kau nak apa ni jangan buat lawak tak laku kau boleh tak ? Serabut sia !"

Amsyar membaling lagi kusyen di sebelahnya tepat-tepat di muka abangnya. Amirul berdesir kuat. Baru sahaja dia mahu membalas,skrin handphone Amsyar terpapar penuh di depan mata dia.

Satu gambar kemalangan di tempat kejadian. Satu lagi gambar mangsa kemalangan.

"Faqira kan ? Kau ingat benda macam ni aku suka ke buat lawak ?"

Handphone Amsyar dirampas. Jantung berdegup laju tatkala gambar gadis itu menjamah matanya. Artikel di sosial media tersebut dibaca.

"Bila ni Am ?"

"Aku baru dapat gambar ni tadi,tapi member dia kata dah dua hari awek kau tak bangun do. Masuk icu koma dah dua hari. Entah-entah dah nak ajal kot ?"

"Woi bodoh mulut kau !" Laju tangan Amirul menampar pipi Amsyar. Mulut tak makan saman. Main cakap lepas je. Dah lama tak makan kaki aku nampaknya ni.

"Sakitlah bangang !"

Handphone Amsyar dicampak ke tepi lalu handphone dia dibawa naik ke bilik. Nombor Faqira didail untuk mendapatkan kepastian. Jauh di sudut hatinya bahawa dia berharap gambar tu adalah edit. Ataupun orang lain tapi tersalah letak gambar mangsa.

Tit..Tit..

"Jawab please.."

Kerusi yang berada di sebelah disepak sekuat hati apabila suara operator yang menyambut panggilannya. Berkali-kali dia cuba membuat panggilan lagi namun gagal. Sukar untuk dia menerima kenyataan. Lantas nombor Fared dicall.

"Hello assalamualaikum?"

"Waalakumusalam. Yed. Aku tanya ni kau jawab jujur tau."

"Ha ye ye. Apa dia ?"

Kelopak mata dipejam rapat. Sungguh jantung dia terasa bagai mahu meletup."Yed..Betul ke Faqira classmate kau tu excident ?"

Diam. Amirul tiba-tiba rasa gemuruh yang teramat. Takut nak dengar perkara sebenar. Dan takut juga kenapa Fared tiba-tiba diam.

"Yed ! Asal diam ?!"

"Sorry bro,memang dia."

Allahu. Amirul duduk di birai katil sambil tangan naik mengusap dada. "Macam mana kau boleh tahu ?"

Fared menghelas nafas panjang."Abang dia datang sekolah pagi tadi. Dia minta buat solat hajat sebab dah dua hari Faqira koma. Abang dia kata condition dia memang teruk effect pada kepala."

Kelopak mata dikelip berkali-kali. Menahan air mata daripada jatuh. Sungguh dia terasa egonya kini betul-betul tercabar. Faqira yang kemalangan tu ?

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now