Bab 52

4.1K 196 2
                                    

Pak !

"Woi termenung !"

Amirul menoleh dengan riak terkejut lantas punggung Iqie ditepuk kuat. Tak guna punya member."Aku terkejutlah sakai !"

Nasib baik tak tumpah air milo ni. Kang ada yang buat kerja dengan bau milo nanti. Dah lama sangat tak kena simbah agaknya.

Iqie tergelak kecil sebelum mendapat tempat berhadapan Amirul. Memandangkan sekarang waktu break,sempatlah dia berborak sekejap dengan Amirul ni. Dari tadi lagi dia perhati,runsing semacam je. Muka ketat gila macam orang sembelit sebulan.

"Kau pahal duduk sini ? Siapa jaga drive thru sana ?"

"Ada tu ha Kak Ja jaga. Dia tukar time break dengan aku."

Mentang-mentanglah tahun baru cina,tak cukup staff dibuatnya bila pelanggan tak henti-henti datang. Kalau tak kat drive thru,dekat pick order. Jarang la Mcdonalds lenggang daripada manusia.

Rakyat Malaysia kan hantu burger mewah.

"Mirul. Kau okay tak ? Macam ada masalah je ? Nak share ?"

Amirul menjeling sekilas sebelum menanggalkan cap dikepala. Rambutnya dikusutkan perlahan bersama hela nafas panjang. Dah lebih sebulan dia tahan,tapi kali ni biar lah dia luahkan. Sakit pulak pendam lama-lama.

"Kau tahukan Faqira dah kahwin ?"

Iqie terdiam. Hampir sahaja mulutnya mahu membentuk huruf 'o' kerana dia sudah sedia maklum bahawa kawannya yang satu ini ada hati dengan Faqira.

No wonderlah masa hari Faqira menikah hari tu,Amirul menghilangkan diri. Mesti hati dia sakit kan ?

"Kau...Still ada hati dengan dia ?"

Amirul memejam mata sekilas lalu Iqie ditenung dengan pandangan redup."Aku tak boleh move on bro. Even dah setahun lebih aku tak jumpa dia,tapi.."

"It's okay Mirul. Aku faham."

Amirul menghela nafas berat lalu kedua-dua kaki dinaikkan di atas kerusi. Dagu diletak perlahan atas lutut sambil menikmati pemandangan luar di waktu malam. Sejak dia kerja lepasan spm ni,setiap hari dia buat overtime. Niat nak cari duit lebih tu mungkin lah sebab nak sambung belajar kan. Tapi dia tryhard juga nak lupakan Faqira dengan cara sibukkan diri.

"Aku tak rasa apa yang kau rasa..tapi aku tahu. Memang sakit. Tabah bro. Mungkin ada sebab kenapa jodoh dia sampai dulu dengan orang lain." Pujuk Iqie tenang. Masa tahun lepas lagi dalam minggu spm,dia teman Amirul masuk asrama untuk fokus pada pelajaran.

Dan setiap malamlah dia nampak Amirul selalu sedih. Kadang-kadang belajar pun masih termenung.

"Aku try untuk move on tapi susah Qie. Kau bayangkan,kau dengan kawan perempuan kau selalu gaduh. Dengan gaduh tu lah yang boleh buat kau dengan dia rapat. Then apa yang kau rasa bila perempuan tu tiba-tiba tak ada depan mata kau ?" Amirul mula sebak.

Siapa sangka,perempuan yang dia selalu cari gaduh tu lah yang buat dia jatuh suka dekat perempuan tu. Bila dah jauh,mula rasa rindu. Bila dah dekat,selalu nak gaduh.

Dalam hubungan persahabatan macam ni lah yang paling seronok sebenarnya.

"Aku rindu dia beb. Sumpah." Amirul menyembamkan muka pada lututnya. Membiarkan air mata lelakinya tumpah tanpa sedikit pun menyeka.

Hati dia terlalu sakit kerana kecewa dan rindu. Selama ni dia cuba untuk sangkal andaiannya bahawa dia menyukai Faqira. Tapi bila dapat tahu yang Faqira akan berjauh dengannya,hati dia betul-betul terasa sesuatu yang pedih dan takut.

Iqie membuang pandang ke arah lain. Kelopak mata dikerdip beberapa kali bagi menahan air mata terkumpul. Di antara Afiq,Syafiq,Fared,dia,Amirul dan Tashriq. Amirul paling banyak pendam perasaan. Dia tak pernah tunjuk pun perasaan dia dekat orang lain. Sebab dia tahu Amirul seorang yang heartless. Tapi tak tahu lah macam mana Faqira boleh buat Amirul berubah sampai macam ni.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now