Bab 10

5K 233 1
                                    

"Rose.."

Tubuh Faqira menggigil kecil. Tangan Razif yang mahu menyentuhnya pantas ditepis. Dahinya berkerut habis.

"Aku dah cakap jangan degil !"

Tubuh kecilnya ditolak tanpa belas sehingga berlanggar dengan kerusi. Sempat dagunya terhentak dengan pemegang kerusi besi itu.

"Rose.." Razif panik melihat Faqira yang seakan dalam ketakutan. Berkali-kali tangannya ditepis.

"Rose kenapa ni ?"

Faqira menggigit bibir. Kepalanya sakit apabila seakan secebis memori bermain-main di fikirannya.

"Kalau kau berani kau buat !"

Faqira tersembam di atas tanah. Tangannya yang berdarah sedikit pun tak dapat tagih rasa belas dan simpati daripadanya.

"Rose ! Kenapa ni ?"

"Aku tak nak tengok muka kau !" Tangan Razif ditepis. Kepalanya sakit. Tubuhnya dah menggigil kuat seiring dengan ketakutan yang menjalar dalam tubuh. Bayangan kejahatan tak henti-henti menusuk fikirannya.

Razif pula yang panik. Dengan Faqira yang tak henti-henti meronta. Seakan takutkan sesuatu. Seakan teringatkan sesuatu.

"Pergilah ! Pergi !"

"Rose !" Kedua bahu Faqira dipegang kuat. Satu jerkahan berjaya membuat rontaanya berhenti. Hati kembali reda melihat Faqira yang sudah sedia pulih daripada meronta sedemikian.

"Kenapa ni ?" Setitis air mata Faqira jatuh membuatkan Razif terhenyak. Hati diburu rasa bersalah. Tak pasti sama ada silapnya kerana bertindak gila dengan menolak Faqira. Atau sebaliknya.

"Rose kenapa ni jangan diam. Jangan buat aku risau." Air mata Faqira diseka dengan sapu tangan yang sempat diambil dari dalam laci kecil. Teresak kecil dibuatnya.

"I really sorry..Aku tertolak kau. Sakit sangat ke ?"

Faqira diam tak membalas. Masih lagi melayan perasaannya. Samar-samar bayangan itu difikirannya. Seakan mahu menghantuinya kembali.

"Rose..Answer me jangan diam. Aku risau. Sakit sangat ke aku tolak ? Kita pergi klinik eh ?"

"Dd-dia."

"Dia ?" Faqira mengangguk. Terketar-ketar tangannya menarik hujung baju Razif.

"Aku takut."

Razif terkedu sebelum dia terduduk. Hati jadi sebu. Fikiran seakan bersetuju akan pendapatnya. Bahawa Faqira sedang trauma. Trauma akan sesuatu yang dah lama berlaku.

Semuanya kerana 9 tahun lepas..

***

Faqira yang mahu berjalan pergi segera dihalang. Gadis itu melemparkan senyuman nipis dan cukup membuatkan hati Razif lega. Tapi masih tak reda rasa gementarnya. Mungkin sebab rasa bersalah kerana bertindak kasar sedemikian.

"Thanks hantar balik." Razif mengangguk. Wajah lesu Faqira ditenung sekilas. Tangan Faqira yang berlapik dipegang.

"Aku minta maaf okay pasal tadi."

Faqira mengangguk. Bukan salah dia pun kalau dia bertindak macam tu. Sama juga dia,pantang kalau ada yang sentuh barang peribadi dia.

"Kau okay ?" Pandangan Razif penuh emosi. Mengharapkan jawapan yang mampu meredakan hati lelakinya.

"Aku okay."

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now