Bab 21

3.3K 225 11
                                    


Pintu dikatup rapat lalu laju dia berlari mendapatkan handphonenya yang sedang di cas lalu dihidupkan. Dalam hati berdebar-debar tak menentu. Masih menunggu berita daripada kawan-kawan rapat Luthfi untuk mengetahui perkembangan lelaki itu.

Selamat kah dia ?

Kalau dia koma sekali pun itu dah cukup untuk buat dia dapat bernafas dengan lega. Masih ada harapan untuk dia memaafkan dan meminta maaf pada lelaki itu. Ya Allah kau permudahkan segalanya.

Ting !

Ting !

Ting !

Berpusu-pusu mesej whatsapp masuk. Tak ketinggalan juga instagram dan twitter. Namun dia membuat keputusan untuk membuka igstory. Katanya apa-apa update akan diberitahu di situ.

Nafas dihela kasar.Daripada dalam keadaan bercangkung,pantas dia berdiri tatkala gambar Luthfi yang masih dalam bilik icu terpampang di setiap igstory rakan-rakannya.Gambar yang baru sahaja dihantar 4 jam yang lalu. Cukup menyayat hatinya saat melihat betapa teruknya keadaan Luthfi yang terlantar di atas katil hospital.

Dengan wayar yang berselirat pada tubuhnya. Darah masih lagi belum berhenti mengalir daripada kepala. Iv drip dan juga beg darah yang tergantung disebelahnya. Sempat juga dia melihat mesin defribilator yang mempamerkan garisan yang tak seimbang.

"Allahuakhbar." Aisyah mendongak ke atas bersama mata dikerdip berkali-kali. Menghalang air mata daripada gugur. Dia tak punya kekuatan untuk lihat semua ini tetapi dia tahu semuanya salah dia.

Treettt..

Panggilan masuk daripada Afiy menggamitnya untuk menjawab. Lantas ditekap ke telinga. Menanti khabar berita yang bakal disampaikan oleh gadis itu.

"Assalamuaikum Afiy,macam mana ?"

"Waalaikumusalam. Diorang tak update apa-apa lagi. Tashriq dengan Rabi ada dekat sana. Diorang pergi dengan abang Rabi."

"Ouh ye ke." Aisyah gigit bibir. Alangkah bagusnya kalau dia dapat ikut sekali. Dia mahu lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana keadaan lelaki itu. Setakat gambar memang tak cukup.

"Tapi beb,Rabi kata condition dia teruk. Teruk sangat. Family dia semua menangis kat sini. "

Air mata jatuh setitik namun pantas dia seka. Tak mahu gadis itu tahu yang dia juga sedang bersedih. Cukuplah dengan mengetahui keadaan lelaki itu yang hampir membuatkan jantungnya berhenti berdegup.

Kenapa semuanya berlaku secara tiba-tiba ?

"Beb..Kau okay ?"

Aisyah berdehem sekilas membetulkan suaranya. Nafas ditarik sedalamnya mencari kekuatan."Aku..Aku okay."

"Sure ?"

"Hmm..Doktor cakap apa ?"

Afiy berdehem sekilas."He's unstabilies. Jantung dia lemah sangat beb."

Bergetar bibir Aisyah menahan rasa dalam hati. Kalau dengan mendengar tentang keadaan lelaki itu pun seakan mampu membuatkannya hilang nafas,apatah kalau dia sendiri yang melihat dengan mata kepala sendiri.

"Tu je ?"

"Ada lagi. Doktor kata dalaman dia,"

Kelopak mata dipejam rapat."Rosak teruk. Rusuk kanan dia,patah. Hati dia,rosak. Dan,"

"D-dan ?"

"Dia mengalami pendarahan dekat kepala."

Allahuakbar !

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now